hearts

Sunday, October 7, 2012

friends or foes.

assalamualaikum w.b.t dan hello kawan-kawan.


tajuk kali ini memang serius.

 kawan atau lawan? 

kita seberapa kali bertemu perkara sebegini. tapi acapkali juga kita memandang ringan. ye. itu aku sebenarnya. aku banyak kawan yang dalamnya seorang berdarah pahlawan. *sigh*



A is talking bad about B to C. B is talking bad about C to A. they lived happily ever after. *dafuq!!!!*


Mana pergi semua kesahan dan kebolehpercayaan yang sebenarnya kita boleh dapat dari seorang kawan? Mana? Mana? *mood esaimen kejap*


bahagiakah hidup kita bila saling bercakap sampah mengenai seseorang? itukah kepuasan hidup anda? bagaimana perasaan kita bila kita disampahkan oleh mereka yang sama sampah seperti kita yang suka mensampahkan mereka? bahagia juga? yay or nay?

aku pelik. dalam masyarakat aku, persekitaran aku, terlalu banyak spesies ini wujud. even dalam kalangan kawan-kawan aku, termasuklah aku. melabel manusia menjadi suatu perkara wajib. seakan-akan manusia yang lainnya tidak punya perasaan dan kita sentiasa mulia. aku hairan. aku tidak pernah merasa diri mulia. aku juga kadang-kala terjebak dengan insiden melabel manusia. dan kerap kali aku rasa terhina. adakah adil bagi aku menghina ciptaan-Nya?


motip pegang tangan bf dia?
dia tak pakai tudung. dia jahat.
eleh, tudung labuh, pegang tangan jantan jugak!
apelah nak jadi dengan dia ni, pakai shortpants bagai. feeling siakk!
teenager ni comel, tapi annoyed bila hisap puting kat sini! dafuq!


pause.

aku tak nafikan, ayat terakhir tu, aku sendiri yang ucapkan. maaf. isu label-melabel memang aku selalu lakukan. tapi sekurang-kurangnya, aku jarang melabel orang yang aku kenal. tapi aku selalu perasan. ada beberapa persona dalam atmosfera aku selalu melabel kawan-kawan dia di hadapan kawan-kawan yang lain. aku sendiri malu. adakah aku juga dilabel oleh orang itu? *persoalan yang kerap bermain di benak hati*

we're talking bad about the others and they talking bad about us too. what a wonderful worldd~~


kita lihat semula. adakah kita sahabat yang sempurna? maksud sempurna ialah, kita menanamkan benih-benih percaya di dalam diri kawan kita. kita tidak seleweng rasa selamat dan percaya terhadap mereka. yakin dengan persahabatan lillahi taala.

aku juga cukup kurang berkenan buat kawan serupa kuli. aku malas nak ulas. cukup kalau aku kata, kawan dah tolong, kita buat muka tahi.

orang dah tolong, kita buat apa kelas?

aku selalu ingatkan anak murid tentang ucap terima kasih. in friendship, berapa kali kau ucap terima kasih dekat kawan kau?

kalau buat salah kita cakap apa kelas??

itupun salah satu pertanyaan aku sekiranya berlaku tidaksefahaman antara murid. biasalah. kerana pulut santan binasa. kita nilai dari situ. dalam persahabatan juga, berapa kali kita minta maaf dekat kawan kita, sebetul-betul cara?

kajian mendapati manusia cenderung tidak mengucapkan kata-kata maaf kepada keluarga dan sahabat baik kecuali semasa musim perayaan.

(Zainab, R. 2012)


*sigh*

kita kata kita kawan. tapi benih pahlawan sentiasa wujud dalam diri kita. backstabbers adalah darah pahlawan terbilang. begitulah hierarkinya. dan sekecil-kecil benih pahlawan adalah kawan yang tak reti ucap terima kasih. motipp tak cakap??? *dang!!*




secara tuntasnya, adakah anda seorang FRIENDS atau FOES dalam kasut kuliah?


selamat merenung diri sendiri.


WL: enabcantiksangat

Monday, September 24, 2012

praktikum kali kedua. ini cubaan kelas pertama.

assalamualaikum w.b.t.

dua bulan bertarung, kali ini bersama-sama sekolah daerah permatang pauh yakni sk permatang pasir. awalnya, mudah. mungkin, masalah murid jadi masalah utama, biasa. tune up yourself enab! but after few weeks, amboih. nampak banyak taring rimau jadian cikgu-cikgu. yang lawak, yang sekepala, tu aku terima. yang spesies tidak tenang tu yang aku risau. entah. kita buat daebak camne pun, mesti cari salah. entahlah. anyway, last day untuk second practicum adalah yang terbaik. *tak ada hadiah pun tak apa, ucapan terima kasih yang paling ikhlas tu yang buat aku lemah tak nak tinggalkan sekolah*

gambar2 di bawah adalah sekitar hari camping UB sekolah. untuk tahap  2 semata-mata :) enjoyce!




partner praktikum. mimosa-chan!

ketua panitia - cikgu zul

guru pembimbing - cikgu ismi

partner praktikum - nurul & memen, with baby amar

BBQ!

ketua komandan - cikgu najib

luruskan barisan pun tak reti pada awalnya. aiseh!

selepas dilatih oleh kapten Raja Zainab Bt Raja Muhaiyatdin. omaiwaa!!

kat padang kawad, mana kenal erti senyum.

my students. pehh-liss!

Kapten Raja Zainab Bt Raja Muhaiyatdin

sekali berPandu, selamanya Pengakap. *tepuktepukdahi*

simpan khemah macam ini ye anak-anak!

oh my lovely students!

"dalam 10 orang cikgu yg mengajar kami, 9 daripadanya meluat dengan budak ni. tapi cikgu Raja?"

hello junior!

keladi layer. my favorite!

practical teacher with GSTT. we are Y generation for future !

with sporting headmaster - pn Hanifah Bee :)

check-out.


well at last, aku berjaya jugak habiskan praktikum kali ni, meskipun mulut-mulut puaka manusia yang tidak tenang dengan kehadiran aku di sekolah ni tak dapat aku tutupkan. biasalah. puaka mana boleh tenang, kanzz? thanx to all colleagues yang tak sudah-sudah support, bagi peluang, etc etc.. dan juga geng-geng tahun 6 G yang aku berjaya brainwashed (sampai aku lalu sebelah kelas diorang jadi senyap). tak dilupakan, cikgu Ismail sebab bagi aku pinjam original Interlok yang tidak diolah semula. menarik sungguh bahan tersebut. dan juga aku ucapkan thanx berjuta-juta lemon dekat Kak Liza, yang sudi belanja minum, yang sudi bagi pinjam bahan, yang sudi pujuk kitorang bila kepuakaan TERmuncul. terima kasih. kasih.



semoga praktikum akan datang lebih memberi aku peluang untuk bertemu mereka yang berfikiran terbuka. dan juga memberi aku bekalan pengalaman yang berguna. insyaAllah.


WL: enabcantiksangat

Friday, July 20, 2012

bukan dia masalah anda.

kadang-kadang, kita buang masa fikir masa lalu. masa yang buat kita gigit kuku. tak kurang yang buat kita rasa malu. manusia. mudah lupa, mudah ambil ringan masalah norma. bagi mereka, itu buat mereka bangun. tak kurang juga rasa tidak mahu peduli.

bagi aku. bila tiba waktu saat kau didatangi berjuta masalah, kau mula menuding punca entah kepada siapa. kau mula rasa, kau sahaja yang betul, dan merekalah yang salah semata-mata. sedangkan jelas di mata dunia, jari lain asyik menuju ke arah kau.

k : dia mintak aku jgn hubungi dia lagi. dan dia takkan pernah cari aku.
a : maka jgn berhenti untuk berharap. terus mesej macam biasa. buat selamber. tapi jgn pernah sekali-kali ucap "maafkan saya" atau "saya masih sayangkan awak" waktu ego dia masih tinggi. sabar.


perempuan. memang susah yang amat untuk difahami lelaki. mereka marah, tapi bukan bermaksud benci. mereka geram bukan ertinya ego mereka tinggi dari lelaki. itu cuma perasaan sementara untuk menagih simpati. bayangkan bagaimana enaknya segala rengekan mendapat perhatian dari seorang hamba bernama lelaki? get it?


sebab itu, lihat kembali pucuk masalah. mungkin selama ini, dia tidak mendapat selayaknya 
dari anda. mungkin sebenarnya andalah punca sebenar. kita lihat, oh mudahnya mereka merajuk,
tanpa tahu sebab musababnya. yang tahu kenapa, tahniah ulung dari aku. buat yang tidak tahu, 
dan tidak ambil tahu, malah buat-buat tak tahu, kejam sungguh. perasaan merajuk, 
sebenarnya amat sukar bagi yang mereka menghargai nikmat yang Allah berikan. dulu aku
tidak tahu betapa nikmat sesuatu perasaan. dan aku lepaskan. :(


k : dia dah tak balas mesej aku. aku semakin give up dengan dia. tergamak dia maki aku. buang aku?
a : well kawan. baru je ujian sikit. 
k : sikit? dah kali ke berapa dah ni? asyik aku je bagi muka.
a : kau sayang dia?
k : sayang lebih dari segala-galanya.
a : kau cintakan dia?
k : cinta setengah mati.
a : maka, cuba lepaskan perlahan-lahan. mungkin ada hikmah andai kau tidak teruskan.
k : maksud kau? clash? breakup? 
a : terpulang. mungkin sekadar beri ruang bernafas untuk kau dan dia sedar dan kembali menghargai.


kadang-kadang aku terfikir. adakah perpisahan jalan terbaik untuk sesuatu perlakuan yang kita tidak mahu?
kalau begitu, aku lebih rela bertahan. kerana cinta dan sayangku lebih tinggi.


dulu, ayah aku sangat panas baran. darah Bugis muda. semuanya yang betul hanya dia sahaja 
aku pernah dihalau kerana begitu cerdik melontar idea. silap langkah. bodoh seketika. 
tapi aku sayang ayah aku. takkan aku rela berpisah walaupun aku sebenarnya mangsa. begitu juga cinta.
kalau benar sayang, kalau benar cinta, takkan ujian sekuman dua sudah rasa beban satu dunia?
aku juga berdarah Bugis muda. panas baran dan memberontak menjadi raja suatu ketika. tapi bila berjauhan sementara?
lawak kadang - kala. aku mula rindu dan ayahlah orang pertama yang aku deringkan nada. lawak bukan?


cuba kenang semula saat manis. timbal semula dengan yang pahit. kadang-kadang, jelas ketara kitalah punca 
segalanya. cuma ego menepis rasa mulia. kita tak pernah sedar, sebenarnya, hati kita disakiti oleh rasa yang kita
cipta sendiri.


aku juga pernah remaja. radio sengaja dipasang kuat tanda protes "HEI AKU PUN ADA HAK LAH DALAM RUMAH NI!"
tapi jelas, protes itu sebenarnya menjauhkan aku dengan keluarga. *cuba relate sendiri dengan masalah anda*
kita tegar mencari ketenangan sia-sia. sedangkan punca sebenar berbalik kepada kita.




p.s : benci hanya perlu bila tahi dipalit, bukan waktu kau buat baik. 


WL : enabcantiksangat

Wednesday, July 18, 2012

hari jadi aku.

iyalah. lewat sangat kalau nak cerita, lebih 2 minggu baru terhegeh buka cerita.

apa-apapun, aku bersyukur sebab aku masih diberi peluang utk perbaiki kekhilafan. perbaiki sosialku. aku tidak mahu digelar sahabat utk kepentingan. sebab memang aku hidup bertujuan utk orang lain.

semua ucapan, doa, aku aamiinkan. terima kasih atas daya ingatan kuat serupa einstein. tidak lupa terima kasih atas bantuan fesbuk menjelaskan usia aku yang tidak benar. aku tahu, bukan usia yg penting. <3

oh ya, terima kasih kepada sang penyambut hari lahirku. iya. bukan senang berada jauh dari keluarga. dan hasil kasih sayang mereka, aku sedar, aku tidak pernah kurang kasih sayang. walau di mana aku berada. aku harap, aku juga memberi kasih yang serupa terhadap setiap satu insan itu.

genap 23 tahun waktu itu.

nukilan naim mohamad dan bismil basir

perjalanan hidup bukan masih panjang, malah belum bermula. ini baru pra. masih belum jelas apa yang aku bakal tempuh. dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa bersama-sama saat bangun jatuh.

aku tidak istimewa. tapi aku berkawan dengan kawan-kawan yang super-istimewa. terima kasih kerana sudi jadi yang teristimewa especially KSM. heart each one of you.


KSM.
- nazihah -
- oyien -
- wandiba -
- nanaz -
- memet -
- anis -
- enix -
- ruhaya -
- mimosa -
- aqil -
- umie -
- sasab -
- magek -
- zul iman -