hearts

Monday, March 21, 2011

favourite aku.

assalamualaikum.


setiap orang suka pada sesuatu. yelah, suka masaklah, suka makanlah, suka menipulah (oi, jgn buat, dosa!). so sekarang aku nak story ahh sikit pasal apa yang aku paling suka buat tak kira masa.

1. MENULIS.


kenapa mesti menulis aku tulis dulu? sebab aku ni, kalau marah pun mesti cari pen/pensel pastu kertas. apa yang aku tulis memang apa yang aku rasa. macam apa yang sekarang ni aku buat.

2. MEMBEBEL


part ni memang aku juara. ada je yang aku tak suka, aku cakap. depends jugak ah. kalau sekali sekala, aku boleh tahan lagi. ni dah sampai tahap aku benci teramat, memang 24/7 aku akan ungkit benda yang sama.

3. MENARI


ni pun salah satu cara aku nak release tension. menari. belasah jelah tarian apa, yang penting, kurang sikit marah aku. yelah, bila duduk sorang-sorang, rasa marah tu kuat. kurus pun boleh jugak kannn?? hee:)

4. BERLARI


haa.. sila jangan terpedaya dengan kecantikan kasut tersebut. tak ada kena mengena. sebenarnya, aku nak kata, aku ni kaki lari dari meeting yang membosankan atau perhimpunan yang tak ada faedah tu. memang favourite. pernah sekali, aku dengan kawan-kawan aku selinap keluar dari dewan. ikut turn. pastu keluar makan char kuey teow. memang buruk perangai!

5. BUANG MASA


hah! ni memang paling best. buang masa. aku pun kadang-kadang tak paham. even jadual harian depan mata, boleh lagi buat-buat tak nampak. begitu keji aku rasa. ada je perkara yang tak berpekdah aku nak buat.

6. BERSENDIRIAN


salah satu sikap aku yang aku suka ialah, bersendirian. seronok kadang-kadang. duduk dalam dunia sendiri. tapi kadang-kadang je ye. tak larat aku nak mengepung diri. boring. apa yang syok bila sendirian ialah aku mampu menangis, senyum tanpa rasa malu. oh ye. berangan pun salah satu jenis bersendirian jugak kan?

7. BOSAN DENGAN PENIPUAN.



aku paling suka sikap aku yang ini. bukan apa, kadang-kadang, orang tak pandai menipu, tetap nak menipu. lepas tu, nak ambik kesempatan. apa kejadahnya? kalau dapat RMsejuta pun aku takmau. sebab? orang tu menipu diri sendiri. dah lah tak jujur. tapi sendiri mau ingatlah. kubur masing-masing. kat kubur tu soal tanggungjawab kena masing-masing jawablah. mana ada orang lain nak tolong cover. kan?


yang kat atas ni antara je. and paling top sekali. ada banyak lagi yang aku suka. macam melabel seseorang tu dengan sesuatu supaya cepat ingat. alah, macam korang lah. ada yang panggil kawan tu dengan nickname supaya senang ingat. pastu aku pun suka makan macam ada orang tu. tapi taklah seTOP yg kat atas ni.

chow!

WL: enabcantiksangat

No comments: