tidak paling tidak, cuti kali ini memang paling rare.
kejap-kejap ketawa.
kejap-kejap berduka.
problem ada saja. dimana-mana.
elok mula dengan seronok gembira mereka sudah tamat pengajian,
esok keluar berita tak tentu lagi penempatan.
elok dah mula cerita gembira kembar aku tamatkan hidup bujangan,
esok pegi mahkamah kecoh hamba Allah ni tuntut perceraian.
elok upload gambar hantar rombongan,
tak sampai 24 jam bagai viral kecoh ahli keluarga dikejar kongsi gelap sekawanan.
sebab tu apa-apa yang terjadi,
keluarga kekal nombor satu.
teguh sama berdiri.
rempuh segala, bersatu.
elak membisu.
ambil tahu.
kurang-kurang doa.
kurang-kurang tepuk bahunya.
kurang-kurang pulihkan semangatnya.
kita keluarga.
itupun sudah memadai.
kerana bukan duit permainannya.
cukup sekadar hanya bahu diberi.
p.s : lebih takutkan tiada dugaan. kerana hanya ujian tidak pernah melekakan.
us. TOGETHER.
No comments:
Post a Comment