hearts

Sunday, September 29, 2013

# once and always, my favourite song.


meh aku list lagu-lagu paling aku takkan lupa sebab ada cerita disebalik semua.

#1 SCARS- PAPA ROACH




duluingat lagi. lagu Scars ni hari-hari aku pasang. sebab ingat dekat hazri. kecewa dengan dia saat aku jatuh cinta tahap tunggu kawen tu. HAHA


#2 HILANG- GARASI


lagu Hilang adalah paling bermakna yang paling ada. sebab lagu ni, aku jadi terima semua. dan lagu ni terus jadi feveret sebab first time aku keluar tengok wayang dengan hazri. sial.


#3 KU JUGA MENCINTAIMU- SAIFUL MALAYSIAN IDOL


ingat tak, dulu Hotlink ada buat voiceSMS?? Hazri akan sentiasa update seminggu sekali untuk pastikan aku ingat cara dia petik gitar lagu ni. Amazingly, aku masih ingat sampai sekarang.


#4 BILA RINDU- RUFFEDGE


lagu ni paling dan paling bermakna. sebab ini lagu geng nasik goreng jenab. sesape yang pernah cuba nasik goreng aku zaman sekolah dulu, terus boleh nyanyi lagu ni tanpa gagap. hebat tak hebat?


#5 MY IMMORTAL- EVANESCENCE


ini pun sama. lagu paling meaningful dalam hidup aku. pernah aku tulis lirik ni dan aku bagi dekat Azan, adik angkat aku yang cuba nak bunuh diri + lari dari rumah + amik dadah, kau namakan je. aku tulis sebab aku nak dia tahu, aku sayang dia, even dia macam sekarang. :')


#6 CRAWLING- LINKIN PARK


lagu ni pulak paling awesome. lagu yang buat aku jadi remaja. waktu ni aku form 1, dan banyak kali aku pinjam CD LP kat Zahir. itu yang buat aku rasa nak posting dekat Labuan, sebab nak jumpa Zahir. hikhik


#7 BERMULANYA MIMPI- STUBBORN


aku paling takkan lupa lagu ni. sebab lagu ni buat aku dengan Kelly gelak terguling-guling tengok ragam si Sasab, antara kawan-sampai-mati aku. dengan si Den dan Asibnya. aiseh. cikgu asib cikgu asib..


#8 CAT AND MOUSE- RED JUMPSUIT APPARATUS


lagu ni pun lagu yang takkan aku lupa. dulu ada senior zaman sekolah. suka dengan aku. nama dia Roy. baik orangnya. ingat lagi masa tu, aku masuk hospital. dia call berkali-kali. risaukan aku. malam tu, dia OTP dengan aku sampai aku terlelap, sebab aku takut tidur kat hospital. aiseh. so lagu niabg Roy yang bagi. ehek.



#9 TWO IS BETTER THAN ONE- BOYS LIKE GIRLS ft. TAYLOR SWIFT


lagu ni pulak, lagu yang secara terus terang aku suka sebab first time lagu ni aku dengar, aku dengar dengan Oreo. hek hek hek. masa tu, kitorang otw pergi Istana Budaya. jadinya, bila aku kecewa dengan dia, aku akan nyanyi lagu ni sampai kering air mata. AHA! psiko gila aku rupanya....



#10 RATUKU- AWIE WINGS


siapa kenal aku, mesti tahu, betapa aku mencintai Awie dan karya-karyanya. begitu juga betapa aku menggilai seorang lagi Awie dalam alam maya. kisahnya, dia seorang pengacau zaman sekolah yang berjaya buat aku merasa zaman ni. jujur aku kata, aku senang dengan hubungan kitorang, sampai sekarang. ada bila perlu, hilang elak jemu.


cukup rasanya 10 lagu diatas. ini kiranya tahap paling yang paling. sebab kalau ikutkan banyak lagu lain. cuma ini paling berkesan kat hati selain punya cerita di sebalik.


toodles!

. kasut dan public transport .


perjalanan jauh tak terasa
kerna hatiku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata

- dipetik dari lagu Balik Kampung, Sudirman.



hari ni aku cerita pasal sepasang kasut dan public transport. benda yang selalu aku perhati bila naik public transport. iyelah, takkan aku nak cerita tentang bau hazab ketiak entah siapa pulak kan? nak nak sekarang KTM ada ladies koc. so, bau bidadari jelaa yang adeee.. tak gitu? ahaks!

jadi, berbalik kepada cerita. aku sering perhati mak aku pergi balik kerja dulu. selaaaalu pakai kasut ala-ala kungfu cina tu. cap penguin tak silap aku. wonder jugak, camne bos mak aku kasi lepas pakai kasut macam tu. hmmmmm.. 

beginilah rupanya. tapi yg ini aku gugel jek..

mak aku ni, lepas ayah aku jadi orang pencen, memang naik KTM je. maklumlahtakde lesen. ehekhek.. jadi, dia pun semangat beli kasut cemni. isk isk.. bila aku tanya, mak aku suka jawab ikut suka dia.

