bila jadi begini,
baru kutahu kekuasaan Illahi,
sahabat yang selama ini disisi,
hilang pergi dan menyepi.
bila jadi begini,
dunia yang selama ini kusukai,
bagaikan racun tak dapat diubati,
aku harus berpatah semula kepada Yang Hakiki.
bila jadi begini,
si dia juga menjadi tidak berani,
melawan kawanan yang terus membenci,
tinggalkan aku hadapi semua ini sendiri.
aku harus kuat. aku harus tabah.
terus yakin semua kuasa Allah.
tidak pertikai yang mana betul yang mana salah.
bila jadi begini tidaklah aku lemah.
ya kawan, ya sahabat,
bukan selamanya yang kita mahu kita dapat.
mungkin esok lusa kita jatuh.
bila jadi begini buat kasih kita kepada-Nya bertambah kukuh.
emosi : kurang stabil
mood : sedikit sedih
ciptaan penuh : raja zainab binti raja muhaiyatdin.
WL: enabcantiksangat
hearts
Sunday, October 31, 2010
Saturday, October 30, 2010
kajang masih macam dulu.
kajang pak malau, kajang berlipat. kajang hamba mengkuang layu. (seri mersing,1961)
assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh (gaya haji haji haji mustaffa) dan selamat sejahtera. alhamdulillah. nab selamat sampai ke bumi kajang setelah beratur panjang di sungai besi tadi.
well, nab memang suka kajang. bandar heritage yg sedang cuba membangun. takpe kajang, takpe. kekalkan je macam dulu. aku suka.
tadi lalu tol plaza bukit kajang. belakang kajang prima. cess, teringat cik zaza lagi. kenapalaa kau asyik menghantui hidup aku zaza?? kenapa???
okey. cerita pasal kajang. nab memang orang kajang. yer. kajang. tak perlu nak malu tapi harus mendabik dada sebab nab memang bangga jadi orang kajang. satu je, pergi mana-mana mesti orang tanya:
makan sate tiap-tiap hari ek?
oh, sate kt sana best kan?
sate ape kat sane? samuri? samsuri?
hentikan soalan mintak kaki tu. dah konfem-konfem aku kaki sate, tapi bukan makan tiap-tiap hari. dan jelaslah sate kajang sedap. nama pun bandar sate. pastu leh buat blurr nama sate tu samuri ke samsuri. biar laa nak nama apa pun. samsiah pun boleh. yang penting sate. (aku tak suka sate samuri, jujur.)
sedap dan menyelerakan kot. saiz itu pentingggg!!! hahaha!!
TAPI.. ada yang lebih berharga dari sate semua tu..
encik bf kurang hensem dan boboy
laily yang gedik
angah gemuk dan si budak azam
DAN PUAN JAMAYAH YATIM
maaf. puan gf memang tak suka bergambar.
so, memang rutin balik rumah, encik bf jemput kat reko. tapi, kisahnya, si along saya sibuk menyuruh saya drive kereta beliau yang ditinggalkan di jalan duta. kesian encik bf. dah tunggu lama di sana. sori ye bf. esok kita masak sama-sama.
ini yang nab suka tentang kajang. family gathering dan astro byond! hahaha. suka la ade byond! dapat tgk HD!
maaf. bukan byond rumah saya.
dan puas dapat tengok tv.
weh nab. selasa exam la ngoi. g study.
ok. itu suraya. beliau sudah bising. selamat malam!
WL: enabcantiksangat
Friday, October 29, 2010
iklim pulau pinang.
"lambaian tanganmu, masih ku ingat selalu" (bukanku tak sudi,iklim)
salam kawan-kawan. well, lagu diatas memang takde kena-mengena dengan tajuk post ni. saja nab letak sebab tiba-tiba teringat lagu ni.
okey. post kali ni nab nak cerita sikit sebanyak tentang negeri pulau pinang yang dah 3 tahun nab di sini. fuhhh~ 3 tahun masa yang begitu panjang jika banyak perkara terjadi.
pulau pinang seperti yang semua sedia tahu pernah dijajah. ok. fullstop. bukan nak cerita pasal sejarah yer. nab nak cakap sebenarnya, selama 3 tahun di pulau pinang, nab dah muak. sekian.
