hearts

Friday, November 26, 2010

benarkah itu?

dulu...
kau juga yang beriya-iya.
mahukan dirinya konon buat kau bahagia.
tapi kini, mana terbang janji-janji lama?

dulu...
kau tak kisah susah bersama.
asal dapat kecapi nikmat rumahtangga.
buat anak jadi keluarga.
engkaulah ibu, dialah bapa kononnya.
tapi kini, kau terpaksa dia puja.

dulu...
bila cincin diminta semula.
kau merayu ketuk pintu segala.
jumpa bakal mertua mengadu domba.
sanggup lakukan apa saja.
tapi kini, kau mahukan dia lakukan yang sama dan kenapa?

hey hey. 
dulu siapa yang gilakan siapa?
kau atau dia yang tergila-gila?
aku perhati biarkan engkau dan dia.
sejauh mana hebatnya cinta kau terhadap dia.
dan sampai bila kau perlukan kasih dan cintanya.
tapi kini, diuji seketika.
kau senyap tak mahu kata apa.

dulu...
mertua kau dah bilang dia tidak punya harta.
gajinya tak mampu buat kau dan dia bahagia.
kenapa kau masih berdegil kata.
kononnya kau tak pentingkan itu semua.
asal kau dan dia dapat bersama.
ahhh.. itu semua dusta aku berkata.
bila berkeluarga semua mahu pakai harta.
tapi kini, kenapa kau ungkit rumah kau terpaksa bayar sewa.
dan lampin anak kau tanggung semua?

dulukan...
kau sanggup jejak rumah kecil bakal mertua.
belum kahwin dah anggap keluarga.
tak kisahlah kerana sayang dan cinta.
tapi kini, menjelang raya ke sana semua.
rumah mertua hanya berbau hiba.
itu kau kata kau anggap keluarga?

ya..
kau belajar tinggi.
gaji kau kencang bak ditiup taufan.
tak bermakna suami kau pijak hingga tak bernafas.
kau mungkin berpelajaran.
ijazah kau genggam banyak harapan.
tapi, masalah kecil begini kau cuba besar-besarkan?
apa egomu membatasi hubungan?
hingga sanggup derhaka segala.

hey hey. 
lupa agaknya kau janji ketika akad?
bagaimana tanggungjawabmu selepas nikah.
oh. lupakan sejenak tanggungjawab.
tapi jangan pernah kau lupa.
syurgamu kini dibawah tapak kakinya.
derhakanya kau kepada dirinya hingga tak sanggup aku ungkapkan.

nasihat aku cuma satu.
kau harus ingat semula perkara dulu.
dan selesaikan semua satu-persatu.
benarkah itu?
entahlah. itu cuma cara aku.


--------------------------------------

as salam. puisi di atas sebenarnya sekadar peringatan kepada diri aku. ya. untuk aku. yang bercita-cita tinggi. konon tidak kisah keberadaan bakal suami. siapa tahu, jodohku nanti mungkin tidak menggenggam ijazah sama seperti aku. mungkin hanya mekanik, technician, atau sekadar pembuat air di kantin sekolahku. aku tidak meletakkan harapan untuk mendapat jodoh yang hebat-hebat. yang mempunyai super power buatkan aku konon bahagia. aku hanya percaya, jodohku ditetapkan oleh Penciptaku. yang terbaik hanya datang darinya. bukan dari siapa-siapa. biarlah aku menjadi Mastura yang berkahwin dengan Syawal. eh jap. itu watak dalam Ahmad Albab. tapi itu boleh jadi teladan bukan? 

baru-baru ni, aku cuba mengumpul maklumat dari beberapa orang sahabat lelakiku mengenai masalah umpama ini. dan nasibku bukan selalu baik. namun, sekurang-kurangnya, ada seorang yang sudi memberi pandangannya mengenai isu Siapa Suami, Siapa Isteri. berikut antara hasil perbualan kami.

"perempuan wajib ikut suami, sebab lepas nikah, tanggungjawab isteri bersama suami. kalau tidak jatuh nusyuz (derhaka). toleransi amat penting dalam rumah tangga. jika suami berasa dengan merendahkan ego dapat menyelamatkan rumahtangganya, apa salahnya. tapi isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan kerendahan ego suami sebagai tiket boleh buat suami terasa atau terluka. kerana syurga isteri pada si suami."

(beno mustapha, 2010)


btw, aku mengganggap perbualan itu salah satu cara teguran yang akan aku sematkan supaya tiada lagi tiang arasy bergegar tatkala ungkapan cerai dipadamkan dalam sebuah perhubungan.

sekian post penuh dugaan.


WL: enabcantiksangat

No comments: