hearts

Wednesday, March 9, 2016

Dunia Hujung Jari

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

teringat awal pagi tadi, sharing thoughts dari DMFK, tentang orang kita mudah sangat percaya seseorang. membabi buta je. DMFK jawab apa? orang kita, especially perempuan, kerap ditipu. Dunia sekarang dah mudah. dihujung jari semuanya. selidik dulu.

pengalaman aku.

beberapa hari dalam minggu ni, aku kerap demam, pening-pening. semuanya gara-gara terlalu lama selidik pasal seorang hamba Allah ni. teruk dia perlekeh cikgu cikgu sekolah anak dia. kata cikgu dan guru besar taknak terima perubahan arus pendidikan sekarang. isu tiga tahun dulu. yang penting, he keep on claiming himself as a Dr or Prof or what knot.

kerja aku pasal ICT. jadi, selalulah jugak berangan nak jadi black hat (for only good reason of course). jadi aku investigate hal Dr ni. setelah diselidik, dan bukti dikumpulkan, aku pun sent each point yg aku rasa should be post lah dekat bosses. siap nombor Uni yang he claiming as Director plus Advisor.

bila pecah tembelang, we, on the same board buat keputusan untuk abaikan je surat layang dia tu. dia pukul canang dia hebat. aku tengok youtube channel dia pun dah mengantuk. i dont know lah this kind of person. PR failed. lepastu blaming everyone who are not interested with him. sorry sir, you just overboard. we're not interested anymore.

demikian cerita tahun ni. kalau aku rajin aku update lah. ever since aku dah uninstalled blogger thru phone, aku makin malas. sebab banyak masa habis dekat vle frog. so, senang-senang nanti k.

toddles!

Sunday, November 15, 2015

WEEKLY HIGHLIGHTS - i call it BULLSHIT.


Randomly, I am going to highlights some topic based on what I feel weekly. I know, quite random, but I guess it is the best way for myself letting all my drama days.

Commitments.

Jobs, relationships, social works, and workouts. It never upside down before. I mean, I will jot down everything that matters, reschedule everything based on the importance scale, and make sure everything that I have done is completely following the due date. I am a particular person, yet crazy-dramatic some other time.

Few days ago, I have these kinds of conflicts, between my job, my love life, and my family life. I am a family person. I put FAMILY as my first priority while my job and love life sharing the second place. The story goes like I have a date, a movie date with my dear. And need to settle down marking test papers and put the marks on SAPS system ASAP. I did my job well, unfortunately, my senior colleagues keep pushing me to do something that I don't like which is printing the marks and giving it to them. Since I have movie date (it is 007 Spectre movie date kind), I postpone the stupid AF demand from them. Still, I am powerless when it comes to my parents demand when they asked me to bring them to Klang for a wedding. Well, even though I am kind of rejecting some wedding, I still have to bring my parents to Klang. Again, I called my dear to postponed the movie time. I guess I don't have to elaborate his reaction.

Bullshit is when he became an irresponsive person. He's not acting matured, yet becoming weird day by day. I know, he's losing his job, but it doesn't mean he has to be an immatured-responsive person.

I hope next week will be better and happiest week since last week of long working hours. Oh yeah, maybe the perfect week to give my dear back what is his.

Love,
Enab.

Thursday, April 30, 2015

blog.

assalamualaikum. selamat sejahtera .

baru-baru ni ajar budak buat blog. tapi diri sendiri dah lama x update. haih. karat betol.

nak menulis sekarang rasanya macam nak tulis rancangan mengajar. penuh dengan rasa menyusun aktiviti. hmmmm

Tuesday, March 10, 2015

Tunggakan kerja

Assalamualaikum w.b.t and happy tuesday guys!

hari ni aku nak sembang pasal tunggakan kerja. sebab lama sangat aku perati diri sendiri yang asyik menunggak kerja entah sampai bila.

al-kisahnya. aku senang bekerja 24/7. kadang-kadang aku rasa aku boleh kerja non stop 36hrs. masalahnya sekarang, kerja aku dah banyak tertunggak sebab pengurusan waktu untuk level 2015 kali ni macam tak berapa nak cun. mungkin aku banyak masa untuk makan. mungkin jugak aku banyak buang masa buat kerja lain. yang aku tau, contact hours aku dengan kerja hakiki aku macam dah takde makna.

banyak tanggungjawab, banyak jugaklah kerjanya. dengan board panitia aku tak siapkan, dengan stor sukan sepah macam tsunami 2004, dengan bilik komputer takde air-cond, dengan technician acah janji nak call balik, dengan coaching budak bola sepak dengan bola jaring. itu tak termasuk lagi anak orang kaya yang janji nak jadi pengakap tapi sampai sudah tak bayar duit ahlinya. ye. aku bukan guru kelas, yang sibuk dengan failing anak-anak kelas sendiri. tapi aku kena control separuh sekolah yang diorang sendiri kerjasama tak diberi. sudahnya, mengajar pun dah kena sembunyi-sembunyi. control book untuk bilik ict masih tak update. vle frog masih tak ke mana. hoih. banyak nau kerja yang tertunggak. 

nampak gayanya, malam ni kena stay up, buat kerja, kurangkan makan. sebab aku bukan perokok, maka, banyakkan kafein dan chewing gum mesti dalam genggaman. itu je petua aku boleh buat kerja tanpa tidur. 

Sunday, February 8, 2015

belum cukup Pro.



gambar tak clear enn?? 

ha ha ha ha..

jentera baru aku ni baru je angkat jumaat lepas. runsing gak bila nak guna. satu, sebab ayah aku bukan tahu pun pasal barang baru ni. lepastu, pen dia pulak buat hal. penat aku menggigibirukan supaya kengkonon boleh guna. tapi sedih. memang sedih.

tapi kenapa aku pilih surface pro 3?

mudah je. sebab handy dan boleh buat kerja tak kira tempat. yelah, sejak dah bekerja ni, aku lebih produktif dan asyik fikirkan kerja je. sampai kawan aku sendiri gelar aku generasi cintakan sekolah. cuti pun rela datang sekolah. bila senior-senior suruh kahwin, aku boleh pulak mintak excuse me, jangan tanya saya soalan itu. bukan apa, aku faham, diorang taknak aku dipergunakan. niat dah baik. tapi nak buat macam mana. bila soal kerja, kadang-kadang senior tak boleh bagi komitmen disebabkan suami dan anak kecil. kesian kan?

sebab yang kedua pulak, aku pilih surface pro 3 ni sebab dia boleh link semua kerja susah payah aku masa belajar dulu ke dalam file pro 3 ni. so tak payah aku nak guna pendrive or hard disk dan komputerku akan lebih terjamin keselamatannya.

ketiga, takde sebab lain selain look trendy and masa depan sangat. kau boleh cabut keyboard bila-bila masa, touchpad tak rosak sebab asyik nak scroll email. 

cuma biasalah, camera dia depan belakang 5Mp. tak boleh nak bergambar cantik sangat. lagi pulak, aku bukan nak amik gambar je, ye tidak??

stylus pen pun aku kena study lagi. tak cukop pro untuk pakai Pro3. kampung girl macam aku ni memang ambik masa sikit nak belajar. terlebih protein. ha ha ha ha...

harga surface ni basically kena pergi banyak kedai untuk dapat harga patut. macam aku angkat ni 128mb je. okay dah untuk orang pesen aku. harga tablet dgn pen je MYR3k. tambah keyboard lagi. salah kedai korang pergi, memang masak teruk sebab ada yang tekan harga sampai 4k. ada jugak asingkan harga tablet dengan pen. padahal, memang combination pro3 dengan pen. 

akhir kalam, kalau korang beli pro3, korang takkan kata AKU MENYESAL!



Tuesday, January 27, 2015

masa berlalu.. pergi.

berjalan letih. berlari letih. entah apa yang tidak letih. aku cuba untuk kuatkan semangat. bukan kerja yang aku endahkan. hati letih. semua benda jadi tak boleh.

baring. terlentang. pandang siling.

aku rasa itu saja yang lebih menenangkan. mp3 ditutup. hanya bunyi kipas siling dan cahaya terang kalimantang buat aku rasa diri bebas seketika.

berat perasaan kali ini. walau 3 kali sudah pergi, entah kenapa sekali ini aku tidak betah mengharungi. serabut.

fikiran menerawang jauh. jauh di sudut hati, aku mohon. harap masa berlalu dan kau turut pergi.

Wednesday, September 10, 2014

jualan langsung tak peka langsung!

siapa biasa dengan produk jualan langsung? dekat Malaysia ni, banyakkk gila produk jualan langsung. each brand menjanjikan pelbagai keuntungan lumayan. siapa taknak memang kurang cerdik. kan?

aku pun dah lama terjebak dengan jualan langsung. pernah jugak cuba jadi salesperson but end up aku kasihan. satu, sebab produk yang aku jual memang mahal bak ang tak sesuai dengan harga student. keduanya, aku jual produk yang aku tak pakai. sobs sobs.. rasa berdosa....

tapi sekarang aku bangkit balik. bukan apa. sebab sekarang aku yakin. kalau dulu, aku tak pakai produk. bila kesannya dah ketara baru aku berani.

aku tak tipu. dan dengan rela hati aku berkongsi pada korang, bagaimana kita nak kenal pasti produk tu tak merbahayakan orang lain.

aku ambil produk kecantikan lah. atau kebersihan diri. bila aku cakap facial cleanser atau shampoo rambut, atau sabun mandi, perkara pertama yang korang kena tahu, produk macamni kena ada 5 NO's.

No's yang pertama, SLS atau sodium laureth sulfate. SLS ni buat sabun korang tu berbuih-buih syok tu. dan mengeringkan kulit. aku bagi contoh, clean and clear. best kan rasa bersih lepas guna? tapi lepas sejam dua, mesti muka berminyak teruk. sebab apa? sebab bila buih banyak, means dia akan keluarkan banyak minyak dan lembapan dari kulit. lepas sejam, kulit akan hasilkan lebih banyak sebum.

No's yang kedua, Paraben. korang check je dekat ingredients tu, kalau ada paraben, memang nasihat aku jangan beli. sebab apa? sebab paraben ni mengaktifkan sel kanser. kalau korang degil jugak takpe. sebab korang boleh lakukan insurans yang member aku jual. ehehehehe...

No's yang seterusnya Alcohol, Fragrance (Parfum) dan Lemak Haiwan. selalunya ketiga-tiga ni tak banyak, but still,  bahaya untuk kita guna.





okay. contoh macam baby shampoo kat atas ni. paling awal ialah water (aqua). maksudnya kandungan air paling banyak. dan fruit oil antara paling bawah. maksudnya paling sikit.

kita selalu excited bila baca produk tu keluarkan produk baru yang ada fruit extract lah apelah. tak check pun ingredients kat belakang tu. tu pasal aku kesian. sebab kita ni memang nak bau manis-manis buah. tuptup paling sikit dalam mixture. tak ke sedih? lepastu pesen bisnesmengg yang jual produk ada guna habbatus sauda, madu. kita ni punya excited nak ikut sunnah, tak ke kecewa rupanya bahan tu paling sikit dalam campuran ingredient? hmmm...


tepuk dada tanya diri sendiri. ada google, semak sendiri. memanglah makan masa. tapi kalau ada dua bahan macam kat atas tu, elakkan lah. ramai sangat orang sakit dekat Malaysia ni. dek kerana taksub dengan artis yang cantik belaka tu. well, artis pun manusia jugak. ada jugak yang menderita sakit. ada jugak yang menderita kanser. takkan kita nak kena jugak baru rasa insaf?


salam sayang.

enabdacrazie.





