hearts

Showing posts with label Self-Note. Show all posts
Showing posts with label Self-Note. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Self Note no.5 : Dongak





awan bersepah.
langit cerah.
syukur kerana kasihNya melimpah.
Alhamdulillah.


hanya google sahaja.






Monday, June 10, 2013

Self Note no.4 : Family ALWAYS Comes First.



tidak paling tidak, cuti kali ini memang paling rare.
kejap-kejap ketawa.
kejap-kejap berduka.
problem ada saja. dimana-mana.

elok mula dengan seronok gembira mereka sudah tamat pengajian,
esok keluar berita tak tentu lagi penempatan.

elok dah mula cerita gembira kembar aku tamatkan hidup bujangan,
esok pegi mahkamah kecoh hamba Allah ni tuntut perceraian.

elok upload gambar hantar rombongan, 
tak sampai 24 jam bagai viral kecoh ahli keluarga dikejar kongsi gelap sekawanan.

sebab tu apa-apa yang terjadi,
keluarga kekal nombor satu.
teguh sama berdiri.
rempuh segala, bersatu.

elak membisu.
ambil tahu.

kurang-kurang doa.
kurang-kurang tepuk bahunya.
kurang-kurang pulihkan semangatnya.

kita keluarga.
itupun sudah memadai.
kerana bukan duit permainannya.
cukup sekadar hanya bahu diberi.




p.s : lebih takutkan tiada dugaan. kerana hanya ujian tidak pernah melekakan.

us. TOGETHER.

Self Note no.3 : Yang Lain Pun Sama Pentingnya.


pernah dengar tak?
sekali pun takpe.
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

orang dulu dulu suka buat ayat sinis.
kurang gula, lebih manis.

berkawan ke, bercinta ke,
orang lain pun sama pentingnya.
keluarga, terutamanya.
bukan mudah-mudah je nak lupa.
bukan ingat bila duit dah takde.

jangan jadi orang yang berdamping bila senang.
kalau susah nanti hidup jadi tunggang langgang.
siapa sanggup nak hidup sekadar jadi bayang.
itu sebabnya jangan asyik main wayang.


Awesome = #LDR

Sunday, June 9, 2013

Self Note no.2 : Cemburu Jangan Buta.



oh. ada masa.
tiba-tiba aktif semula.
eh. main komen pula.
comelnya.

jangan-jangan-jangan.
jangan cemburu buta.
semak status mereka.
selidik akar umbi semua.

banyak dugaan kan?
baru satu rasa.
ingat atas dunia hanya satu nikmat diberi-Nya.
atas sana menanti lagi 99 nikmat-Nya.

jangan bodoh cemburu segala.
rugi hidup yang ada.
buat apa yang kamu gembira.
indahnya!

googleable

Friday, June 7, 2013

Self Note no.1 : Belajar Terima.



iye. susah payah buka hati semula.
jadi ini masa kamu belajar terima.

terima apa adanya dia.
terima apa carapun dia guna.
terima apa nasihat dia bagi semua.
terima bahagian rasa yang ada.

bukan mudah untuk kekal stabil.
tolak-ansur, beri-ambil.


#LDR