hearts

Friday, July 20, 2012

bukan dia masalah anda.

kadang-kadang, kita buang masa fikir masa lalu. masa yang buat kita gigit kuku. tak kurang yang buat kita rasa malu. manusia. mudah lupa, mudah ambil ringan masalah norma. bagi mereka, itu buat mereka bangun. tak kurang juga rasa tidak mahu peduli.

bagi aku. bila tiba waktu saat kau didatangi berjuta masalah, kau mula menuding punca entah kepada siapa. kau mula rasa, kau sahaja yang betul, dan merekalah yang salah semata-mata. sedangkan jelas di mata dunia, jari lain asyik menuju ke arah kau.

k : dia mintak aku jgn hubungi dia lagi. dan dia takkan pernah cari aku.
a : maka jgn berhenti untuk berharap. terus mesej macam biasa. buat selamber. tapi jgn pernah sekali-kali ucap "maafkan saya" atau "saya masih sayangkan awak" waktu ego dia masih tinggi. sabar.


perempuan. memang susah yang amat untuk difahami lelaki. mereka marah, tapi bukan bermaksud benci. mereka geram bukan ertinya ego mereka tinggi dari lelaki. itu cuma perasaan sementara untuk menagih simpati. bayangkan bagaimana enaknya segala rengekan mendapat perhatian dari seorang hamba bernama lelakiget it?


sebab itu, lihat kembali pucuk masalah. mungkin selama ini, dia tidak mendapat selayaknya 
dari andamungkin sebenarnya andalah punca sebenar. kita lihat, oh mudahnya mereka merajuk,
tanpa tahu sebab musababnya. yang tahu kenapa, tahniah ulung dari aku. buat yang tidak tahu, 
dan tidak ambil tahu, malah buat-buat tak tahu, kejam sungguh. perasaan merajuk
sebenarnya amat sukar bagi yang mereka menghargai nikmat yang Allah berikan. dulu aku
tidak tahu betapa nikmat sesuatu perasaan. dan aku lepaskan. :(


k : dia dah tak balas mesej aku. aku semakin give up dengan dia. tergamak dia maki aku. buang aku?
a : well kawan. baru je ujian sikit. 
k : sikit? dah kali ke berapa dah ni? asyik aku je bagi muka.
a : kau sayang dia?
k : sayang lebih dari segala-galanya.
a : kau cintakan dia?
k : cinta setengah mati.
a : maka, cuba lepaskan perlahan-lahan. mungkin ada hikmah andai kau tidak teruskan.
k : maksud kau? clash? breakup
a : terpulang. mungkin sekadar beri ruang bernafas untuk kau dan dia sedar dan kembali menghargai.


kadang-kadang aku terfikir. adakah perpisahan jalan terbaik untuk sesuatu perlakuan yang kita tidak mahu?
kalau begitu, aku lebih rela bertahan. kerana cinta dan sayangku lebih tinggi.


dulu, ayah aku sangat panas baran. darah Bugis muda. semuanya yang betul hanya dia sahaja 
aku pernah dihalau kerana begitu cerdik melontar idea. silap langkah. bodoh seketika
tapi aku sayang ayah aku. takkan aku rela berpisah walaupun aku sebenarnya mangsa. begitu juga cinta.
kalau benar sayang, kalau benar cinta, takkan ujian sekuman dua sudah rasa beban satu dunia?
aku juga berdarah Bugis muda. panas baran dan memberontak menjadi raja suatu ketika. tapi bila berjauhan sementara?
lawak kadang - kala. aku mula rindu dan ayahlah orang pertama yang aku deringkan nada. lawak bukan?


cuba kenang semula saat manis. timbal semula dengan yang pahit. kadang-kadang, jelas ketara kitalah punca 
segalanya. cuma ego menepis rasa mulia. kita tak pernah sedar, sebenarnya, hati kita disakiti oleh rasa yang kita
cipta sendiri.


aku juga pernah remaja. radio sengaja dipasang kuat tanda protes "HEI AKU PUN ADA HAK LAH DALAM RUMAH NI!"
tapi jelas, protes itu sebenarnya menjauhkan aku dengan keluarga. *cuba relate sendiri dengan masalah anda*
kita tegar mencari ketenangan sia-sia. sedangkan punca sebenar berbalik kepada kita.




p.s : benci hanya perlu bila tahi dipalit, bukan waktu kau buat baik. 


WL : enabcantiksangat