Saturday, August 23, 2014

.merah saga.

sabtu ganti. jadual waktu dianjak. rasa malas menyelimuti. diselak kain gebar tebal dan keropok digoreng kembang. masih malas namun perlu lekas. dicapai baju dan tudung merah saga. tidak fikir apa.

usai sampai ke sekolah, dilihat kelibat guru besar menghitung kehadiran anak dan guru. sikit. mungkin itu yang difikirkan. aku terus memarkir kereta di tempat biasa. terfikir, keropok harus kutinggal atau kubawa. aku tinggalkan dan terus merekod kehadiran sendiri.

jadual waktu dianjak. jubah dan tudung merah saga benar membawa tuah. hanya kurang sepuluh anak yang hadir. emosi terus kekal stabil.

lapar. sebab warna merah saga mampu buat aku lapar. aku tanya pada anak Homes, apa mereka sudah menjamah. kecewa. kupon RMT tidak mereka terima. alasannya mudah. hari sabtu. aku berang. apa sabtu ini sabtu bukan mengganti? apa pula rezeki anak ini waktu cuti deepavali? kecewa dengan corak diskriminasi politikus di sini. anak yang beruntung disanjung, anak mengais diajar mengemis.

tidak mahu aku kaya andai lagakku serupa durjana. tidak mahu aku berwang andai gayaku memilih orang.

Wednesday, August 20, 2014

.GALAU. part 4.

sekali lagi aku terbayang wajah itu. "salah ke kalau aku mintak nak nikah dengan dia?" bisik hati aku. mungkin selama ini aku ditelan ego sendiri. aku enyahkan rasa yang memang fitrah dalam diri sendiri. sekali lagi aku disoalkan rasa sama, berkali-kali.

aku dan kau kawan. dah lama. usai luruh daun berganti, lama itu hubungan kami selama ini. aku terjebak dengan perasaan yang bersilih ganti. antara mahu atau tidak. persoalannya, adakah aku yang harus mula langkah?

tidak pasti. terlalu banyak langgam perlu dilalui. banyak itu jugalah harus ditelani. rasa malu tak boleh tolak tepi. gadis seperti aku masih tidak gelojoh untuk berlaki.

hela nafas berat. buku rekod dicapai tanda banyak kerja. hirupan milo panas menghuni ruang kosong hati.

Sunday, August 10, 2014

.traumatized.

hari ini, dari kajang aku pandu untuk ke sekolah gara-gara LADAP. rancang aku, gerak dari rumah sebelum 7 pagi. sempat aku capai dua keping keju dan salut pada dua ketul nuget.

memang mengantuk. kafein lupa dibancuh. hanya pekikan suara hayley dengan lagu ain't it fun buat aku bersemangat dalam lemah. aku masih menguap. mata memang mengecil. target aku, sampai sekolah sebelum 7.40.

baru lepasi tesco kajang. belum habis lagu. tiba-tiba bunyi dentuman kuat dari arah bertentangan. aku lihat hilux terbang menuju ke arah kereta aku. kaget. cermin sisi kulihat pantas. terus mengelak namun sebiji kobis telah aku lanyak. kereta aku terus gerakkan. masih panik. masih kabur tentang apa yang berlaku. "mimpikah aku?" tangan terus menggigil, namun fikiran terus berfikir.

terus-terang. aku masih trauma kejadian tadi. terganggu dengan kejadian hampir terjadi tadi. hingga perut tidak boleh proses tahi.

nyata, bukan mimpi. kesan lekuk di besi pembahagi lebuhraya masih ada. syukur aku tidak apa-apa. fikiran saja terganggu cuma.

