hey hey peeps! lama tak merepek kan? i mean the real merepek lah. actually, minda kacau bilau, masalah kiri kanan memusing, memutar. kadang-kadang rasa nak lari jauh-jauh je. sprint macam waktu sekolah dulu. masalah ni, selagi tak henti nafas di alveolus, selagi tu jugak masalah tu nak mendekat. mak ayah busy cerita masalah anak-anak. aku tengah-tengah. menadah telinga, dengar tanpa tambah bicara. takut jugaklah nak campur.
bila dah besar-besar ni, banyak sangat masalah yang mematangkan diri sendiri. lain orang, lain ciri masalahnya. tak ada yang serupa. iras-iras tu mungkin ada. tapi takkan pernah sama. samalah keadaannya dengan aku. dalam dunia ni, aku rasa, akulah paling banyak masalah. tak henti-henti. tapi, bila aku bukak blog orang tu, bukak blog orang ni, kadang-kadang rasa diri aku takdelah teruk sangat terhimpit dengan masalah. paranoid dengan masalah, mungkin. pantang ada satu, even paling ringan macam keropok super ring tu, aku akan cuba memberatkan otak aku. maaflah. aku memang suka bab menghiperbolakan masalah. itu memang aku.
makin lama, makin ringan keropok ni. |
orang jeling aku, aku cakap orang tu tak puas hati dengan aku. aku kena saman, aku kata orang nak sabotaj aku. semuanya aku akan hiperbolakan. gemar sangat. macam aku penting sangat.
kecik-kecik pandai menjeling aku. cungkil bijik mata kang! |
pening! pening! pening! |
friendship pun. kadang-kadang masalah jugak. tapi aku kalau bab kawan ni, mengalah bukan main. lembik tiba-tiba. macam agar-agar. bodoh dan diperbodohkan. selalu. tapi, yelah. sebab aku selalu letak family as my priority, ketepikan jugak hal kawan-kawan. nak bodoh, bodohkan lah. tak heran. tak bagi kuman, sikitpun. terasa tu memang ada. tipu lah kalau takde. tapi tak jejas. kira, macam bagi exercise kat antibodi badan aku ni.
anda kawan yang macam mana? |
pelik kan? aku ni memang pelik. susah nak diramal. mak ayah pun selalu kata macam tu. kalau dah biasa dengan sesuatu perkara, aku akan cuba buat perkara baru. dan ada yang senang di mata mereka, ada juga yang kelat berbisa tak terkata. aku manusia biasa. bukan superGADIS yang mampu ubah semua sempurna.
i'm gonna fix things up, oke? |
mereka pelik. mereka jelik. dengan aku. salah aku lah kan? bukan mudah nak jaga setiap mata ciptaan Tuhan. kadang-kadang terleka. sebab aku bukan sempurna. tak pernah sempurna. janganlah minta untuk aku berubah sekelip mata. perlahan tapi biar istiqamah. kan itu lebih berharga dari segalanya. berdoa jelaaahhh.. *pandai je aku nak cover line...*
mak ayah. masalah akan sentiasa mendorong kita menjadi manusia yang lebih bermujahadah. *ewahewah, aku ke ni?* tak tak. aku nak cakap, masalah ni mematangkan usia. yelah. mak ayah lagi banyak pengalaman, kan? zaman berubah, umpama manusia jugak. cepat je berubah. kena kaji psikologi manusia, bikin teori baru. sebab memang boleh campak je teori-teori lama tu. sebab manusia semakin sukar diramal, ikut perkembangan dunia. yelah, banyak ideologi-ideologi yang mampu menggugat keimanan dan kepercayaan manusia. sebab tu ada masalah. supaya kita boleh adapt perkara yang hampir serupa dan ubahsuai ikut keadaan semasa.
aku merepek terlampau panjang. sebab aku masih mendengarkan luahan mak ayah meski suara yang kudengarkan hanya dihujung telinga.
p.s I: aku sebak dengar suara puan gf yang tersekat-sekat.
p.s II: ayah kedengaran pilu bila berkata.
p.s III: aku menaip dengan rasa hiba.
WL:enabcantiksangat
No comments:
Post a Comment