hearts

Saturday, August 23, 2014

.merah saga.

sabtu ganti. jadual waktu dianjak. rasa malas menyelimuti. diselak kain gebar tebal dan keropok digoreng kembang. masih malas namun perlu lekas. dicapai baju dan tudung merah saga. tidak fikir apa.

usai sampai ke sekolah, dilihat kelibat guru besar menghitung kehadiran anak dan guru. sikit. mungkin itu yang difikirkan. aku terus memarkir kereta di tempat biasa. terfikir, keropok harus kutinggal atau kubawa. aku tinggalkan dan terus merekod kehadiran sendiri.

jadual waktu dianjak. jubah dan tudung merah saga benar membawa tuah. hanya kurang sepuluh anak yang hadir. emosi terus kekal stabil.

lapar. sebab warna merah saga mampu buat aku lapar. aku tanya pada anak Homes, apa mereka sudah menjamah. kecewa. kupon RMT tidak mereka terima. alasannya mudah. hari sabtu. aku berang. apa sabtu ini sabtu bukan mengganti? apa pula rezeki anak ini waktu cuti deepavali? kecewa dengan corak diskriminasi politikus di sini. anak yang beruntung disanjung, anak mengais diajar mengemis.

tidak mahu aku kaya andai lagakku serupa durjana. tidak mahu aku berwang andai gayaku memilih orang.

No comments: