hearts

Thursday, January 31, 2013

# aku tak kuatlah.

assalamualaikum w.b.t and hello guys.


tadi tidur kejap. 
konon nak hilangkan letih separuh hari mengajar.
rumet aku balik, cerita.
dia jumpa Mat time dia pi dekat Ang Ang.
but then, Mat tanya, siapa lagi bawah Ang Ang.
pelik.
korang meeting dari tahun lepas tu, takkan sampai sudah tak tahu aku bawah Ang Ang.
konon menduga? pura-pura.
bila dia dapat tahu aku bawah Ang Ang, dia bagi amaran.
serta-merta.

hati-hati dengan Enab. (sumber google)



terima kasih Allah.
sebab bagi aku peluang untuk bangkit dari rebah.
sebab bagi aku sebab untuk bangun.
sebab bagi aku kekuatan untuk hadap segala tohmah.
kerana aku tahu aku tak kuat. 
hanya serah pada Kau, itu yang aku buat.

Allah Maha Besar. 
Dia saja tahu tiap butir perkara.
dan aku akan terus percaya.
bahawa Engkaulah punca rezekiku bermula.


Love, RZ

Tuesday, January 29, 2013

# unik itu kurnia-Nya

assalamualaikum w.b.t dan hai.


pernah tak terfikir, kita ni unik. takkan pernah sama antara satu sama lain. ada bar code berlainan antara kita. yang akan mengesan perbezaan antara manusia. tahniah! anda tidak sendirian. *krik krik krik*

korang tahu ke tak unik tu ape? merujuk kepada kamus online @PRPM, unik ialah
tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa

aku juga sedar aku unik. tak perlu orang lain luahkan, sebab aku dah hampir angka 25. jadi aku tahu diri. lainlah jaman sekolah. sibuk cuba jadi orang itu ini, sebab jati diri sukar dikenal pasti. aku tahu diri.


penat aku usulkan, aku luahkan, aku ekspresikan tak kisahlah dalam percakapan, aksara mahupun lakuan. masih ada segelintir tidak faham manusia itu sifatnya berbeda. kok ada yang kurus masih gampang makan tak kira waktu. kok ada yang hebat masih cacat di sebahagian tempat. pokoknya, beda doank~

aku manusia yang acapkali terlepas kata, namun aku sedar cepat, bahawa aku bukan Tuhan yang sempurna segala zat. aku manusia biasa. tidak punya kuasa menghukum manusia sesama. kadang-kadang orang pelik, sikap aku yang tahu sebarang perkara tapi aku diam biar bodoh di mata manusia. bukan kerana apa. aku belajar. aku belajar mahu hormati kekurangan orang lain tanpa perlu menutup dosa. kita sama-sama punya aib sendiri. biarlah aku menjaga kainku sendiri dan kau dengan kainmu sendiri. kita jaga diri sendiri, lebih tepat.

aku juga manusia yang tahu diri, tahu sifat diriku. tanpa perlu tipu "aku mampu". itu umpama menyuruh aku melukis bulatan yang sempurna tanpa perlu jangka lukis diguna. siapa kita mahu menipu, semata-mata markah yang diugut satu persatu? aku bukan manusia begitu. niat aku Lillahi Taala dan akan kekal begitu sehingga bila-bila. aku tahu bahagian mana yang aku mampu dan aku sedar ada kekurangan aku di beberapa penjuru. aku tidak malu untuk mengubah diri aku, asalkan niat aku cuma satu, dan pastinya bukan kerana kamu. aku hanya minta kamu beritahu kurangnya aku pada aku, bukan dicanang sedunia bimasakti yang aku tidak mampu. itu buat aku malu. dan aku percaya, kamu juga begitu.

sumber google.

aku tahu diri aku sendiri.
bukan semata membuta tuli.
------------

pelik kadang-kadang. kita terlalu unik sehingga kita lupa batas kita sebagai manusia. kita tegar ingkar dengan diri sendiri dengan berselindung atas kesilapan orang lain. tanpa kita sedari, pekung kita dibuka, dan jangan hairan kenapa orang dah tak berapa intim dengan kita. itu semua vice versa atas dunia. aku percaya kita sudah lali dengan kata-kata hidup ini bagaikan roda. tapi itu #Fakta. kita kononnya tak mahu percaya karma, tapi kita tahu hidup ini berlandaskan percaya pada Qada' dan Qadar. orang baik, ujiannya tetap ada. yang berbezanya hanyalah tahap ujian mereka lebih tinggi, mengikut keperluan iman mereka. habis tu kita yang tak-berapa-nak-baik ni ujian biasa sahaja? tidak. ada juga band-band yang perlu kita lepasi sebelum kita hadapi ujian seperti mereka. jadi jangan takut atau gusar, kita semua bakal harungi ujian oleh yang Maha Esa.



konklusinya, aku unik, engkau unik, dia unik, semua orang unik. jangan sibuk canang peri buruk orang. sebab yang buruk itu jugalah contoh sisi unik seseorang. sebab bila kita canang buruk laku orang, itulah keunikan yang kita ada. memburukkan kejadian Dia.  #Nauzubillah #ingatan untuk aku dan kita semua.



Love, RZ

Saturday, January 26, 2013

How everything went well, friend.

Assalamualaikum w.b.t and hello Saturday.


Alhamdulillah. Allah is giving me a chance for having a great morning today, and i hope you have it once too. It is not a gloomy day when a sun rises so well and a cup of caffeine giving you much energy. Thank you Allah, for a bright sun today.


Dear friend, as much as you know about what just happened to me last week, it was in Allah's plan. i mean, those scratches on my car was a simple reminder to me in how to be a tolerate teacher. maybe i'm not giving them any harsh word, but deep inside, they were hurt by my action. some teachers told me that maybe the kids was aiming another teacher, who also driving a black shining new Viva (oh sounds berlagak here.. hehe). but, to me, i don't bother that. i am quite sure its about myself.

yesterday, i met Pak Andak. i told him about what just happen in my new school and i'm glad, he's telling me about REDHA.
 "well, Nab, Allah has His right to let this thing happen to you. you have to see this on the bright side. maybe, there has something you did in past time, or maybe Allah just wants to see on how you blend with this matter. Allah will never test His servant unless the servant was able. so, redha with this, and you'll find your own happiness."

he's right. 100% right.  i'm just thinking it too much. i guess i let myself wasting time on how to get revenge with those kids. oh sorry for that Enab.. but its not a time for you sorrowing yourself! bangkit!!!!!!!! Allahu Akbar!! He's Almighty!

behind this cloudy dejected story, i trust Allah much more. i trust on what He's planning a right better way for me. all i have to do just follow His way and see everything is His right. not mine. not yours. only Him.  i trust You, Allah. i trust You. and i trust You are giving Pak Andak an idea to help me either this problem or even the AR project. thank you Allah, for your blessing. i really owe You much.


well friend, this is how everything went well for me. i hope, it will help you whether you are in big case or any small problem. remember, it just a test from God. and you always pass it with bless if you pleased. :)


till then, love, RZ.


Thursday, January 24, 2013

# mimpi

assalamualaikum w.b.t dan salam maulidur rasul.


Allahumma Solli A`la Sayyidina Muhammad Wa'ala Alii Muhammad.
(ya Allah, Rahmatilah ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga Baginda)



okay. pagi yang hening bening tak terhingga membayangkan indahnya kalau kat padang mahsyar diberi syafaat macam ni.. Allahu Akbar. teruskan berselawat ke atas Nabi Muhammad.



bangun tadi Subuh dek kerana mimpi. wah. tak habis-habis mimpi. nampak benor roh aku kuat berjalan. ngeeheee.. masalahnya, mimpi aku ni nun jauh sampai ke Sarawak. entahlah. rindu kat orang yg kerja kat Sarawak tu kot. hikhik. nak dijadikan cerita, aku dan dua lagi kawan baik aku (which i don't recognize pon) masuk Universiti. aku rasa UiTM destini anak bangsa tu kot. sebab keadaan purple all around. argh. tiba-tiba aku nampak makhluk yang kerja kat Sarawak tu. well, aku pura-pura lah tak nampak, tapi kalau dia dah senyum aku mestilah senyum balik, kan? ihiks. gatai. dengan beraninya, dia lambai boya kat aku. ciss, aku pun balas balik. tak semena-mena dia jatuh tangga. adui.... sekali kawan dia perasan daaaa.. siap cakap, "tu ar, lambai awek sampai jatuh." siot.

motip aku share cerita mimpi ni? HAHAHAHAHA. aku nak show off lah, aku pun ada orang minat dalam mimpi. realiti aku jek tak sesyok mimpi. KAHKAHKAHKAH



salam Maulidur Rasul kawan-kawan. jom kita tingkatkan usaha untuk dappatkan syafaat nabi :)


p/s : kereta aku dicalari sikap psiko aku yang egoistik. terima kasih anak murid. kau tengok aku balas balik dekat kereta abah kau! HAHAHAHAHAHA #LawakHambar2013