Adik : Mak, si Polan tak marah mak ke pakai kasut yang emmm cantik sangat ni pegi ofis?
Mak : ehe. dia pun pakai macam ni tiap hari. 

bila aku macam dah ada akal, baru aku sedar. kasut ni selesa. senang nak lari-lari kejar tren ala-ala hindustan tu masa atas jambatan nak cross rel tu. ihiks!

kya ka huar hey, kuch kuch hota hai~~

akal ni aku dapat masa aku selalu naik bas dan tren yang jadi penghubung aku dan rumah. iyelah, dari Penang, aku suka naik bas. berhenti pulak dekat KL. bukan apa. memang ada bas direct pegi Kajang, tapi selalunya timing tak best. so aku prefer naik bas ke KL then amik StarLRT Plaza Rakyat sampai ke BTS then tukar KTM terus ke Kajang. aah. aku suka susahkan diri tukar kenderaan ni. dari timing tak best. haah.


disebabkan kepandaian aku yang suka transit ni, aku menilai peribadi manusia berdasarkan kasut apa yang diorang pakai masa diorang dalam public transport.


#1 FASHIONISTA


ewah. diva kau. dari atas sampai bawah, melarammm tak sudah. kau dari Penang jugak cik kak/abg. turun KL terus nak dating ke camne? satu lagi. Pudu je kan? KLIA boleh jugak terima dek akal aku. ah-haa!!


#2 BERMUSIM



kategori ni, pesen yang suka pakai kasut ikut musim. bukan berlatarkan dia naik apa. dah kalau musim tu semorang pakai but, dia pun ikut sama lah. ada iras-iras diva kat atas ni jugak. ehem


#3 PEDULI APA ORANG KATA


individu jenis ni hanya pentingkan selesa. tak kisahlah gladiator je ke, flipflop je ke, asalkan dia selesa. lagi pulak, turun Pudu kena amik tren tau tidak? kena hamikk tangga lagi. jadi tak menyesal lah kalau individu ni pilih flats sebagai pilihan hati dia.


#4 SUKA COMFORT TAPI LEBIH STAILISTA


pesen ni pulak, jenis pakai sneakers tak kira masa. hujan ke panas ke, harungg sama. yang penting comfort dan tak comot. selalu individu macam ni aku jumpa yang lelaki lah. pikir panjang, bas kan sejuk. jadi pakai sneakers lebih selesa. ehek.


apepun, ni dari sudut pandangan aku. sebagai seorang anak di perantauan.. pulanglah di hari rayaaaaaaa~~ gituhhhh..


sekian sahaja post yg telah menjadi draf selama 4 minggu. ehek!

adioss!

Saturday, September 28, 2013

. sudah cukup cukup sudah .



apa yang aku rasa,
tidak semesti kau rasa sama.

dan aku tidak mahu kau rasa sama.

atas sebab itu,
aku mahu kau tahu.

bukan aku tak mahu.

soal hati amat nipis,
takut koyak, rabak habis.

sensitif amat bagi aku.

kerana aku masih baik-baik.
bukan rosak tak boleh baik.

hati kering, mati.

belum masa untuk terus maju,
jangan paksa aku.

kerja Tuhan siapa tahu.

duduk diam, terus kerja selalu,
tiup wisel, buka buku.

jangan risau.

umur sudah pasti bertingkat,
masa jadi makin singkat.

terus saja hidup lihat apa ada.
rasa nikmat sementara ada.

jangan risau.


Wednesday, September 18, 2013

super feel blessed!



psst...

kitakan,,, 
dah habis bentang research..
seronoknyaa,,
bukan main lagi..

sebabkan....
kita tahu,,
kita right on trackk..

cumaaaa,,
kena baiki dari segi nak analisis..
hwehwehwe..

tak apa... 
benda small matter.
kita kan,, budak power...
;)


#notakaki : superthanks utk yang sudi doa-doakan kita. walaupun kita kena bantai teruk tadi, tapi kita tahu, kita buat sendiri.. kurang-kurang nampak usaha jatuh bangun diri.. kannnnnn.


toodles!


Tuesday, September 17, 2013

. tunggu..... sekejap .




long weeks.


letih sebab banyak idea menulis dicurah.
sepenuhnya dalam Tesis.


ada banyak cerita aku mahu kongsi dengan kengkorang.
ada banyak cerita aku nak bagitahu semorang.
ada banyak cerita aku akhirnya pendam sorang.


tapi takpe.
korang tunggu sekejap,
mohon aku.


ada cerita pasal 
- self defensive.
- kasut dan public transport.
- tahun akhir.
- kajian untuk dibajak.


semua tu aku susun. simpan.
baik-baik dalam draft.


sebab sekarang aku hanya fikir mahu siap hantar draft tesis.
untuk AngAng.


jaga diri, korang!


Wednesday, September 11, 2013

.kocak hati.



senyum sampai telinga.
Research entah sampai mana.
asyik teringat satu perkara.
sampai tidur jadi tak lena.


kocak hati saat ini.
mohon terus teguh iman dihati.
tidak terpengaruh dengan ilusi.
aku harap bukan sekadar mimpi, lagi.


terus kocak hati.
kocak sampai hati mati.
dan tolong jangan pergi.
aku selesa begini.


google. #LDR