hearts

Sunday, June 30, 2013

Self Note no.5 : Dongak





awan bersepah.
langit cerah.
syukur kerana kasihNya melimpah.
Alhamdulillah.


hanya google sahaja.






Friday, June 21, 2013

hadiah biasa dari orang biasa.


silap.
patutnya dulu lagi aku abaikan dia.
sebab sekarang susah selalu sangat ada dia.
hari-hari gelisah macam setahun tak jumpa.
ihiks. rindunya.


sudah.
jangan karat hodoh jiwang sangat.
tulis kali ni apa niat?
21 Jun 1984.


hari ni birthday awak. yeay. tahniah!! *clapclap*   kita tak kaya. nak beli hadiah kita tidak mampu. emm. maaflah.


emm. awak. kita doakan awak terus sukses dan semoga permohonan awak untuk transfer KL berjaya. kawan-kawan, tolong aameen kan sama-sama ye hee :) semoga awak tidak terus dibuli dan dibuli dan dibuli dan dibuli oleh mereka yang senior.  hiks!

dan semoga kita boleh kawen bila tiba masanya. eh. gurauan berniat namanya. ekekeke~

HAPPY BIRTHDAY BRADPITT. semoga selamanya jadi bradpitt kita. erherher~

p.s : kita sama-sama Cancer. patut banyak nau samanya. uhukuhukuhuk~

Thursday, June 13, 2013

Teruk



demam saja tak apa.
jangan selesema batuk segala.
ketumbit dan ulser pun sama.
sibuk nak menumpang nama.


hmm

Monday, June 10, 2013

Self Note no.4 : Family ALWAYS Comes First.



tidak paling tidak, cuti kali ini memang paling rare.
kejap-kejap ketawa.
kejap-kejap berduka.
problem ada saja. dimana-mana.

elok mula dengan seronok gembira mereka sudah tamat pengajian,
esok keluar berita tak tentu lagi penempatan.

elok dah mula cerita gembira kembar aku tamatkan hidup bujangan,
esok pegi mahkamah kecoh hamba Allah ni tuntut perceraian.

elok upload gambar hantar rombongan, 
tak sampai 24 jam bagai viral kecoh ahli keluarga dikejar kongsi gelap sekawanan.

sebab tu apa-apa yang terjadi,
keluarga kekal nombor satu.
teguh sama berdiri.
rempuh segala, bersatu.

elak membisu.
ambil tahu.

kurang-kurang doa.
kurang-kurang tepuk bahunya.
kurang-kurang pulihkan semangatnya.

kita keluarga.
itupun sudah memadai.
kerana bukan duit permainannya.
cukup sekadar hanya bahu diberi.




p.s : lebih takutkan tiada dugaan. kerana hanya ujian tidak pernah melekakan.

us. TOGETHER.

Self Note no.3 : Yang Lain Pun Sama Pentingnya.


pernah dengar tak?
sekali pun takpe.
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

orang dulu dulu suka buat ayat sinis.
kurang gula, lebih manis.

berkawan ke, bercinta ke,
orang lain pun sama pentingnya.
keluarga, terutamanya.
bukan mudah-mudah je nak lupa.
bukan ingat bila duit dah takde.

jangan jadi orang yang berdamping bila senang.
kalau susah nanti hidup jadi tunggang langgang.
siapa sanggup nak hidup sekadar jadi bayang.
itu sebabnya jangan asyik main wayang.


Awesome = #LDR

Sunday, June 9, 2013

SOALAN YANG PALING AKU NAK TANYA.



hari-hari aku memasak dekat rumah sejak cuti.
bermacam-macam  resepi aku cuba.
semua best dan dapat pujian mak ayah aku.
wey. bukan nak bangga diri.
temanya aku nak cakap aku memasak aje.
hmm. susah kalau ada orang fikir negatif ni.
ayah dengan mak puji sebab diorang pelik.
aku belajar masak dari mana.
dekat penang duduk asrama.
mana belajar masak resepi baru?
resepi yang lama pun semakin improve.
oh.
aku pun pelik.

soalan aku untuk para isteri dan ibu di luar sana.
terutama yang dah lebih 5 tahun kawen.

KORANG HARI-HARI RESEPI LAIN-LAIN KE? 

Self Note no.2 : Cemburu Jangan Buta.



oh. ada masa.
tiba-tiba aktif semula.
eh. main komen pula.
comelnya.

jangan-jangan-jangan.
jangan cemburu buta.
semak status mereka.
selidik akar umbi semua.

banyak dugaan kan?
baru satu rasa.
ingat atas dunia hanya satu nikmat diberi-Nya.
atas sana menanti lagi 99 nikmat-Nya.

jangan bodoh cemburu segala.
rugi hidup yang ada.
buat apa yang kamu gembira.
indahnya!

googleable

Friday, June 7, 2013

Self Note no.1 : Belajar Terima.



iye. susah payah buka hati semula.
jadi ini masa kamu belajar terima.

terima apa adanya dia.
terima apa carapun dia guna.
terima apa nasihat dia bagi semua.
terima bahagian rasa yang ada.

bukan mudah untuk kekal stabil.
tolak-ansur, beri-ambil.


#LDR


Monday, June 3, 2013

berbaki.



seronoknya cuti!
boleh update itu ini.
taklah bosan sendiri.
boleh belajar seni.


*************************


cuti kali ni amat seronok. babysit maryam is the best thing ever, memasak dan bersalad. kenduri kahwin. oh heaven semua aktiviti ni. yang tak syok bila cuti berbaki 2 minggu lagi. aku dah naik muak dan jelek dengan Penang. 6 tahun dan tahun ni aku berharap tahun terakhir di bumi Penang ni. nak kembali ke Kajang semula. nak balas jerih payah ayah bonda. Tuhan Tolongg Lembutkan Hati KPM........ :)


love, RZ.