hearts

Sunday, October 31, 2010

bila jadi begini.

bila jadi begini,
baru kutahu kekuasaan Illahi,
sahabat yang selama ini disisi,
hilang pergi dan menyepi.

bila jadi begini,
dunia yang selama ini kusukai,
bagaikan racun tak dapat diubati,
aku harus berpatah semula kepada Yang Hakiki.

bila jadi begini,
si dia juga menjadi tidak berani,
melawan kawanan yang terus membenci,
tinggalkan aku hadapi semua ini sendiri.

aku harus kuat. aku harus tabah.
terus yakin semua kuasa Allah.
tidak pertikai yang mana betul yang mana salah.
bila jadi begini tidaklah aku lemah.

ya kawan, ya sahabat,
bukan selamanya yang kita mahu kita dapat.
mungkin esok lusa kita jatuh.
bila jadi begini buat kasih kita kepada-Nya bertambah kukuh.


emosi  :  kurang stabil
mood  :  sedikit sedih
ciptaan penuh  :  raja zainab binti raja muhaiyatdin.


WL: enabcantiksangat

No comments: