hearts

Sunday, May 8, 2011

inilah masalahnya.

assalamualaikum.

selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua warga yg menjenguk wilayah tak terbilang ni. so, harap-harap you guys sihat, tak cedera dan sentiasa dalam lindungan syafaat, insyaAllah.

well. kita hari ni nak cakap pasal apa? oh ye. masalah orang melayu. macam apa ye selalu? hurm.. let me tell you.

1. orang melayu suka pandang rendah dekat orang lain.
okay. as we can see, nowadays memang orang melayu suka pandang rendah pada orang lain instead of being a good or better people. cakap besar gila bab, tapi bila buat, or jadi ketua, hampeh. serius. masalah ni paling meruncing kat malaysia.

2. orang melayu tak tepati masa.
ah. ni memang selalu. kalau about kualiti masa, jangan berani janji dengan melayu, atau korang akan dengar, "ala, janji melayu kot". waddehek la kalau orang ni wujud berkoyan.

3. orang melayu kalau boleh nak cari salah orang lain.
oh. bab tuding menuding memang class pertama. orang ni salah, orang ni betul. orang tu betul, orang tu salah. semua pakar kalau bab menuding sama ada guna jari ataupun muncung.

4. orang melayu suka pura-pura.
hipokrit maybe?

ada banyak lagi. aku cuma nak state kan benda macam ni sebab ada kena mengena dengan sistem institusi pembelajaran malaysia. so, aku mintak maaf sekiranya kalau ada menyinggung pro-bangsa melayu yang lain. aku melayu, korang pun melayu. tapi, kita sama-sama kena ambil pro dan kontra untuk perbaiki nama baik orang melayu sendiri. kalau benda macam ni jadi lagi, apa masa depan yang korang dapat rasakan? pecah belah, atau semakin harmoni? oh. korang sendiri kena fikir.

seterusnya. salah tanggapan atau lebih kepada suka cari salah orang lain.

kita ni tak maksum. kita ni tak murni. tapi, kenapa kita suka cari salah orang lain. contohlah. ada satu team bola tampar. satu hari diorang kata kat manager,"bos, asyik kitorang je wakil kampus ni. carilah bakat lain. bagi diorang rasa pulak." (most pemain, melayu). okay, sebagai bos, korang mesti rasa, oh betul jugak.kesian kat budak-budak ni. then korang pun cari lagi satu team (team B lah konon-konon). then one day, korang ada satu pertandingan, dan korang pun bawak team B sebab nak bagi diorang pengalaman. tiba-tiba, team A dengar, diorang bengang. apsal bos kasi budak team B tu pulak? diorang kan ada? dah. mulalah kata bos tu syg team B, lebih-lebihkan team B.kalau kau jadi bos, apa kau rasa? mcm nak bunuh diri tak? gila. sebelum ni kata nak kasi budak baru tu pengalaman. lepas tu kau sentap sebab tak dpt follow. waddehek lagi sekali aku bagi free.

inilah masalahnya. selalu sangat jadi dekat budak IPT. sama jugak macam budak maktab. dah dapat, merungut. tak dapat, merengek. dan FB pun jadilah tumpuan. melepaskan rasa tak puas hati. dah rosaklah penubuhan FB tu sendiri. connecting others kan. lagi pecah belah ada. yelah, terlampau public kan? haishh..
+.+"

so dekat sini, aku harap, student melayu tak meLAYU. kita kena kuat, kena kukuh mental dan fizikal sebab banyak bangsa lain bersorak-sorai kalau kita ni pecah belah. siapa lagi nak memimpin negara kalau bukan kita? ubah diri kita sekarang dan bina jati diri yang lebih utuh untuk masa hadapan.

banyak pulak aku membebel pagi ni. so, mintak maaf lagi sekali siapa yang terasa. memang niat aku nak kasi nasihat. tapi macam biasalah, nasihat aku ni macam sampah je. sampah jenis apa, itu korang punya takrifan. kalau yang sisa, buang tak boleh pakai. tapi yang jenis recycle, buang pun masih boleh guna lagi. so, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.

till then,

WL: enabcantiksangat

No comments: