hearts

Tuesday, August 30, 2011

tak sama tahun ini.

assalamualaikum


tahun ni kan, syawal tak sama dengan tahun lepas. samalah ramadhan jugak. dulu, rasa liat je nak buat ibadah tambahan masa ramadhan. tapi tahun ni, bila terkenang arwah seorang sahabat yang dah pulang ke Rahmatullah, rasanya, kita sendiri boleh berubah. baru aku faham erti, "anggaplah ini Ramadhan terakhir kita". bila tiba penghujung Ramadhan, rasa sedih tak dapat menghadapi 10 malam terakhir, dan tak perlu jelaskan kenapa bila seorang wanita dewasa yang mengucapkan perkara macam tu. tapi ayah tetap berbicara positif, kita masih boleh berdoa. dan terus berzikir. aku berpegang kepada kata-kata ayah.

syawal pun sama. lain rasanya selepas 2 tahun berturut aku tidak pulang ke kampung. dan bermaksud mak tak dapat jumpa mak kandungnya sendiri selama 2 tahun berturut. berdosa pulak bagi aku sebab menghalang hubungan anak dan ibu dari bersua. kalaulah aku dipisahkan dengan mak aku, haishh~ susah beb.

tapak pertama sampai kampung, opah terus jadi macam Jaya Baachan dalam cerita kabhi kushi kabhi gham,menuju ke pintu rumahnya. dan menanti kitorang untuk bersalaman. adoi. sedih, sebak semua dalam satu bila nampak gugusan air mata tu menitis. tisu laa...

tapi yang aku paling jammed sekali, aku berhingus sepanjang kat sini. oh, sentap!


selamat hari raya pembaca setia! mohon maaf. rasanya kalau nak dihitung, aku banyak buat dosa bertulis kat sini. jadi maaf ye. :) sayang korang! muah muah muah <3<3<3


p.s : rancangan tivi time raya kureng la. #untunglah sape ada astro sekarang. HAHA
p.s lagi : fizz fairuz takde, kucing dia wakil pun kira okey lah! HAHA!


wl: enabcantiksangat

Sunday, August 28, 2011

senyum kelat.



kepantangan.
bila orang buat muka.
bila orang suruh buat kerja tergesa.
bila orang jerit tak tentu hala.

jangan bagi aku terpantang.
pantang betol aku.



Saturday, August 27, 2011

cakapcakap orang single.

watak
enab : adik
pakcik raja : ayah
makcik : emak

adik : ayah, kenapa ayah selalu tak bagi orang keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan? kawan-kawan semua girls kot.
ayah : urm. sebab tau nanti kau boleh tersongsang.


adik : ayah, ayah rasa bila time acik sesuai kawen?
ayah : urm. bagi azam habis SPM la baru kawen. (azam baru umo 8 tahun skrg)


adik : ayah, macam mana nak tau laki tu sayang kita?
ayah : urm. lagi doploh tahun kau dtg jenguk ayah, kau nak berak. bila kau pegi toilet, kau ketuk, #tibatiba laki kau jerit "abang tgh cuci toilet ni yang!"


adik : ayah, kalau laki orang nanti perli kata orang tak pandai buat kuih macam mana?
ayah : kata jela, ayah wasiatkan kau buku resepi nasi, mee dengan serawa je. kuih lain tak sempat.


adik : ayah, kenapa ayah tak bagi orang kawen awal?
ayah : sebab adik je yang tau bawang beras kat mana. #sentap


adik : mak, betul ke semua yang ayah cakap tu?
mak : urm. orang tua memang macam tu.



*orang tua suka cakap benda yang kita tak paham. kita serius buat muka nak tahu, boleh je diorang jawab main-main*

p.s: selepas beberapa ketika, aku rasa, ayah aku sebenarnya sunyi kalau takde aku. kan?#facts



WL: enabcantiksangat

bicara tentang masa.

masa.
terlalu singkat untuk aku titipkan semua perkara.
terlalu singkat untuk aku bual tiap perkara.
terlalu singkat untuk aku kata aku sayang mereka.

detik berganti saat.
saat berganti minit.
minit berganti jam.
jam berganti hari.
hari berganti minggu.
argh. aku tak mampu bilang berapa kali masa berganti.
tapi aku tahu nilai suatu masa tidak akan berganti.

hari ini.
aku tidak pasti.
tapi semalam.
sangat pasti.
kehadiran mereka yang dah lama ku nanti.
mereka masih sama, cuma beza sikit sini sana.
tidak mengapa.
yang penting nilai masa.
terluang bersama.
selepas lima tahun tidak bersua.
rindu bercerita, rindu gelak tawa.
dan paling penting.
mulut semua masih puaka.
tidak kisah kerana pengubat jiwa duka.
aku sayang mereka semua.


Sunday, August 21, 2011

from here.



aku sudah tidak punya idea.
perlu masa duduk termenung fikir apa seterusnya.
nanti-nanti aku beri tau bila.
okbai.




Thursday, August 4, 2011

khamis bertapis #4

buruk nangka tak berbungkus.
hodoh si gula-gula tidak berbalut.
jauh di dasar laut sang mutiara duduk di dalam cangkerangnya.
tapi kita si manusia?
atau lebih menjurus, si gadis?

Monday, August 1, 2011

ayuh kita teriak!

Allahuakbar!
Allah itu Maha Besar.
pekikkan disetiap corong speaker.
tanda kebesaran yang tiada bandingan.
bukti tiada lain selain-Nya.

Allahuakbar!
Allah itu Maha Besar.
teriakan azmat mampu mengubah.
destini insan menuju abadi.
tiap barakan yang pasti.

Allahuakbar!
Allah itu Maha Besar.
teriaklah!
pekiklah!
laungkanlah!
kerana kita sekadar hamba-Nya.


************************************

assalamualaikum.
first day puasa untuk Ramadhan 1432 hijrah. bagaimana kawan-kawan? harap korang masih boleh bertahan. insyaAllah. berzikir banyak membantu menghilangkan keletihan dan kelesuan korang. selamat menjalani ibadah puasa!

WL: enabcantiksangat