so, aku mulakan sesi 100 things in 10 days ni dengan topik hari 1 - 10 things about me.
perkara 1. nama aku.
nama aku raja zainab binti raja muhaiyatdin. nampak panjang kan? oh. itu nama ayah aku je yg panjang. plus dengan surname aku. ikutkan, nama aku cuma zainab. sirpha zainab hey. so, most nama panggilan aku memang guna zainab je mcm enab, jenab, jay, jenny, zai. so its up to you guys nak called me what.
perkara 2. siapa maizatul suraya pulak?
dia bukan siapa. masih aku. cuma in writing field, aku rasa aku perlu satu nama pena. yes. pena. macam usman awang, nama pena beliau ada banyak. tongkat warrant, adi jaya, rose murni dan banyak lagi. tu semua Allahyarham Usman Awang. so, maizatul suraya ni nama pena aku yang first.
perkara 3. asal usul, rumah dsb.
kita semua berasal dari alam roh. lepas tu ke rahim mak. macam aku, ke rahim mak aku lah, Puan Jamayah bt Yatim. then, aku diputerikan di hospital KL pada 6 Julai 1989. yada-yada-yada, aku pun di bawa ke rumah keramat sebelum ke rumah kajang. sekarang dah lebih 20 tahun aku duduk kajang.
perkara 4. pembesaran dimana?
oh. aku dibesarkan hampir sepenuhnya di kajang. tapi kalau ikut sejarah, aku mula-mula dibela (mcm hantu je) oleh opah aku di kampung Bagan Datoh, Perak. then aku dibawa ke kajang untuk dibela oleh beberapa orang makcik ayah aku. aku jugak pernah dibesarkan oleh orang hindu di kejiranan rumah aku dan dari situ aku suka minum susu kambing. lepas tu, ada orang lain bela aku. laki dia keje bisnes dan ada sebijik kereta yang berwarna ungu. last nanny aku ialah mak jah atau aku prefer panggil dia mak uda..
perkara 5. tempat belajar?
sekolah pertama yang aku pergi ialah tadika al asmah. islamik sgt! then aku masuk sk jalan semenyih 2. darjah tiga, aku ke sk sri jelok sebab jarak dari rumah yang amat dekat. tamat sekolah rendah, aku masuk smkjb dimana peratusan pelajar melayu hanya setara dengan pelajar india. dapat result pmr, aku konon nak stay jb, tapi atas desakan guru bio yang nampak "kejayaan" aku di bidang engineering, maka aku dihantar ke smt gombak. aku terus berusaha dlm bidang engineering di uitm penang, tapi terkandas bila masuk semester 2 bila aku diberi peluang untuk menceburi bidang keguruan pulak. dan, tetap masih di penang.
perkara 6. ada bf?
oh. kalau boyfriend, so far takde. tapi bestfriend, yeap. i got my number. lots of number. from south to the north. from east coast to west coast. many of them, ladies. :)
perkara 7. aktiviti hujung minggu.
tak tetap. sometimes, i love doing some self management, on the other hand, aku suka melepak, tidur tapi semua aktiviti aku banyak spend dalam bilik (if kat penang) dan dalam rumah (if kat kajang).
perkara 8. hobi tetap.
hobi tetap aku menconteng. tak kisahlah. conteng apapun. dekat kertas ke, dekat meja ke, dekat fail ke, or dekat belog ke. jaranglah contengan aku tu berfaedah. namapun conteng.
perkara 9. handphone.
oh. aku ada beberapa kali tukar handphone. 1st hp, nokia 6510. pakai number digi. 2nd, nokia 3315. 3rd nokia butterfly. start pakai celcom. 4th nokia 2600. diberi oleh syuja'udin sebagai ganti butterfly aku yang kena curi semasa dibawah jagaan dia. 5th nokia 3200. yang mata telur-telur tu. hee:) 6th nokia 3110 classic. 7th nokia 1200. dipakai bersama 3110 then hilang tahun yang sama. 2010, 8th, nokia 1200 lagi sekali tapi kali ni 3110 pulak hilang. 9th, samsung champ. touch screen bebeh! HAHA. tapi takdo wifi. -.-"
perkara 10. motivasi diri.
diri manusia akan termotivasi dengan sendiri bila berlaku sesuatu perkara. rancangan perlu ada. tapi tak semua yang dirancangkan akan terjadi. fikir-fikirkanlah.
*****************************
hoho. yang kesepuluh tu nampak macam matang sangat. hehe. at least i tried my best to write 10 things about me. how about yourself? :)WL: enabcantiksangat
No comments:
Post a Comment