hearts

Thursday, July 3, 2014

ep 2. rasanya....

"Ain, awak mengelak dari saya ke?" Aswad cuba menduga. entah kenapa aku rasa tidak selesa. aku tidak mengelak. aku cuma perlu masa untuk diri aku. "Wad, saya tak elak awaklah. saya nak feeling sorang-sorang je. awak fahamkan?" jujur aku rasa, Aswad seorang kawan yang tahu aku luar dalam. cuma terkadang aku rimas dengan usaha sia-sia dia.

Arina masih membontoti En Kamal. dek kerana carry marks kami yang kurang baik. tidaklah aku beriya, cuma Arina sudah give up dengan kertas ulangan. Aswad masih di sisi aku. hanya menurut rasa aku walau muzik orkestra aktif di ruangan perutnya.

"Aswad, awak ni tak bosan ke tunggu saya? Awak, takde life eh?" aku cuba berseloroh. "Ain, kalau saya bosan, saya ajak awak bosan sama-sama," hambar. sengaja aku herotkan mulut tanda aku jelik dengan lawak hambar Aswad. wajah kacak Aswad terpancar apabila bibirnya mengukir senyum dek herotan mulutku. "Ain ni, selalu je nak herot-herot mulut macam tu. nanti betul herot, macam mana nak ki--" Dushhhh!!! hinggap tumbukan padu di belikat Aswad. terdengar perkataan aduh darinya. sengaja aku pekakkan lantaran lawak yang semakin tidak kena dari Aswad.

No comments: