hearts

Saturday, May 21, 2011

bila Allah memberi amaran.

assalamualaikum.


sebelum kita teruskan, marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat. <al-fatihah>


hai kawan-kawan. petang tadi lebih kurang jam 2.30 petang, tragedi tanah runtuh berlaku di Batu 14 Hulu Langat. beberapa mangsa berjaya dikeluarkan dan ada di antara mereka telah terkorban. usaha menyelamat masih diteruskan meskipun hujan. ini merupakan kuasa Allah S.W.T untuk memberi amaran kepada kita yang selalu leka dan lalai terhadap-Nya.

baca selanjutnya.


- Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
KAJANG: Enam mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.
Sebanyak sembilan mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.
Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA
Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.
Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.
- Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.
Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

sumber : mstar online


in addition
Hulu Langat Landslide - they need 6 gen set, torch 
lights, waterproof canvas, blankets, fresh water, can 
food n warm food for rescue team & medic. Contact 
En Naza 0173280013. Location-Rumah Anak 
Yatim Semungkis,Bt 13 Hulu Lgt,@ Jln masuk 
Pusat rekreasi lembah azwin.

WL: enabcantiksangat

No comments: