hearts

Saturday, May 18, 2013

# Abadi

ronyok.
seterika.
ronyok.
seterika.
ronyok.
seterika.

sekali tidak letih bila dikaitkan.
sekali tidak jemu bila ditemukan.

cuma.
satu kesilapan.
dimaafkan.
difikirkan.
dibesarkan. 
ibarat kertas.
dironyok dan diseterikakan.
masih ada kesan.

ronyok.
seterika.
ronyok.
seterika.
ronyok.
ronyok.
terus ronyok.

Thursday, May 16, 2013

perit rasa.

jenuh.
tahan perasaan cemburu.
tahan perasaan jemu.
tahan perasaan benci kamu.
tetap terluah seketika.

entahlah.
mungkin ini rasa kali pertama.
rasa kecewa yang cukup gila.
rasa celaka. rasa puaka.
binasa.


****************************************************


BP : hmm... jom tidur ???
CRZ : okayy.. tapi!! jawab dulu soalan tadi...
BP : banyaknya soalan malam nii..
CRZ : jawab duluuuuuu... kalau tak, takmau tido..
BP : okay okay. soalan apa ekk?
CRZ : hmm.. bila nak dating?? rindu tahu?
BP : ohh.. bila-bila masa dan ketika yang akan saya bagitahu.
CRZ : hmm.. *suara kecewa*
BP : okay. saya spesifik kan sikit, boleh?
CRZ : yeayyy~~~~~ *loncat*
BP : mmmmm.. hari.... ala, kang bagitahu, takut tak jadi. tak berani nak janji..
CRZ : yelah. tak tepati kang jadi najib pulak *nada kecewa*
BP : bukan... takut ada rancangan lain datang tiba-tiba.
CRZ : takpelah. ikut awak. 
BP : kenapa nada kecewa ni??
CRZ : takde apa. saya okayyy.. dun worry k?
BP : ala, tak sedap tidur kalau cemni bunyi suara awak... kenapa ni??
CRZ : hmm. kecewa sikit. tapi takpelah. faham, orang ada kerja. *nada redha*
BP : okay okay. saya check balik. nanti saya confirm, saya bagitahu k? jangan cemni..
CRZ : saya okay. jom tido? *sambil genang air mata*
BP : awak,, 
CRZ : selamat malam awak.
BP : okay. selamat malam. jaga diri ye. pakai selimut.



..........text...........
CRZ : sorry. -.-



Friday, May 10, 2013

# Nak Makan Boleh, Tapi........TrueStory

Mak : hmm. adik, mak tengok kau kecut balik. apesal? kau diet ehh?
CRZ : oh, aah. diet. hari tu bunbun sangat. orang diet sikit-sikit je. mak jangan worry worry ekk?
Mak : diet diet jugak. jangan sampai tak makan. (muka serius)
CRZ : erk? yelaaa. orang makan. 

*****************************************

Assalamualaikum w.b.t and morning Fridaysss!! (sambil terbayang MV TGIF Katy Perry)


awak-awak-awak. KITA ADA SATUUUUU PENGUMUMAN!! kita dah susut tauu. mihmihmih. 


dulu, aku ingat lagi.. nak turunkan berat badan sebab nak kurus. kekdahnya nak kurus kalau rangka memang kecik, ye tak??? tapi memang memainkan peranan ye, bila kau timbang, kau rasa penimbang semua tipu sebab berat kau macam mendadak. serius itu aku. lepas tu mulalah Yo-Yo diet. seminggu and puffffff!! berjaya turunkan 3kg++. cewahh. bangga diri, then nak dekat period, nafsu makan membuak balik. pergh. padan muka naik balik.

cemni ah reaksi aku bila rasa penimbang tu menipu. wkwkw

aku jadi give up sebenarnya. dah 2 tahun aku amalkan prinsip, takpelah. makan je macam biasa. kalau fikir diet, makin lapar pulak rasanya. yang penting sihat. ceh. dunia je wehh semua tu. dalam hati aku siapa yang tahu?? sob sob sob..... 