Friday, August 8, 2014

belasungkawa Almarhumah Tok Kapok.

sudah dua kali pagi aku dikejutkan panggilan telefon. dalam kotak fikiran hanya wajah Tok Kapok yang aku mampu bayangkan.

malam semalam, lebih kurang jam sepuluh, alang khabarkan perkembangan almarhumah. tenat. waktu itu aku diam. terfikir untuk melawat selepas waktu sekolah. waktu itu terkenang kebaikan yang pernah almarhumah semai sepanjang hidupnya.

almarhumah seorang yang peramah. tidak pernah terluka hati apabila berbicara. lembut tutur kata sehingga sesiapapun rasa senang hati. tokoh ibu yang amat aku kagumi.

almarhumah dan suami (tok chik) merupakan insan yang menggantikan tempat atuk sebelah ayah. melihat wajah tok chik tadi buat aku sebak. memikirkan keadaan ayah sekiranya berlaku kejadian yang sama. raut wajah ayah dan tok chik sama. wajah tok chik adalah wajah ayah masa depan.

perginya almarhumah kembali kepada Pencipta awal subuh tadi benar-benar mengganggu fikiran. terbayang karipap kentang dan samosa yang sering dihidang setiap kali aku ke rumah mereka. selesai pengebumian tadi, aku rasakan bagai rumah mereka kosong. sekali lagi aku terpandang wajah tok chik di satu sudut. air mata tidak dapat kubendung.

al-fatihah.

Sunday, August 3, 2014

.GALAU. part 3.

"kau busy? boleh Whatsapp aku kejap?" diulang baca Reedah berkali-kali pada mesej tersebut. jelas dan seperti penting. hendak saja diabaikan tetapi perasaan sayang kawan masih menebal. dicapai telefon pintar Smartel, dan terus menunaikan permintaan sahabat baiknya.

..... ..... ..... ..... .....

Reedah terus tunggu. tiada balasan dari Fathul. "sekali lagi aku dipermain perasaan ke?" Reedah cuba bersangka buruk. diendahkan telefon sementara.

"nanti aku mesej kau balik. kejap ek?" Fathul membalas. hati Reedah terus bersangka baik. entah kenapa perasaan Reedah kurang enak. terdetik barangkali Fathul dilanda masalah.

..... ..... ..... ..... ..... ..... ..... .....

kejap yang tiada noktah. Reedah bosan menunggu ketibaan. tiada lagi kurang enak perasaan. hanya rasa bosan melayan harapan.

WL: ms

Wednesday, July 30, 2014

raya dah kita?

Asu melihat tayar kereta sebelah. dicapainya telefon skrin 6 inci. nama 'Ayah' terpapar. Asu perlu tukar tayar. namun kajiannya sebelum ini membuatkan dia takut untuk menukar harta modal tersebut. "boleh lari bajet," fikirnya. Asu masih keawangan. nama 'Ayah' ditenung lama. berbelah bahagi jika dia mahu meminjam wang ayahnya. "sudahlah dulu dipinjam tak habis berbayar, mahu ditambah pula kali ini," Asu semakin buntu.

"Ayah, Asu ada rm360 je sekarang ni. ingat nak tukar tayar, tapi macam x cukup duitnya. kalau dua tayar Asu ganti yang baru, dua lagi yang second hand, tak apakan ayah?" lancar si Asu.

esok hari raya. gembira Asu kerana tayar semua berbunga baru. tiada yang lama, tiada diguna semula. serba baru. terima kasih Kumho!

p.s: selamat hari raya semorang.. MS ucapkan kawankawan semua berpeluang meraikan dgn keluarga tersayang. maafkan andai terucap kata yang mengguris rasa. maafkan andai terlaku perbuatan binasa.

WL: enabdacrazie

Sunday, July 13, 2014

re-sick.

on.
off.
on.
off.
on.
off.
on.

entah sampai bila.
demam kejap ada kejap takde.
kadang-kadang rasa putus asa.
lepas darah diuji berkala.
masih,

off.
on.
off.
on.
off.

Thursday, July 10, 2014

.GALAU. part 2.

Mukhlis menatap wajah ayu Aida. wajah yang dulu menjadi pujaannya. yang membuat dia memasang cita-cita untuk memiliki wanita itu. dan kini dia berjaya.

"Mukez, kenapa pandang Eda macam tu?" Aida mula cemas. anak muda itu memandangnya dengan pandangan berahi. "Mukez seronok, sebab hati Eda lepas ni takde siapa boleh lukai lagi" jujur Mukhlis. Aida masih bingung tatkala lamaran bekas anak muridnya itu diterima sehingga majlis dilangsungkan. tidak terlintas di fikiran mahu pucuk muda bak Rozila Che Awang, aktres terkemuka.

Monday, July 7, 2014

25 dan hormon.

aku sering bicarakan, perihal 25.
tentang matlamat cinta dan cita-cita.
aku tahu. hormon semata yang bicara.

semalam detik penentuan.
antara cinta atau cita-cita.
aku memandang berat masa depan.
aku memilih anak-anak murid.
hanya kerana aku tahu itu kebahagiaan.

cinta,
masih ada masa untuk aku kenali.
masih banyak perkara perlu aku pelajari.
membezakan tanggungjawab atau nafsu diri.

nanti.

Saturday, July 5, 2014

.dosa.

lihat kiri.
lihat kanan.
tiada siapa.
boleh jalan.

kita lupa.
malaikat kiriman Tuhan.
tak jelas hijab.
amalan terus dihisab.

pendosa seperti aku, leka.
terus dilena dunia.
lupa, bumi sudah tua.
tunggu masa.

WL: enabdacrazie

Thursday, July 3, 2014

Preview - Nidji Sumpah dan Cinta Matiku

Nidji Sumpah Dan Cinta Matiku: http://youtu.be/n4IYOKODZhg

ep 2. rasanya....

"Ain, awak mengelak dari saya ke?" Aswad cuba menduga. entah kenapa aku rasa tidak selesa. aku tidak mengelak. aku cuma perlu masa untuk diri aku. "Wad, saya tak elak awaklah. saya nak feeling sorang-sorang je. awak fahamkan?" jujur aku rasa, Aswad seorang kawan yang tahu aku luar dalam. cuma terkadang aku rimas dengan usaha sia-sia dia.

Arina masih membontoti En Kamal. dek kerana carry marks kami yang kurang baik. tidaklah aku beriya, cuma Arina sudah give up dengan kertas ulangan. Aswad masih di sisi aku. hanya menurut rasa aku walau muzik orkestra aktif di ruangan perutnya.

"Aswad, awak ni tak bosan ke tunggu saya? Awak, takde life eh?" aku cuba berseloroh. "Ain, kalau saya bosan, saya ajak awak bosan sama-sama," hambar. sengaja aku herotkan mulut tanda aku jelik dengan lawak hambar Aswad. wajah kacak Aswad terpancar apabila bibirnya mengukir senyum dek herotan mulutku. "Ain ni, selalu je nak herot-herot mulut macam tu. nanti betul herot, macam mana nak ki--" Dushhhh!!! hinggap tumbukan padu di belikat Aswad. terdengar perkataan aduh darinya. sengaja aku pekakkan lantaran lawak yang semakin tidak kena dari Aswad.

deep. perkara tiga. masalah.

Allah jadikan kegelapan sebab nak bagi kita nampak bintang -Syafiq Aizat.

aku admire dengan analogi yang sebegini. buat aku terfikir, buat aku tersedar. bukan semua masalah kita nampak jalan buntu. selalunya kita suka bebankan diri sendiri dengan masalah, sedangkan masalah itu sendiri merupakan penyelesaian kekusutan yang kita alami.

jarang, kita dengar orang lihat masalah sebagai penyelesaian.

kadang-kadang, kita dengar orang lihat masalah sebagai satu pengajaran.

selalu, kita dengar orang anggap masalah sebagai beban.

kita buat pilihan. anggap gelap itu ketakutan, atau gelap itu penunjuk jalan.

toodles!

WL: enabdacrazie