hearts

Monday, November 29, 2010

post ini tiada tajuk.

sejarah, mengajar kita. menjadi, lebih dewasa. meniti, arus angkara. (doa buat kekasih, ramli sarip dan khaty ibrahim)

as salam kawan! post kali ni bertepatan dengan tajuknya. eh. post ni takde tajuk sebenarnya. oke oke. jangan byk songel. 

sebenarnya nak tulis lama dah post ni. tapi tak tau tajuk apa yang sesuai. jadi letaklah tajuk yg bingai camtu. lantak la kan? blog sape lagi sekali??? hahaha.....

oke. niat di hati nak cerita betapa terkilan jiwa batin raja zainab ni bila papan kekunci laptopnya tercabut salah satu hurufnya. dan huruf nya ialah huruf P. nampak x? nab saje je tulis PaPan kekunci sebab nak test Power huruf P ni. haahaa!! i am very very very disaPPointed with this matter.

alkisah, si Puteh sebok nak semak-semak kt atas laPtoP nab ni haaa.. adek nab si boboy Perasan kejadian tu, terus tarik si Puteh dan tidak semena-mena kuku si Puteh dgn sengaja menarik huruf P nab ni. haisshh.. namPak tak cun la lePas ni. cam terencat je huruf P terjongket. nak cabut lagi namPak dhaif. biar jela kan...

PaPePun. menggelabah gak ah nak caPital letter semua huruf P kan? suka hati mak laaa!!!!! hahahahaha!!
chow!


WL: enabcantiksangat


Saturday, November 27, 2010

blessing saturday.

as salam everyone.

well today is saturday. my blessing saturday.

nothing much happen today, just keeping house clean before encik bf and puan gf went back home.

they're out for some matters, which-i-don't-even-know.

i asked my brothers and sister to help me. so we can clean it up fast. 

we swept, mop, vacuum, altogether, before it turned messed when my angah shouted and yelled at my 

brothers and sister because they not that cekap. who cares angah? janji they do it. i don't like it. i asked them 

all to go to my room and lipat baju. i don't want they think that they're not important in this house. 

then, all of them sleep. okey. i'm lying. nampak macam happy family when they sleep. hahaha. 

well actually they start to play bola then. sweat like a pig over and over again. 

i heart all my littles so damn much. 

thank you sayangs for helping me today. may Allah bless sayang-sayang forever.


p.s: I still hope for miracle today. please Allah.


WL: enabcantiksangat



Friday, November 26, 2010

obsesiku - aqasha

matamu,
bibirmu,
pipimu dan juga,
senyummu.
membuat aku lebur, hanyut di dalam ghairah
kernamu.

pre:
tubuhmu,
harummu,
hatimu, oh semua,
aku mahu.


chorus:
inginku,
gigit-gigit cuping telinga kecilmu,
luahkan perasaanku
membisikkan,
"aku cinta kamu"
hadiahkan asmara disetiap pagi harimu,
dengan harapan,
agar kau tahu,
semoga kau tahu,
ku gilakan mu.

auramu,
memujuk rayu hatiku,
sering bergoncang,
jiwa ini.
siang malam ku, gundah,
tiada melihat wajahmu,
ku rindu.


single terbaru dari aqasha dari album Qashanova.
suara encik rambut menawan ni serius mcm dalam lakonan-lakonan beliau. hahaha.
serak husky ala-ala kenny rogers gethoo..
mampu korang? hahaha!!
okey. makin laju melayan lagu ni.

sekian.


WL: enabcantiksangat

benarkah itu?

dulu...
kau juga yang beriya-iya.
mahukan dirinya konon buat kau bahagia.
tapi kini, mana terbang janji-janji lama?

dulu...
kau tak kisah susah bersama.
asal dapat kecapi nikmat rumahtangga.
buat anak jadi keluarga.
engkaulah ibu, dialah bapa kononnya.
tapi kini, kau terpaksa dia puja.

dulu...
bila cincin diminta semula.
kau merayu ketuk pintu segala.
jumpa bakal mertua mengadu domba.
sanggup lakukan apa saja.
tapi kini, kau mahukan dia lakukan yang sama dan kenapa?

hey hey. 
dulu siapa yang gilakan siapa?
kau atau dia yang tergila-gila?
aku perhati biarkan engkau dan dia.
sejauh mana hebatnya cinta kau terhadap dia.
dan sampai bila kau perlukan kasih dan cintanya.
tapi kini, diuji seketika.
kau senyap tak mahu kata apa.

dulu...
mertua kau dah bilang dia tidak punya harta.
gajinya tak mampu buat kau dan dia bahagia.
kenapa kau masih berdegil kata.
kononnya kau tak pentingkan itu semua.
asal kau dan dia dapat bersama.
ahhh.. itu semua dusta aku berkata.
bila berkeluarga semua mahu pakai harta.
tapi kini, kenapa kau ungkit rumah kau terpaksa bayar sewa.
dan lampin anak kau tanggung semua?

dulukan...
kau sanggup jejak rumah kecil bakal mertua.
belum kahwin dah anggap keluarga.
tak kisahlah kerana sayang dan cinta.
tapi kini, menjelang raya ke sana semua.
rumah mertua hanya berbau hiba.
itu kau kata kau anggap keluarga?

ya..
kau belajar tinggi.
gaji kau kencang bak ditiup taufan.
tak bermakna suami kau pijak hingga tak bernafas.
kau mungkin berpelajaran.
ijazah kau genggam banyak harapan.
tapi, masalah kecil begini kau cuba besar-besarkan?
apa egomu membatasi hubungan?
hingga sanggup derhaka segala.

hey hey. 
lupa agaknya kau janji ketika akad?
bagaimana tanggungjawabmu selepas nikah.
oh. lupakan sejenak tanggungjawab.
tapi jangan pernah kau lupa.
syurgamu kini dibawah tapak kakinya.
derhakanya kau kepada dirinya hingga tak sanggup aku ungkapkan.

nasihat aku cuma satu.
kau harus ingat semula perkara dulu.
dan selesaikan semua satu-persatu.
benarkah itu?
entahlah. itu cuma cara aku.


--------------------------------------

as salam. puisi di atas sebenarnya sekadar peringatan kepada diri aku. ya. untuk aku. yang bercita-cita tinggi. konon tidak kisah keberadaan bakal suami. siapa tahu, jodohku nanti mungkin tidak menggenggam ijazah sama seperti aku. mungkin hanya mekanik, technician, atau sekadar pembuat air di kantin sekolahku. aku tidak meletakkan harapan untuk mendapat jodoh yang hebat-hebat. yang mempunyai super power buatkan aku konon bahagia. aku hanya percaya, jodohku ditetapkan oleh Penciptaku. yang terbaik hanya datang darinya. bukan dari siapa-siapa. biarlah aku menjadi Mastura yang berkahwin dengan Syawal. eh jap. itu watak dalam Ahmad Albab. tapi itu boleh jadi teladan bukan? 

baru-baru ni, aku cuba mengumpul maklumat dari beberapa orang sahabat lelakiku mengenai masalah umpama ini. dan nasibku bukan selalu baik. namun, sekurang-kurangnya, ada seorang yang sudi memberi pandangannya mengenai isu Siapa Suami, Siapa Isteri. berikut antara hasil perbualan kami.

"perempuan wajib ikut suami, sebab lepas nikah, tanggungjawab isteri bersama suami. kalau tidak jatuh nusyuz (derhaka). toleransi amat penting dalam rumah tangga. jika suami berasa dengan merendahkan ego dapat menyelamatkan rumahtangganya, apa salahnya. tapi isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan kerendahan ego suami sebagai tiket boleh buat suami terasa atau terluka. kerana syurga isteri pada si suami."

(beno mustapha, 2010)


btw, aku mengganggap perbualan itu salah satu cara teguran yang akan aku sematkan supaya tiada lagi tiang arasy bergegar tatkala ungkapan cerai dipadamkan dalam sebuah perhubungan.

sekian post penuh dugaan.


WL: enabcantiksangat

Tuesday, November 23, 2010

pembikinan sebuah penulisan.

the chemistry is crazy, and you make me feel so amazing. and i can't explain, your love is off the chain. (selena gomez,2010)

-----------------------------

assalamualaikum. ralit merangkak-rangkak di blog orang lain sampai blog sendiri terabai. maaf la yer. bukan apa. nak cari bahan untuk ditulis ni kenalah berhati-hati. agar tidak bosan dibaca dan dihina dicerca kerana penyampaian yang kurang memberangsangkan. maaf sekali lagi.

yelah. dalam 3 hari ni, nab cuba mencari bahan untuk ditulis. bila dah jumpa, kena kaji dulu. sesuai x untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan kawan-kawan nab. tulis ikut rasa dan diselitkan sedikit kajian menjadikan sebuah penulisan lebih menarik dan tidak sia-sia. itu yang nab belajar. yelah. sampai bila nak tulis bahan picisan. kan? kadang kala bila tulis sesuatu yang dapat membantu memberi kepuasan yang lebih banyak. itu bagi nab. tak tahulah yang lain. 

sekian.


WL: enabcantiksangat

Friday, November 19, 2010

random-ness

selamat bercuti pals.


cerita cuti memang macam-macam. 
sesuai la kot tajuk post camni, kan?
setakat beberapa hari cuti, banyak cerita dapat dicoretkan.

first. cerita pasal rumah. hahaha. rumah nab yg terletak di sri jelok kajang memang menjadi pusat untuk nab bersenang lenang. eceh. ayat nak best. btw, sampai rumah selasa lepas, terus ke dapur. tolong siapkan bahan-bahan nak masak untuk raya haji ni. tugas nab senang je. tumbuk-tumbuk. tak macam dulu, siang itu, siang ini, masak itu, masak ini. kali ni senang. sebab mak ayah kesian tgk nab letih duduk dalam tren 10 jam. mampu?? hehe...


second. malam tu pulak, pegi tesco. bajet nak beli taugeh. encik bf nak masak mee rebush...cewahhh. macam ape tahh..tapi betul laa.. pegi lewat, habuk pun takde. semangat orang kajang nak main masak-masak untuk raya haji kali ni. yg herannya, sorang pun tak nak jemput pegi rumah diorang.. iskk iskk iskk.. tak patotttt.... hahahaaha.. then nab terus je meluru ke kedai baju kurung. hehe. yelah, ayah suruh pakai baju tema biru. nab xde kurung biru. kakak dan adik turut tiada. then, nab pun terus menghulur sedikit simpanan untuk membeli 3 pasang kurungan. walauwehhh. mampu cari baju kurung last minit??? sienzzz~~~


third. tidur awal. sebab pagi-pagi nak kemas rumah dan tolong encik bf masak mee rebushh. hehe. sayang lahh! hahaha... mandi lewat sikit ahh. nama pun tolong masak....


fourth. kawan-kawan datang rumah. dan mereka sangat lewat. LEWAT. sampai nab dan tidor dulu baru dorang sampai. tapi tak kisah laa. yang penting, dorang tiba dengan selamat. kan???


fifth. tunggu si sabsab tiba dari lenggeng. oh. lambat gila. serius. tapi he made it kan? janji tetap janji. beliau tiba dengan lengkap berbaju melayu. wah! imej tukartukar! hahaha!!


sixth. lepas sabsab dah makanmakan, kitorang siapsiap ke rumah nazihah. dan kemudian ke sg ramal untuk menjamu selera di rumah wan ntah.*sorry, agak lupa nama beliau.* mase ke rumah nazihah, sabsab ade. tapi bila nak ke sg ramal, beliau ade hal emergency. ntahlah. ngantuk barangkali.


seventh. pastu, nab bawak mala dan mira untuk mandimanda di rumah nab. yelah. dah nak pegi bbq kt rumah shukri, kena laa ajak dorang singgah dulu. mintak permission dari daddy dan mummy saya. hehehe... siapsiap, tunggu nonol dulu.


eighth. kitorang terus ke rumah shukri lepas jemput nazihah. rumah beliau area rumah naim zul je pun. so, amat mudah untuk mencari. hahaha. bila dah sampai, semua rakan karib shukri sudah di sana. ada haris, wan. amad dan 2 lagi jejaka yg kurang pasti siapakah mereka. oke. jejaka ke?


ninth. esoknya, satu family saya yang tidak bekerja ke midvalley. sebab encik bf tak pernah menjejakkan kaki ke sana. see?? encik bf bukan suka nak keluar mall ni. tapi disebabkan beliau curious ape yg menyebabkan muda mudi ke sana, beliau gigihkan jugak. 


tenth. hari ni pulak kitorang ke kajang. pekan kecil kesayangan nab. sebabnya? nab nak bayar bil babyband ni haa. dah tertunggak la pulakk. hehehe... pastu shopping sikit baju ngn seluar. cewahcewah. jangan kate nab kaye ok.. ni pengorbanan untuk melakukan perubahan. kena berubah! yes. 


oke.. ngamngam pulak 10 perkara nab nak tulis. ingat panjang lagi. hehe. oke. bawah ni gambar sekitar hari raya haji dengan kawan-kawan barubaru ni.  
p.s: ada di antara mereka ni, nab baru je kenal. i mean, sembang. so, agak pendiam untuk kali pertama. hahahahahahahahahaha!


barisan gadis.
dari kanan : mira zamri, nonol, mala, nazihah, nab.


di rumah nazihah.
pertambahan: hero gadis-gadis.


spot the not! hahaha.
notakaki: rumah nab.


di rumah shukri.
bbq daging qurban.


lagilagi bbq.



oke. hariss nampak 'hensem'. hahaah.
dari kiri : mala, amad (baju merah), nab, nazihah dan nonol.
haris yg belakang.


maaflah kepada sesiapa yg tidak muncul. bukan ape. ni blog siapa?? haha. suka hati nab lah siapa yg perlu ade okeyyy,,, hahaha..
tapi sorry la kepada semua kawan-kawan. ada rumah terpaksa nab tolak jemputan. rumah nab pun ade tetamu, plan nak keluar ni pun dah lama. oke. tak la lama. tapi cukup lama berbanding jemputan anda. maaf yer.

siapa yg tak datang rumah saya tu, takpelah. nak buat macam mana. masing-masing kan ada hal sendiri. tak perlu gusar okey???  tapi rugilah, sebab xde gambar nak dicerita nanti. kan?

ape-ape pun, selamat bercuti semua. 
selamat bercuti.

:)


WL: enabcantiksangat




Monday, November 15, 2010

cukuplah -2010-

izinkan aku sayang, merindui mu selalu. biar bergetar, nalurimu... (laksamana, gugurnya bunga cinta)

____________________________________

hip hip...HORRAYYYY!!! sudah sudah lah exam. penat menanti dirimu untuk tamat riwayat. hahahahaha...


well. kali ni post yg benar-benar memberi sejuta rasa. waaaaaaahhh.. 

rasa 1. rasa seronok balik kajang.
rasa 2. rasa best dapat keluar dari iklim tak tentu hala penang.
rasa 3. rasa kurang garam tanpa kawankawan maktab.
rasa 4. rasa heaven dapat on9 kt umah puaspuas.
rasa 5. rasa penat sebab tren nanti lambatlambat.
rasa 6. rasa tak sabar sebab nak tgk muka makayah.
rasa 7. rasa macam rasa 6. tapi nak tgk adekberadek.
rasa 8. rasa gembira tak terkira sebab balik nanti nak kerja.
rasa 9. rasa rindu sebab dah takde idea nak tulis pasal encik oreo lepas ni.
rasa 10. rasa rindu jgk dekat bakal encik oreo.
rasa 11. rasa gemuk sebab baju kena bwk pulang bagi lily.
rasa 12. rasa happy sebab balik nak shopping shopping!
rasa 13. rasa kosong bila tanpa rumet untuk digaduhkan.
rasa 14. rasa hari ni adalah hari terbaik sekali.
rasa 15. rasa tak puas hati dengan prebet yg cancel trip last minit. BENCI KAU!
rasa 16. rasa syukur sebab ada jugak yg sudi hantar ke KTM mlm ni.
rasa 17. rasa nak makan mee rebus encik bf dan laksa johor cik mas.
rasa 18. rasa nak singgah mekdi once dah sampai KL SENTRAL nanti. *jogetjoget*
rasa 19. rasa ngantuk nak tidur dlm tren.
rasa 20. rasa patut stop menulis untuk post ni.

hahahaahaha!!!
puas hati bila dapat cerita pasal rasa ni. *puas hati pun rasa jgk en???*
btw, lagu-lagu kt suriafm tgh lentok gila. maka haruslah dilayan. hahahaa!!
tadi dah makan sedap sedap dan murah murah. 
depan JIMAT MINIMARKS. dan sempat singgah beli chop potato.
ni post kedua nab cerita pasal chop potato. anda patut coba.
oke. cukuplah. dah sampai kajang, nab terus hapdet! 
yeay!!!!!

saya memang tak sabar nak balik.





WL: enabcantiksangat

Sunday, November 14, 2010

budak nakal.

Harapanku kian bercambah,
Impianku tak akan berubah,
Namun segalanya, akan musnah,
Jika kau masih mencari,
Dimanakah silapnya diri,

(stubborn, 2010)


--------------------------------------------------------

selamat hari ahad! great sunday peeps! superb la today. got sakit perut sampai vomit 2-3 kali. whadda? tak kisah lah. btw, post kali nak cerita ttg 3 budah nakal yg menggelarkan diri dorang ni stubborn. 

ye, kalau ke laman sesawang facebook nab mesti ramai cam pelik nape nab asyik promote stubborn ni nak ONAIR kt suriafm hari ni. oh. bukan cari publisiti murahan ye. saya memang antara supporters tegar mereka. ye. tegar. tak putus putus sokong. dari first EP dorang. 

ingat ingat balik, dulu bunyi garaj je. yela. x cukup finance. yg penting dorang usaha gak enn... EP dulu release time 2008 kalau x silap. ujung ujung taun. gigih g umah sabri stubborn.nak amik EP. 

sabristubborn



melihat perkembangan dorang dulu ngn skrg, wow! jaoh beza teramat. i mean, sgt MELANGKAH JAOH dr dulu. actually, kenal stubborn pun dari sabsab. byk la. dari dorang awalawal penubuhan lagi. haishhh.. terus maju dgn irama melayu laju mereka. 

antara favorite lagu dorang mestilah april fool love, young and creepy dan bermulanya mimpi! ni favorite ye. 

dorang start ngn dunia gig mengig ni since form 5 lagi. maksudnya, 2006. bunkface pun mase tu baru nak up.gig sama-sama. tgh cipta nama, cm stubborn gak. tapi dorang naik dulu la. kira stubborn follow dari blkg. 

maaflah. post ni agak mempromote kumpulan stubborn ni. bukan apa, sekadar menunjukkan support kpd industri muzik malaya je. dan kawansampaimati nab si sabsab tu. 

sape sabsab dari sisi iris raja zainab?
beliau merupakan musuh utama saya since form one. benci gila dgn beliau saat tu. bajet hot, ngn spek dak nerd tu, butang baju sampai atas. "kau amat huduh ye encik sabsab mase tu!!!" kitorang kelas laenlaen. sampai form three, si sabsab satu kelas dgn saya. OMG! beliau satu kelas dgn kitorang! HABISLAH! semakin artis kelas kitorang.(kitorang tu nab, naz, dba, mya dan nana).  teramat rimas dgn perangai sabsab yg mengjengkelkan. oke. beliau mmg jengkel. tapi bila cat kelas sesame, wow! kitorang semakin akrab hari demi hari. rase takleh berpisah gengnasikgorengjenab (GNGJ). artis kannn...oh oh. form four pun kelas same. tapi, mase masing-masing buat pilihan nak keluar g teknik, masing-masing sedih ahhh. especially ciknanaz. sbb beliau satu-satunya artis yg tegar xnak tukar sekolah. sayang seybah ke hape tah? ahahahaa!! cm nab tukar sbb seybah. rimas belajar bio ngn cikgu yg tak sudah menyumpah seranah. oke. time tu mmg episod sedih gilagila. rase sesal gak sbb berpisah time tu. bila abes teknik, g PLKN. mase tu adelah one of my episod sedih. call semua GNGJ, tapi sorang pun x angkat.(dan mase tu nab xde number dba). nab call sabsab. gila. beliau mmg cool. nab rase nak lempang lajulaju pon ade."aku tgh sedih la ngeng! kau leh buat lawak haram kan?" tapi serius. terapi sabsab buat aku tabah menghadapi ujian tu. terus je pndg depan. sabsab pun amat rajin dtg rumah nab, sbb beliau suka mkn mee encik bf nab buat. kerap gak ah. leh kate setiap tahun openhaus tak pernah miss,*nmpk x sabsab suka mkn?*ahahaha!!

satu pesanan untuk sabsab dan stubborn.
sabsab, sampai bila pun kau dpt sokongan dari aku.. kawansampaimati aku *aku hutang kau rm5, remember x?*. terus berjaya weh. aku terus support ko. dan untuk den dan pk, selamat maju jaya!!! hidup stubborn dan irama melayu laju!!!!!!!!!!!!

stubborn.


den


peakay @ pk.




tamat.


WL: enabcantiksangat.



is it my fault?

please. please. please. (sila menyanyi gaya gedik alif satar)
i want the old days back!
damn serious! 
when i said the old days, i mean YOU! 
it's you, yeah it's you that i adore. (kali ni nyanyi ala-ala arina mocca)
i miss you. too soon you've move to others boat.
you don't even say goodbye.
i stare at glazy stars.
every night, day by day.
waiting you.


you might think that i'm crazy.
and yes. i admit.
the end.














yeah. it's you. RIP bf.




diary of jane. 0857, sunday. good morning malaysia.


WL: enabcantiksangat

Saturday, November 13, 2010

kawan sampai mati, kan?

kawan sampai mati kan?
sebab itu perkataan yg mampu aku luahkan.
tatkala penuh gelumangan penipuan terluah,
kau masih ku kenang sebagai kawan.

yalah. mungkin aku pernah khilaf.
dirimu aku terabai,
rumahmu aku tak sampai.
tapi masih tetap kau wujud di celahan alveolus ku.

pancaroba dunia mengaburi mata.
pantang terusik hatimu, aku terluka.
di segenap liang pharynx ku rasa berdosa.
setelah aibku terbuka terdedah.

kawan sampai mati kan?
mungkin kau lupa janji yang termeterai,
salah aku yang tidak mengingatkan.
membiar berlalu hingga jauh.
jauh..jauh hingga tak tergapai.

kawan...sampai mati, kan?
jangan pernah lupa kalimat yang pernah aku ucapkan.
kerna ia tulus sejak terjalinnya ikatan.
jika kau lupa putuslah persahabatan,
yang aku sering cuba pertahankan.

kawan sampai mati, kan?



WL: enabcantiksangat

Thursday, November 11, 2010

frust tak ingat!!!

post ini bukan ditaip dengan perasaan biasa.


nab bengang gila mati sebab soalan pasal urethra terpaksa tipu.

yela. semalam yakin je post pasal ni.
dah kat exam hall boleh pura-pura tak ingat.
damn betol. nasib x ingat yg first jer. 
kalau tiga-tiga, mau meroyan dalam tu jgk. (eleh, yg satu tu pun mampu je meroyan....)

keseluruhannya, Alhamdulillah. nab boleh jawab semua soalan. cumaaa........
tak tau betul ke tidak. hehehe....

korang mcm mana???



WL: enabcantiksangat

quick note from CSI Jenny.

bilangan tulang manusia dewasa - 206.
tulang terbahagi kepada 4 jenis iaitu tulang panjang (femur), tulang pendek (carpal, tarsal), tulang x sekata ( sakrum, koksil) dan tulang pipih (skapula, sternum).
3 susunan iaitu :
a) paksi longitunal
b) aksial (cranial --> koksil) (bhgn tgh bdn)
c) apendikular (pectoral girdles --> distal phalanges) (tepi bdn)

*******

fungsi sendi ada 4 :
artikulasi, pertemuan antara tulang, membenarkan pertumbuhan tulang dan membenarkan bdn bertindakbalas terhadap penguncupan otot rangka.
sendi terbahagi kepada 3 iaitu : 
i) sendi fibrous
ii) sendi kartilej (terdiri drpd kartilej)
iii) sendi sinovial ( pivot, saddle, soket, hinge)

*******

klasifikasi neuron system terdiri drpd neuron sensori (neuron aferen), interneuron dan neuron motor (neuron eferen).
neuron terdiri drpd 3 bahagian iaitu axon, dendrite dan nukleus.

*******

sistem urinari terdiri drpd kidney, ureter, pundi kencing dan urethra. (susunan dari atas ke bawah)
3 bahagian bagi urethra terdiri drpd :
i) prostatic urethra
ii) membranous urethra
iii) spongy (penile) urethra

*******

ciri paru-paru
a) lembut dan berongga
b) lebih kurang sekilo
c) kiri ada 2 lobus, kanan ada 3 lobus
d) byk aveolus utk pertukaran gas pernafasan.

fungsi respiratori
i) terima udara
ii) pertukaran gas O2 dgn CO2.

organ utama yg terlibat dlm sistem respiratori
i) farinks
ii) larinks
iii) trakea
iv) bronkiol

*******

ciri otot rangka ialah kebolehujaan, kebolehkuncupan, kebolehpanjangan, dan kebolehanjalan.


*******

kelenjar endokrin terdiri drpd kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar tiroid, pankreas dan gonad (kelenjar sex laki pompuan)
setiap drpd kelenjar ini merembeskan hormon tersendiri.


*******

imunisasi berkesan dalam mengawal penyakit.
kepentingan imunisasi ialah dpt elak jangkitan penyakit berjangkit yg serius, dpt elak berlakunya penularan epidemik atau wabak penyakit berjangkit, kurangkan kesakitan dan kesengsaraan pesakit dan keluarga, dpt membasmi penyakit spt polio dan neonatal tetanus, dpt kesan dan singkir bakteria sblm merebak dlm badan dan satu-satunya intervensi kesihatan yg kos-efektif.

amacam? ade bran nak jadi cikgu PJ? 


WL: enabcantiksangat

Wednesday, November 10, 2010

.unbelievable.

okey. i have never been in any auction. 
but this one... really really impress me. i mean it. yes. I MEAN IT!
just click here guys. 
and you will know how cool it is.

the end.


WL: enabcantiksangat

next 2.

mimpi adalah kunci. untuk kita menaklukkan dunia. pahamilah tanpa lelah. sampai engkau meraihnya. (laskar pelangi, nidji)

_______________________________________________

nama pelajar : raja zainab binti raja muhaiyatdin
no id pelajar : 201030134107
pusat : ipg kampus tuanku bainun, penang.

PJM 3106 -anatomi dan fisiologi
PKE 3101 - pendidikan seksualiti

***********************************************

dua satu lagi paper final. 5 4 hari sebelum sampai rumah dah sampai rumah.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

list balik rumah.

1. tiket KTM
2. laptop
3. baju tshirt yg tak guna
4. headphone
5. elken
6. seterika
7. baju renang
8. tudung alang
9. inner
10. tote ngan cat
11. ic (cmne leh missplace ni?)
12. jubah biru 

tu je kot. ade lagi, nab tambah.

p.s I : tak sabar nak bau rumah. 

p.s II : nak makan mee rebus encik bf.

p.s III : nak kerja part time kt al ikhsan. (mampu?)


WL: enabcantiksangat

idea bernas.

motor learning killer paper. sila bersedia dengan koyok di kepala. (zeti azmi, 2010)

see?? my senior pun sendiri mengakui kegangsteran paper motor learning ni. apetah lagi saya yang masih mentah tak tahu apa ni. naik berkaler rambut bila fikir subject nih.

okey okey. nak tau ke kenapa kitorang berani betting paper ni susah??

1.  nak cari nota bukan main susah. yelah. subject ni bkn subject standard malaya. jadi, bila dah jumpa kena pulak jadi translator. hadappp!!

2. oke. bila dah jumpa blog geng-geng pj maktab lain, rajin diorang mengupload nota. mcm dia ni.

3. dah ade nota pun bukan satu janji hebat kata boleh skor masa exam. sebab rata-rata adalah KBKK. so, teori sendiri, konsep orang lain.

4. oh. cikgu belajar senang eh? xde makna nya... nak berjaya semua kena susah. lebih-lebih lagi subjek aku. (ni blog aku, jadi aku akan kata subjek aku lagi susah. jgn cuba membantah.)


haa. senang cerita, aku lebih memilih untuk tidur awal. boleh goreng dengan selamba time exam. nampak real lah kiranya. ye ke tak? (baik korang ye kan je)......


selamat tidur.


WL: enabcantiksangat

Tuesday, November 9, 2010

what should i say...

awak : awak buat apa?
saya : saya tengok awak la.
awak : takde keje ke?
saya : ni la keje saya.
awak : tengok saya?
saya : ehem.(angguk-angguk)
awak : ala. tengok lain la.
saya : saya tak puas hati dengan awak.
awak : aik? kenapa? (hairan gila babengs!)
saya : saya dah lama nak cakap. tapi tak sampai hati.
awak : awak, mengucap banyakbanyak. kenapa awak tegar kata macam ni?
saya : habis? awak lagi tergamak buat saya macam ni!!!!!!!!!!!!!!
awak : saya buat apa?
saya : tuuu... (mencebik).


________________________________________

perbualan ini dirakam sebelum penulis ini disumbat ke hospital tampoi.

hati-hati dengan final exam anda. anda mampu mengubahnya.



WL:enabcantiksangat

bukan gurauan....

hari ni hari selasa.
paper motor learning esok!
ye. ESOK.
cuba nyatakan apa yang aku dapat?



hanya INI.


serius weh. tak tau apa yang nak baca. sebab?????

1. nota tak lengkap.
2. nota masa kuliah hilang.
3. kisah-kisah janin langsung xde.
4. mood nak balik lebih kuat.
5. nota yg ada sukar untuk difahami.

cukup 5 dari sisi aku. orang lain aku tak tau. 
aku tak bijaksana dan kurang pula ilmunya.
cuma satu kupinta.....


PUAN ROHAYA AHMAD
tutor saya

sila doakan saya menjawab dengan yakin ketika paper anda.
dan selamat menjalani ibadah. :))

ok. tamat benda tension.




WL: enabcantiksangat

Sunday, November 7, 2010

larat aerobik 2 jam?

tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. (kata-kata hikmat)


haaaa!! hamekkkk! bukan selalu aerobik. dah pekena, 2 jam pun x letih!! wowowow!!

inilah senario yang berlaku hari ni. cop cop. bukan SENARIO lawak tu yer. ini kejadian, urmm.. ape orang putih panggil.. urmm.. urmm. senario la kot. haaaa.. x kisah laa. yang penting nak kata hari ni berlakunya atau terjadinya pertandingan AEROBATHON 2010 peringkat daerah kulim. wahwah. hebat tak tau nak katalah. tapi memang best. instructor paling terbaik sbb spontan je kot. paham x? SPONTAN je kotttt!!!! selama 2 jam. larat kau nak pikir step?

haha. ramai penyertaan dari kaum Melayu. syabas!!!! masih wujud orang Melayu yang bangun awal pagi. tapi sedih sikit. kategori bawah 25 tahun kurang dapat sambutan berbanding kategori 25 tahun ke atas. makcik-makcik laa majoritinya.. sangat hebat. kaum-kaum lain ade jgk. minoriti jelaa... tapi most pun memang makcik-makcik. da bomb lah!

tadi, buat warm-up je pun dah 1/2 jam. ape kes???? haha. bertahan korang nak meloncat-loncat hanya untuk warm-up? ala. step mudah je. boleh ikut. kalau makcik-makcik yg dah beranak pinak tu boleh buat, korang apetah lagi kan???????

pastu, mak bee pulak sambung. satu je dlm kepala otak, "jgn dia buat step terbang-terbang sudah. aku bukan terel mana...." and yes. beliau buat step mudah jgk. takde la mudah sgt. tapi still boleh follow. mak bee ni presiden persatuan senamrobik malaysia. HAMIKKKK!! larat nak lawan dia memang sedia hebat?? haha. btw, beliau ni kategori humble jgk laa. xdelah riak takbur kate hebat mana dia aerobik. cool je. itu persepsi aku. tak tau pulak yg lain mcm mana.

sedar atau tidak, dah selesai 1jam setengah bersenamrobik. cehhh.. meluru semua kt kereta afiq (bf kak emi). yelah, botol air, hp, beg.. semua dlm but kereta. masing2 dah penat...haha.. tapi tak cukup lesu la. masih boleh buat lagi. (ececeh.. ni kes berlagak kuat gagah yerr)...

majlis penyampaian hadiah. wakil maktab bainun yang dpt saguhati hanya azman, shila ngan zaril je. ok la tu. dari takde langsung. hee:)))

aku? x cukup power nak lawan golongaan makcik-makcik tu.. diorang praktis tiap-tiap minggu. aku tak pernah praktis hebat hebat. dlm bilik kecik 1/30 tu jela. itu pon bila dtg mood. ahaha!! dan sgt takde koordinasi. menari ikut dan sahaja.

balik tu, makan chop potato.. ala,, produk terbaru gerai-gerai pasar malam tu. sedap dan murah. dah habis makan semua.. kitorang chow... aku naik kereta afiq. mcm mana aku dtg situ, mcm tu jgk la aku balik maktab. heee:)))))

ape-apepun. saya teramat seronok dapat buat aktiviti berfaedah hujung minggu mcm hari ni. sihat dan cergas amalan rakyat malaysia. eceh. bajet menteri sukan ke ape??? ahahaa!!! plus, baru terasa keluar dengan rakan sebaya. ahahahaa!! (selama ni saya bajet muda yerrr).....

apepun, majulah sukan untuk semua!! yeeehaa!!!


WL: enabcantiksangat

Saturday, November 6, 2010

niat baik, semua jadi.

the Prophet said,
 "the signs of a hypocrite are three:
1.  whenever he speaks, he tells a lie.
2.  whenever he promises, he always breaks it (his promise).
3. if you trust him, he proves to be dishonest. (if you keep something as a trust on him, he will not return it)."

_____________________________________

alhamdulillah. selamat sampai maktab sebelum jam 11pm. wah wah. menapak sungguh-sungguh di jusco nampaknya. hahaha!!! terima kasih kepada saudara muzamil afiq sebab jadi penyelamat hari jumaat kami berdua. terima kasih bykbyk! kereta anda juga sgt hebat! :)

so, selesai study anatomy kat jusco. konon balik bilik nak sambung study. tapi rasa lebih baik rest. (banyakbanyak senyum) ok. taknak senyum. mau gelak jahat! hahahaaha!! 

so sekarang sibuk dengar SURIAFM dengan dj lin. 
ok stop.


sambung cerita ikut tajuk.
itulah. bila kita niat baik, semua jadi. mcm niat kitorang g jusco, nak study. see? byk yang kitorang gain hari ni. perbualan pun ilmiah-ilmiah gitu. bagus kan mcm ni selalu? takde lah sibuk jaja korek cerita orang lain. dosa pun kurang. bahagia 1.

pastu, kitorang kan niat nak study kat jusco, walaupun takde sorang prebet yg wujud time time cuti raya ni, tapi masih jejak kaki kt jusco tu. sebab? itulah untungnya berkawan dengan ikhlas. kawan susah, kita tolong. kita susah, kawan tolong. jelas ketara laa hari ni. tgk je budi baik AH TAT dan MUZAMIL AFIQ. yela-yela. diorang laki. abes? takleh tolong? kawan ikhlas ye. jgn ade niat selindung-selindung. kawansampaikiamat. ingat simpan.

then, nab add beberapa fan kak lin, dj suria cinta. yelah. diorang like post nab kt wall kak lin. kita hargailah dengan add diorang. orang berbudi, kita berbahasa. semat dalam diri minda korang.

ok. nak tamat post ni. ingat. niat baik, dapat baik. niat buruk, hazab yg kau terima.

ps I: tadi bace status fatin razali, oh. ade makhluk tak malu buat onar dekat pekan kecil saya.

ps II: mata dah meLAYU.

psIII: selamat malam semua. kalau bace ni time siang, nab ucap selamat siang.


:)


WL: enabcantiksangat

Friday, November 5, 2010

kalau nak bijak....

determine the thing that can and shall be done, and then we shall find the way.  -abraham lincoln.

hari ni hari jumaat. post yg lepas dah cerita tentang rahmat hari jumaat. so, kali ni nab nak ambik kaf ba ro kaf alif ta nun hari jumaat. jangan tak baca. HARUS!


ditakdirkan hari ni elektrik di maktab diputuskan sementara kerana sedikit masalah yang nab sendiri kurang pasti. so, nab dan bestfriend nab bercita-cita besar untuk study di mekdi jusco seberang prai city.

oke. ini saya yg gagah.




hari ni kitorang pilih nak study anatomy. faham x anatomy tu ape? oh dem. ni bkn post untuk cerita apa itu anatomy. tapi nak cerita tentang kegigihan kami. hehe..


___________________________________________

cerita lebih kurang mcm ni. kitorang merupakan makhluk degil yang tegar tak mau balik sambut deepavali. yelah. bukan raya kami. hehehe.... so, bila nak keluar dari maktab, mcm2 perkara nak jadi. first, kitorang mane ade transport sendiri. so, susah untuk kitorang keluar dari situ. try tanye YIN HAN tapi dia pun tak dapat cari transport utk kami. oh ye. tambahan pula bestfriend saya tidur dari pagi. perhatian yer.. DARI PAGI. makhluk tu tak tidur kot malam tadi.. hehehe. maaf ye miee... jadi, tatkala  mie bangun dari peraduan, saya mengadu takde transport dan TIBATIBA! saya dapat idea suruh chin tat yang hantar. *dan mie pun kasi number ah tat* .....walauwehhh.. hebat la itu boss. boleh je hantar kitorang. 

kitorang dah sampai jusco terus g POPULAR. cehhh. semangat beli pen kaler kaler yer kawan-kawan. kena paham disitu. pastu beli roti, bla-bla-bla... lepak mekdi. fuaahh!! ramai gile kot orang-orangan. haha! penuh mekdi. nab pun cari tempat kosong. alhamdulillah. dapat port best. tapi kotor. takpelah. boleh suh budak-budak mekdi ni yg cuci. hehe... perhamba ke?? maaf ye. memang kerja. hahaha!!

kitorang pun dgn gigih study la dari satu bab ke bab yg lain. oh noted! chin tat pun lepak jap kt mekdi. study ngn kawan-kawan chinese lain. he:))


tapi............................


masalahnya sekarang....sape nak amik kitorang pukul 10mlm kang? ah tat tak boleh amik. dia ade hal. so ape kes???? nantikan jela post seterusnya...


bahagia la kat sini. tgk macam-macam ragam manusia. plus study dengan bahagia. hahaha!!

kami dan makanan.


oh ye. lupa nak kata. bila study anatomy, kitorang belajar pasal jumlah tenaga. dan kitorang aplikasi kira tenaga dengan kira jumlah protein, lemak dan CHO dalam makanan mekdi. PERCAYA ATAU TIDAK, mekdi keluarkan jumlah tenaga yg tipu pada fries dan chicken mcdeluxe(sebab dua-dua tu makanan aku). oh dem u mekdi. beranik kau tipu aku..(jap. nape aku cerita gak pasal anatomy disini??)

weh nab, bagitau la cmne nak kira jumlah tenaga tu???
okey. okey. sebagai pelanggan, kita kena tahu. so, kat sini nab ajar mcm mana nak kira. sebab senang saja...


lemak = 1gram = 9kcal
CHO (karbohidrat) = 1gram = 4 kcal
protein = 1gram = 4kcal

so,,, kalau chicken mcdeluxe ada
lemak = 27.7g = 9kcal x 27.7g
CHO = 46.7g = 4kcal x 46.7g
protein = 17.2g = 4kcal x 17.2g
total tenaga = _____kcal

oke. cuba korang bandingkan jawapan korang dgn jumlah yg mekdi sertakan dekat kotak tu
615kcal mekdi bagi.
___kcal anda bagi.

kalau sama, mekdi tak tipu pelanggan. tapi kalau berbeza, mekdi tipu pelanggan dgn kata makanan tu bagi jumlah tenaga yg tinggi.


selamat guna.

:)


footnote : *...* itu adalah arahan sesungguh dari puan sri salmah. matilaaa kalau tak letak. hahahaha!!


WL: enabcantiksangat

-tagged by fatinrazali-

once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you.

okey okey. terimakasih cik fatinrazali kerana terus bagi dorongan kepada saya untuk terus menulis. oke. geli disitu. :)

1. saya seorang gadis.
2. tapi saya agak boyish kadang-kala.
3. saya keras kepala yang hendak semua ikut cara.
4. nama saya raja zainab. (harus ke?)
5. saya masih single.
6. yet available. <-- ni memang promot diri. harus paham!
7. saya tak ramai kawan baik.
8. tapi semua kawan saya baik.
9. saya anak ayah.
10. saya nak jadi pilot.
11. tapi sekarang amik course perguruan.
12. saya suka PINK
13. tapi most baju saya PURPLE.
14. saya x suka shopping.
15. tapi saya kaki shopping bila byk duit tak tahu nak buat apa.
16. sangat menggilai OREO.
17. saya suka semua tentang sastera.
18. saya takut gelap.
19. saya banyak cakap.
20. saya suka main masak-masak dengan ayah saya.
21. saya nampak tua dari usia.
22. saya suka berangan tak kira masa.
23. saya suka makanan pedas.
24. tapi saya tak tahan makan pedas.
25. saya nak jadi wedding planner untuk kawan-kawan saya! 


oke. selesai 25 perkara.. jadi mau tag

|lily fadhilah| |wandiba| |zaza| |wahida| |mimosa|

oke. paham x? saya takde ramai follower. hahaha!!!


p.s i : 25 je....... nak tulis banyak benda niii...perangai x??


WL: enabcantiksangat.

Wednesday, November 3, 2010

hibernasi.

perhaps i am a polar bear, or some hibernating animal underneath, for the instinct to be half asleep all winter is so strong in me (anne morrow lindbergh)

hibernasi merupakan keadaan ketidakaktifan dan penurunan kadar metabolisme yang diukur melalui suhu badan yang rendah dan kadar penafasan yang lemah. haiwan melakukan hibernasi untuk menjimatkan tenaga terutama pada musim sejuk. ia boleh berlaku selama beberapa hari atau minggu dan bergantung kepada spesies. 

i do hibernate when it comes winter. ~polarbear

__________________________________________________________________


teacher: okey, semua tau beruang kutub macam mana??
student: yes teacher. aiyo teacher, why aaa beruang kutub never here?
teacher: because you in malaysia dear.
student: i want beruang kutub as my pet, boleh ke teacher?
teacher: why?
student: they seem cute la teacher. can laa teacherr...
teacher: ask your ayah dulu.
student: i ask you now laa.
teacher: grrrrr....

tamat kelas sains.




WL: enabcantiksangat.



Tuesday, November 2, 2010

definitely... maybe.

love is like a mountain,
hard to climb.
but once you get to the top,
the view is beautiful.
- daniel monroe tuttle -


hari ni teramatlah tension. oh. agak tidak keras di situ. hari ni TERAMATLAH TENSION!  okey. puas hati. serius laahh. exam serius menguji tahap kecekapan nab memahami konsep-konsep tertentu. jap jap.. faham ke?

nota tak sama dengan kehendak soalan.
ni laahh masalahnya. major problem masa menghadapi exam adalah nota yang tidak menepati kehendak soalan. bayangkan, sepanjang satu semester dihabiskan tanpa nilai. ZERO. kita pulun penuhkan kehadiran. tapi takde satu soalan pun yang dibincangkan dalam kelas satu semester. menguji TAHAP SATU.

teori-teori hampir sama dan tidak dapat dibeza.
oke. ni lagi satu masaelah. bila study hafal. sekali keluar nama theorist, dah konfius dia keluarkan teori apa. mulalah campur aduk semua teori yg dah dibaca. last-last. keluar teori sendiri. ape? thesis mana yang nab dah tulis sampai wujud teori sendiri? menguji TAHAP DUA.

tak cukup buat teori sendiri, lecturer pun nak ditipu?
haa. ni problem besar. bukan meniru la. nama pun exam. tak baik tiru-tiru (serius konon). yelah, bila dah keluar teori sendiri, nab berani pulak nak cipta konsep yang kononnya dipelopori oleh para theorist. nampak mcm real je. mcm tau semua. padahal gelabah nak jawab soalan yang ditanya. gila x? yang diharap KBKK. bukan fakta yer. 


______________________________________________________



tapi. disebalik semua kegelabahan yang melanda, sebenarnya nab faham konsep ni sahaja.


jangan study last minit dan pura-pura baca.

sebab, itulah punca nab jadi gelabah tak tentu hala dalam exam hall. siapa suruh???




p.s I: semoga berjaya kepada yang menghadapi final.

p.s II: saya lapar burger.

p.s III: saya nak start packing untuk cuti lama! yeayyy!

p.s IV: tajuk post takde kena mengena. harap maklum.



WL: enabcantiksangat

Monday, November 1, 2010

senyap ke pulak?

People may doubt what you say, but they will believe what you do.  ~Lewis Cass


selamat hari isnin bersamaan 1/11/10. post pertama untuk bulan november. mari cerita tentang kekalutan manusia menjatuhkan kehidupan orang lain.


well. nab senang di sini. tanpa dihidu oleh para stalker yang acap kali cuba mencari bahan menjatuhkan serta melihat kelemahan manusia. ye. terasa aman. aman dari gangguan. 
last week, memang mencabar. mencabar kewibawaan nab sebagai pelajar institusi. yelah. kita datang dari jauh, bukan nak cari gaduh. nak cari ilmu biar boleh bikin rumah untuk berteduh. tapi nyata, ramai tidak senang dengan keadaan diri kita. ada saja tentang diri kita yang sering diperhatikan. even status di fb boleh dijadikan bahan mereka untuk menjatuhkan diri kerdil ni. 
tak habis disitu, penuh inbox dengan kata-kata herdikan. untuk apa semua itu? 
yaa. untuk menegur kekurangan diri kerdil ni. tapi haruskah diherdik? dicaci? dimaki? siapa anda? siapa saya? 

bila dibuat conferences, wah! nab dikatakan mengeluarkan kata-kata poyo, konon mulia dan pura-pura suci. habis? perlukah nab menjadi seperti anda wahai stalker yang memaki dan menghina tidak tentu hala? siapa saya? siapa anda?

bila nab buat keputusan untuk diam, anda makin terdesak. sebab apa? tiada bahan sebagai pendorong dan penggalak? itulah anda. bosan dengan dunia sendiri sampai mengalih ke dunia orang lain. nasihat nab jadi diri sendiri. tapi mengapa tidak anda?

nab tak suka interrupt life orang lain sehingga orang itu benarkan nab masuk campur. siapa nab? siapa anda?

nab ada life sendiri dan problem lebih besar untuk diselesaikan. bukan masa untuk melayan kerenah mintak kaki seperti yang anda idamkan.

perlukan bantuan? nasihat nab, balik kepada niat anda datang ke institusi ini. kalau kerja nak gali kisah hidup orang, pergi ganti nas ahmad dan michelle di melodi. BUKAN DI SINI. lagi satu, fb hanya satu rangkaian memperlebar jaringan persahabatan. bukan tempat untuk para stalker mencari bahan. SILA INGAT!



AMARAN KERAS!

WL: enabcantiksangat