weh nab, ko apsal? meroyan kata camtu?
well.. muak sebab cuaca tak tentu kat bukit mertajam. dan cuaca itulah yang menjadi faktor swing mood nab. haishh~ faham?
lah..xkan pasal cuaca jer?
yelah.. cuaca je. iklim yang tak tentu. bila panas Tuhan je tahu. bila hujan, hujan batu. maklumlah. hujan bukit. makanya terasa segala hormon bekerja keras untuk yang terbaik.
lahai..mcm kat kajang tak pernah?
x..kajang jarang. seronok kajang. :))
lagi pulak, bila cuaca tak tentu, nafsu makan jadi bertambah. yelah, nak stabilkan hormon-hormon.
kau ni,merepek laa..
mane ade. cuba try duk kat penang. baru rasa. haa~~
penang memang tempat semuanya bermula. dari uitm, sampailah ke maktab, tak sudah-sudah kisahnya. baik yang baik, mahupun yang buruk. ada saja yang dengkinya, tidak kurang pulak yang membantunya. life as student memang banyak cerita. sedih, gembira, semua digaul bersama. macam iklimnya. tak tentu hala. tapi, disebalik semuanya, mesti ada hikmahnya. sebab, itukan janji sang Pencipta. kita tak perlu melatah, melawan takdirnya. sudah dikisahkan sebelum kita dicipta, cuma kita saja perlu bertindak bagaimana mengatasinya.
okeylah. nab perlu kembali kepada yang asal. segalanya bermula di kajang. nab nak balik kajang. selamat tinggal iklim tak tentu hala. semoga kembali pulih bila aku pulang. insyaAllah.
WL: enabcantiksangat
end of suffers.
daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, "sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. pada Jumaat jugalah kiamat akan berlaku. pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu melainkan akan dikabulkan permintaannya" (Hadis riwayat Muslim).
hari ni hari jumaat. so, it is sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. hari jumaat ni merupakan hari raya bagi si fakir dan tidak digalakkan untuk berpuasa bagi seluruh umat Islam kecuali yang mahu menggantikan puasa Ramadhan yang lepas dengan syarat hendaklah berturut-turut dengan hari sebelum hari jumaat (khamis) atau pun selepas hari jumaat (sabtu).
hari ni hari jumaat. so, it is sayyidul ayyam iaitu penghulu segala hari. hari jumaat ni merupakan hari raya bagi si fakir dan tidak digalakkan untuk berpuasa bagi seluruh umat Islam kecuali yang mahu menggantikan puasa Ramadhan yang lepas dengan syarat hendaklah berturut-turut dengan hari sebelum hari jumaat (khamis) atau pun selepas hari jumaat (sabtu).
well, actually nab nak puasa hari ni, apakan dayo, den x bangun sahur tadi. makanya, leburlah sehari tidak berpuasa (ganti) :)
so, tajuk post hari ni lebih kurang ceritanya mengenai penghulu segala hari ni. hari jumaat merupakan end of suffers bagi rata-rata pekerja di beberapa negeri di Malaysia. oh, tidak lupa juga kepada students yang masih belajar. yelahh. nak ke hujung minggu pula.
bagi nab pulak, hari ni lebih special. kenapa ek??
- tamat paper mathematics yang tertangguh hari selasa lepas.
- permulaan hari baru untuk diri nab.
- titik perubahan yang perlu dijalankan.
- usaha untuk bertambah kuat dijalankan.
special kot bagi nab? sebab hari ni kan jumaat. ambil berkat. hehe.
so, nab ucapkan selamat hari jumaat yang penuh rahmat kepada semua!
may Allah bless all of you.
WL: enabcantiksangat
blog lebih eksklusif.
"kau lebih berjaya di sana" (haza izzrinda,2010)
salam.
selamat datang.welcome.
well. akhirnya, makanan zaza menjadi. aku tergoda. yeap. tergoda. dengan godaan cik zaza untuk membuat blog.blog baru. before this pernah laa ada blog. tapi tak pernah nak lekat lama. akhirnya, notes di fb lebih diutama.
okey okey. tamat untuk kata-kata opening. terus support industri blogging.
WL: enabcantiksangat
Subscribe to:
Posts (Atom)