hearts

Friday, June 21, 2013

hadiah biasa dari orang biasa.


silap.
patutnya dulu lagi aku abaikan dia.
sebab sekarang susah selalu sangat ada dia.
hari-hari gelisah macam setahun tak jumpa.
ihiks. rindunya.


sudah.
jangan karat hodoh jiwang sangat.
tulis kali ni apa niat?
21 Jun 1984.


hari ni birthday awak. yeay. tahniah!! *clapclap*   kita tak kaya. nak beli hadiah kita tidak mampu. emm. maaflah.


emm. awak. kita doakan awak terus sukses dan semoga permohonan awak untuk transfer KL berjaya. kawan-kawan, tolong aameen kan sama-sama ye hee :) semoga awak tidak terus dibuli dan dibuli dan dibuli dan dibuli oleh mereka yang senior.  hiks!

dan semoga kita boleh kawen bila tiba masanya. eh. gurauan berniat namanya. ekekeke~

HAPPY BIRTHDAY BRADPITT. semoga selamanya jadi bradpitt kita. erherher~

p.s : kita sama-sama Cancer. patut banyak nau samanya. uhukuhukuhuk~

Thursday, June 13, 2013

Teruk



demam saja tak apa.
jangan selesema batuk segala.
ketumbit dan ulser pun sama.
sibuk nak menumpang nama.


hmm

Monday, June 10, 2013

Self Note no.4 : Family ALWAYS Comes First.



tidak paling tidak, cuti kali ini memang paling rare.
kejap-kejap ketawa.
kejap-kejap berduka.
problem ada saja. dimana-mana.

elok mula dengan seronok gembira mereka sudah tamat pengajian,
esok keluar berita tak tentu lagi penempatan.

elok dah mula cerita gembira kembar aku tamatkan hidup bujangan,
esok pegi mahkamah kecoh hamba Allah ni tuntut perceraian.

elok upload gambar hantar rombongan, 
tak sampai 24 jam bagai viral kecoh ahli keluarga dikejar kongsi gelap sekawanan.

sebab tu apa-apa yang terjadi,
keluarga kekal nombor satu.
teguh sama berdiri.
rempuh segala, bersatu.

elak membisu.
ambil tahu.

kurang-kurang doa.
kurang-kurang tepuk bahunya.
kurang-kurang pulihkan semangatnya.

kita keluarga.
itupun sudah memadai.
kerana bukan duit permainannya.
cukup sekadar hanya bahu diberi.




p.s : lebih takutkan tiada dugaan. kerana hanya ujian tidak pernah melekakan.

us. TOGETHER.

Self Note no.3 : Yang Lain Pun Sama Pentingnya.


pernah dengar tak?
sekali pun takpe.
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

orang dulu dulu suka buat ayat sinis.
kurang gula, lebih manis.

berkawan ke, bercinta ke,
orang lain pun sama pentingnya.
keluarga, terutamanya.
bukan mudah-mudah je nak lupa.
bukan ingat bila duit dah takde.

jangan jadi orang yang berdamping bila senang.
kalau susah nanti hidup jadi tunggang langgang.
siapa sanggup nak hidup sekadar jadi bayang.
itu sebabnya jangan asyik main wayang.


Awesome = #LDR