hearts

Saturday, August 27, 2011

bicara tentang masa.

masa.
terlalu singkat untuk aku titipkan semua perkara.
terlalu singkat untuk aku bual tiap perkara.
terlalu singkat untuk aku kata aku sayang mereka.

detik berganti saat.
saat berganti minit.
minit berganti jam.
jam berganti hari.
hari berganti minggu.
argh. aku tak mampu bilang berapa kali masa berganti.
tapi aku tahu nilai suatu masa tidak akan berganti.

hari ini.
aku tidak pasti.
tapi semalam.
sangat pasti.
kehadiran mereka yang dah lama ku nanti.
mereka masih sama, cuma beza sikit sini sana.
tidak mengapa.
yang penting nilai masa.
terluang bersama.
selepas lima tahun tidak bersua.
rindu bercerita, rindu gelak tawa.
dan paling penting.
mulut semua masih puaka.
tidak kisah kerana pengubat jiwa duka.
aku sayang mereka semua.


No comments: