hearts

Thursday, May 9, 2013

# selingkuh


BP : awak, kalau habis belajar ni, tak dapat posting lagi cane?
CRZ : hmm. tak best lah. dah target nak pergi Ireland niiii.. wuwuwuw :(
BP : ala. boleh je pergi Ireland. dengan suami.
CRZ : motipppppp?????

*******************************************

Assalamualaikum w.b.t. and holla holli cikebum cikebum kengkoranggg ngee:) selamat hari Khamis.

jadi, topik yang berbangkit adalah berkaitan selingkuh. curang kata mudahnya. aku ni bukan jenis orang yang ada bahasa beradab bila berhadapan dengan orang yang curang. iyelah. benda terang-terang negatif, aku macam kurang tolerate. ekekeke.... 

ehsan Google.
pernah satu kali aku dan dia OTP. dia tanya aku, boleh tak aku terima lelaki yang takda kerjaya stabil jadi suami. well, to be realistikaku cakap, tentulah tidak boleh, selantangnya. CUMA, kalau dah memang begitulah suratan takdir yang kebetulan terjadi, aku MUNGKIN terima. sengaja aku caps lock. HIKHIK. eh.

kita hidup mestilah be realistic. jangan berpijak atas pelangi, tahu fantasi? jadi, sejujurnya, kalau dah jodoh, terimalah sebaiknya. istilah Mr Mama dah macam boleh diterima oleh golongan liberal Malaysia. macam mana orang lelaki keluar cari rezeki nak suap anak bini kat rumah, macam tu jugak sebaliknya. isteri, kalau suami keluar kerja, dia pun pulun sama kerja even seorang suri rumah yakni sepenuh masa. banyak tau pahala jadi suri rumah ni. beruntung tau kalau korang adalah isteri-isteri yang kerjayanya suri rumah sepenuh masa ni :)) hikhik.

tapi bila dikaitkan suami yang jadi suri rumah ni, masih ada yang berfikiran kolot. aku lah terutamanya. iyelah. perempuan memang seorang yang bersifat multitasking. fitrah ye. bila suami yang ambik alih, haih. mesti semua tak kena dekat mata. tipulah perempuan yang konon terima je. rabak jiwa aku kalau ayah aku ubah alih letak tempat tepung gandum. boleh buat gaduh tahu? mak aku yang penyabar pun acah-acah sabar dengan ayah aku kalau keluar pinggan tak semenggah kalau orang datang. (note : ayah aku seorang pesara sepenuh masa :) )


jadi, sesungguhnya, bagi aku, aku dah serupa macam orang lari topik. mana perkataan selingkuh dekat situ???? manaaaa??????


okay. perkataan selingkuh sebenarnya bagi aku, bila suami tu, dah lah tak multitasking, pergi online Fb dan sewaktu dengannya. lepastu dengan yakin ADD macam-macam orang, especially gegadis yang gegebu dan montoxx, penting sekali yang pesen mingle mingle. sial. kau dah kenapa hah suami? on chat doplohpat jam. sembahyang tah gi mana. makanan kau tak siapkan. kain, mana kain? sidai lahhh weyyy!!! bunyi je weyyyy!!

tu baru bunga-bunga. kalau yang jenis wechat? sms? ape lagi??? 

awesome ~~
aku tak pakai smartphone. syukur tak tahu. jadi bagaimana? perghh. tak senang duduk akak-akak yang bekerja demi keluarga lepas membaca ni. sorry

cuma bagi aku, tak salah bersangka baik. bagus. tak salah jugak bersangka buruk. semua mesti seimbang. sederhana dalam berperasaan. kalau terang-terang dia selingkuh, jangan bodohkan diri sendiri. pergi selingkuh samaaaa!! eh. yang penting, si dia tu patut learn a lesson! apa? apa? tak boleh ke?

sebagaimana isteri kasihkan suami yang mencari sesuap nasi untuk mulut-mulut di rumah, macam tu juga sebaliknya sekiranya sang arjuna yang jadi penunggu isteri yang setia. korang janganlahh keji nak main selingkuh belakang bini. penat dia kerja woi. layanlah bini korang seadilnya. dia dah tolong bahagian korang. janganlah dinoda perasaan baik hati diorang, tak gitu para suami sekalian????

okay. fin topik selingkuh. harap korang faham. baik sabar manapun seseorang, kalau sampai limit, jangan disangka air yang tenang tak ada buaya pula!


**********************************************

BP : hmm. orang perempuan tak apa. lambat posting pun tak apa. tanggungjawab banyak atas lelaki. hehehe
CRZ : well, duit nak pergi Ireland tu takkan nak cekau duit suami pulak???
BP : ala, kalau suami tak mampu, Cameron Highlands pun okay kan?? 
CRZ : alololo #LawakHambar nyaaa lahaii~




toodles!

No comments: