hearts

Wednesday, August 20, 2014

.GALAU. part 4.

sekali lagi aku terbayang wajah itu. "salah ke kalau aku mintak nak nikah dengan dia?" bisik hati aku. mungkin selama ini aku ditelan ego sendiri. aku enyahkan rasa yang memang fitrah dalam diri sendiri. sekali lagi aku disoalkan rasa sama, berkali-kali.

aku dan kau kawan. dah lama. usai luruh daun berganti, lama itu hubungan kami selama ini. aku terjebak dengan perasaan yang bersilih ganti. antara mahu atau tidak. persoalannya, adakah aku yang harus mula langkah?

tidak pasti. terlalu banyak langgam perlu dilalui. banyak itu jugalah harus ditelani. rasa malu tak boleh tolak tepi. gadis seperti aku masih tidak gelojoh untuk berlaki.

hela nafas berat. buku rekod dicapai tanda banyak kerja. hirupan milo panas menghuni ruang kosong hati.

Sunday, August 10, 2014

.traumatized.

hari ini, dari kajang aku pandu untuk ke sekolah gara-gara LADAP. rancang aku, gerak dari rumah sebelum 7 pagi. sempat aku capai dua keping keju dan salut pada dua ketul nuget.

memang mengantuk. kafein lupa dibancuh. hanya pekikan suara hayley dengan lagu ain't it fun buat aku bersemangat dalam lemah. aku masih menguap. mata memang mengecil. target aku, sampai sekolah sebelum 7.40.

baru lepasi tesco kajang. belum habis lagu. tiba-tiba bunyi dentuman kuat dari arah bertentangan. aku lihat hilux terbang menuju ke arah kereta aku. kaget. cermin sisi kulihat pantas. terus mengelak namun sebiji kobis telah aku lanyak. kereta aku terus gerakkan. masih panik. masih kabur tentang apa yang berlaku. "mimpikah aku?" tangan terus menggigil, namun fikiran terus berfikir.

terus-terang. aku masih trauma kejadian tadi. terganggu dengan kejadian hampir terjadi tadi. hingga perut tidak boleh proses tahi.

nyata, bukan mimpi. kesan lekuk di besi pembahagi lebuhraya masih ada. syukur aku tidak apa-apa. fikiran saja terganggu cuma.

Friday, August 8, 2014

belasungkawa Almarhumah Tok Kapok.

sudah dua kali pagi aku dikejutkan panggilan telefon. dalam kotak fikiran hanya wajah Tok Kapok yang aku mampu bayangkan.

malam semalam, lebih kurang jam sepuluh, alang khabarkan perkembangan almarhumah. tenat. waktu itu aku diam. terfikir untuk melawat selepas waktu sekolah. waktu itu terkenang kebaikan yang pernah almarhumah semai sepanjang hidupnya.

almarhumah seorang yang peramah. tidak pernah terluka hati apabila berbicara. lembut tutur kata sehingga sesiapapun rasa senang hati. tokoh ibu yang amat aku kagumi.

almarhumah dan suami (tok chik) merupakan insan yang menggantikan tempat atuk sebelah ayah. melihat wajah tok chik tadi buat aku sebak. memikirkan keadaan ayah sekiranya berlaku kejadian yang sama. raut wajah ayah dan tok chik sama. wajah tok chik adalah wajah ayah masa depan.

perginya almarhumah kembali kepada Pencipta awal subuh tadi benar-benar mengganggu fikiran. terbayang karipap kentang dan samosa yang sering dihidang setiap kali aku ke rumah mereka. selesai pengebumian tadi, aku rasakan bagai rumah mereka kosong. sekali lagi aku terpandang wajah tok chik di satu sudut. air mata tidak dapat kubendung.

al-fatihah.

Sunday, August 3, 2014

.GALAU. part 3.

"kau busy? boleh Whatsapp aku kejap?" diulang baca Reedah berkali-kali pada mesej tersebut. jelas dan seperti penting. hendak saja diabaikan tetapi perasaan sayang kawan masih menebal. dicapai telefon pintar Smartel, dan terus menunaikan permintaan sahabat baiknya.

..... ..... ..... ..... .....

Reedah terus tunggu. tiada balasan dari Fathul. "sekali lagi aku dipermain perasaan ke?" Reedah cuba bersangka buruk. diendahkan telefon sementara.

"nanti aku mesej kau balik. kejap ek?" Fathul membalas. hati Reedah terus bersangka baik. entah kenapa perasaan Reedah kurang enak. terdetik barangkali Fathul dilanda masalah.

..... ..... ..... ..... ..... ..... ..... .....

kejap yang tiada noktah. Reedah bosan menunggu ketibaan. tiada lagi kurang enak perasaan. hanya rasa bosan melayan harapan.

WL: ms