last year, aku mula sebilik dengan fiza fcfc. dialah pencetus semangat aku nak kurus balik. dia kata, "antara kita siapa yang turun 5kg dulu, kita bagi hadiah, cane?" wow. bersemangat tak korang, membaca? ekeke... kalau dalam situasi tu, aku jadi semangat gillaaaa! so, aku mula balik berdiet. tapikan, kekdahnya nak diet kalau rumet aku tu ajak makan, aku menurut perintah dan makan sekali? siud. jadi, masih tidak berjaya.

FCFC selalu bagi perangsang cemni. sedih tau awak.. :(

kitorang teruskan lagi tahun ni. so, masa awal tahun (precisely, a week practicum) aku pergi timbang. aiyooo... 60kg gileee!! aku ni tinggi ala-ala Eva Longoria jek. sangatlah down masa tengok penimbang tu. penipuuuuu! so, aku rasa, aku boleh susut sebab praktikal kan penat. semakin penat badan, semakin tak larat makan (hipotesis awal aku). 

dijadikan cerita, tokey kantin sekolah aku amatlah terer bab masak. sampai bau masakan dia menusuk hidung aku masa dalam bilik guru. aku terus dibuai rasa mahu makan. makan-makan-makan-makan. satu hari yang hening, ada seorang cikgu bergelar Puan menegur, "amboi cheq, masuk hari tu kecik ja. la ni tembun macam anak dua," sambil gelak kecil. dah caci hina, boleh gelak pulak. konon berjenaka lah? ye. aku butthurt tahu?

aww. kita tak kurus dan kita tak pakai cemni. ihiks!

bersemangat aku nak susutkan berat. kali ni, objektif aku tukar. NAK SUSUT SEBAB NAK SIHAT! jadi, aku amalkan NASI SEMINGGU SEKALI, iaitu pada hari Sabtu. dan kuantiti nasi adalah sebanyak 6 suapan besar. lebihkan serat yakni sayuran dan buahan. deep fry perlu dielakkan. ayam goreng ke, pedal goreng ke, semua tu, NO! aku sangatlah berdisiplin, tahu? lepas tu, aku telan air teh pelangsing lepas aku ambil heavy meal. 

aah. teh ni lah :)

minggu pertama macam berat sikit, tapi masih fokus. masuk minggu kedua, teringin nasi tapii!! jeng jeng jeng... mulut aku tak larat nak kunyah. nikmat makan nasi dah kurang. big hurrayyy!! so aku teruskan sampai target aku tercapai. wkwkwkw~~

oh ye. aku jugak jadi aktif berjoget semasa dalam program diet aku ni. sebagai satu senaman aktif. sebab aku malas nak lari-lari jog-jog ni. malas cari tudung. ekekekeke~~

so, aku buat kesimpulan dalam entry lain. sebab macam panjang sangat TrueStory aku ni. hikss!




til then, 


toodles!

Thursday, May 9, 2013

# selingkuh


BP : awak, kalau habis belajar ni, tak dapat posting lagi cane?
CRZ : hmm. tak best lah. dah target nak pergi Ireland niiii.. wuwuwuw :(
BP : ala. boleh je pergi Ireland. dengan suami.
CRZ : motipppppp?????

*******************************************

Assalamualaikum w.b.t. and holla holli cikebum cikebum kengkoranggg ngee:) selamat hari Khamis.

jadi, topik yang berbangkit adalah berkaitan selingkuh. curang kata mudahnya. aku ni bukan jenis orang yang ada bahasa beradab bila berhadapan dengan orang yang curang. iyelah. benda terang-terang negatif, aku macam kurang tolerate. ekekeke.... 

ehsan Google.
pernah satu kali aku dan dia OTP. dia tanya aku, boleh tak aku terima lelaki yang takda kerjaya stabil jadi suami. well, to be realistik, aku cakap, tentulah tidak boleh, selantangnya. CUMA, kalau dah memang begitulah suratan takdir yang kebetulan terjadi, aku MUNGKIN terima. sengaja aku caps lock. HIKHIK. eh.

kita hidup mestilah be realistic. jangan berpijak atas pelangi, tahu fantasi? jadi, sejujurnya, kalau dah jodoh, terimalah sebaiknya. istilah Mr Mama dah macam boleh diterima oleh golongan liberal Malaysia. macam mana orang lelaki keluar cari rezeki nak suap anak bini kat rumah, macam tu jugak sebaliknya. isteri, kalau suami keluar kerja, dia pun pulun sama kerja even seorang suri rumah yakni sepenuh masa. banyak tau pahala jadi suri rumah ni. beruntung tau kalau korang adalah isteri-isteri yang kerjayanya suri rumah sepenuh masa ni :)) hikhik.

tapi bila dikaitkan suami yang jadi suri rumah ni, masih ada yang berfikiran kolot. aku lah terutamanya. iyelah. perempuan memang seorang yang bersifat multitasking. fitrah ye. bila suami yang ambik alih, haih. mesti semua tak kena dekat mata. tipulah perempuan yang konon terima je. rabak jiwa aku kalau ayah aku ubah alih letak tempat tepung gandum. boleh buat gaduh tahu? mak aku yang penyabar pun acah-acah sabar dengan ayah aku kalau keluar pinggan tak semenggah kalau orang datang. (note : ayah aku seorang pesara sepenuh masa :) )


jadi, sesungguhnya, bagi aku, aku dah serupa macam orang lari topik. mana perkataan selingkuh dekat situ???? manaaaa??????


okay. perkataan selingkuh sebenarnya bagi aku, bila suami tu, dah lah tak multitasking, pergi online Fb dan sewaktu dengannya. lepastu dengan yakin ADD macam-macam orang, especially gegadis yang gegebu dan montoxx, penting sekali yang pesen mingle mingle. sial. kau dah kenapa hah suami? on chat doplohpat jam. sembahyang tah gi mana. makanan kau tak siapkan. kain, mana kain? sidai lahhh weyyy!!! bunyi je weyyyy!!

tu baru bunga-bunga. kalau yang jenis wechat? sms? ape lagi??? 

awesome ~~
aku tak pakai smartphone. syukur tak tahu. jadi bagaimana? perghh. tak senang duduk akak-akak yang bekerja demi keluarga lepas membaca ni. sorry. 

cuma bagi aku, tak salah bersangka baik. bagus. tak salah jugak bersangka buruk. semua mesti seimbang. sederhana dalam berperasaan. kalau terang-terang dia selingkuh, jangan bodohkan diri sendiri. pergi selingkuh samaaaa!! eh. yang penting, si dia tu patut learn a lesson! apa? apa? tak boleh ke?

sebagaimana isteri kasihkan suami yang mencari sesuap nasi untuk mulut-mulut di rumah, macam tu juga sebaliknya sekiranya sang arjuna yang jadi penunggu isteri yang setia. korang janganlahh keji nak main selingkuh belakang bini. penat dia kerja woi. layanlah bini korang seadilnya. dia dah tolong bahagian korang. janganlah dinoda perasaan baik hati diorang, tak gitu para suami sekalian????

okay. fin topik selingkuh. harap korang faham. baik sabar manapun seseorang, kalau sampai limit, jangan disangka air yang tenang tak ada buaya pula!


**********************************************

BP : hmm. orang perempuan tak apa. lambat posting pun tak apa. tanggungjawab banyak atas lelaki. hehehe
CRZ : well, duit nak pergi Ireland tu takkan nak cekau duit suami pulak???
BP : ala, kalau suami tak mampu, Cameron Highlands pun okay kan?? 
CRZ : alololo #LawakHambar nyaaa lahaii~




toodles!