hearts

Saturday, July 2, 2011

kalau nak berkalau.

assalamualaikum.

kawan-kawan yang superhebat! sabtu nak melabuh tirai lagi sejam lebih. so, apa khabar? bien o no?

tajuk entry aku kali ni sedikit dibayangi lagu feveret aku by kak Nita kita. straight to my point, aku lebih gemar berangan. bila duduk sorang-sorang, mesti berangan. dan berangan aku mesti ada linking. kira kena consequent ceritanya. masa aku kecik-kecik merupakan tahap berangan aku yang paling maksima. daya imaginasi lebih luas. kau orang faham tak?

masa aku kecik-kecik, aku tak pernah berangan nak jadi princess, pakai dresses, with wigs whatsoever tu. tak terfikir pakai liptik lebih-lebih. tapi aku suka pakai blusher. OMG! memang feveret blusher Avon mak aku!
<malu>

masa aku kecik-kecik, aku suka berangan jadi boss. masa tu aku kecik. aku tahu word Big Boss je. so, partner untuk kerja ofis aku ialah Oyin. dan Oyin merangkap Small Boss, sbb aku dah jadi Big Boss. see? memang terserlah vocab aku tak berapa cemerlang masa kecik-kecik.
<teruk-teruk>

masa aku kecik-kecik, aku suka berangan camping. tapi aku takde khemah. so, aku suka guna payung free mak ayah aku. yang besar tu. kalau aku pegang payung tu memang boleh muat 6 orang saiz aku dulu. HAHA. cerita apasal camping ni, aku hanya berangan bila hujan teruk gila. time tu rumah aku tak pasang awning. so, aku akan duduk tepi longkang sambil duduk bawah payung besar tu. berangan sorang-sorang. bila hari hujan pun, sebagai kanak-kanak riang aku pun mandi lah. masa tu imunisasi badan tahap maksima. mandi hujan takkan demam. tapi sekarang, kena tempias pun dah demam teruk-teruk.
<so true>

masa aku kecik-kecik, aku suka curi ambik kapur kelas bawak balik rumah. sebab? aku nak main cikgu-cikgu. tapi tetap main sorang-sorang. aku suka conteng belakang pintu bilik aku. tulis notes or sifir. mesti berlatarkan sekolah. salah satu cara aku cemerlang masa sekolah rendah dulu ialah aku suka repeat balik macam mana cikgu aku ajar aku. aku tak suka buat latihan tambahan. plus, dulu aku susah nak ada buku tambahan. so, kalau cikgu aku ajar pecahan, aku akan repeat balik dengan ajar diri sendiri dalam bilik aku sorang-sorang. dan sekarang? aku bakal jadi cikgu.
<winkwink>

berangan ni sebenarnya tak salah. cuma jangan over sangatlah kan.... lagipun, dengan berangan laa kita boleh melangkaui batas pemikiran kita. kiranya, meningkatkan imaginasi kita untuk mendapat kreativiti berbeza. bak kata Amira Arif, kadang-kadang kita perlu berbeza agar tidak nampak sama. so, berangan lah secara positif!


p.s: aku berangan sorang-sorang sebab dulu aku tak pegi sekolah agama. so, kawan aku semua pegi sekolah, aku kat rumah berangan jela!! HAHA




WL: enabcantiksangat

lampu suluh.

lampu suluh warna kuning.
lampu suluh segala fungsi.
terangi pekatnya gelap.
terangi kesuraman.
terangi kehidupan.

lampu suluh segala fungsi.
berguna bila ada bateri.
tanpa bateri masih berfungsi.
melindungi diri.

lampu suluh warna kuning.
duduk sentiasa disisi.
tidak berganjak walau seinci.
kerana kasihnya tidak berbelah bahagi.

terima kasih, lampu suluh.


bodoh cuma.

mula pagi, nampak muka kau.
mula siang, nampak muka kau.
mula petang, nampak muka kau.
mula malam, nampak muka kau.
macam hantu. macam iblis. 
ada di mana-mana.
kau mula aku lupa.
tapi kau tetap muncul juga.
aku tak berminat.
aku mahu hidup macam sediakala.
tanpa kau muncul depan mata.
tapi, makin jauh, tetap ada magnet.
aku berserah.
aku sudah mengalah.
kau, tolong blah!

mungkin ini apa yang aku rasa.

letih, tak terbela.
tidur, tak terjaga.
perut, tak tentu hala.
mata, dibiar saja.
hati, pilu terasa.
jiwa, terseksa sentiasa.
kepala, pening tak terhingga.
kerja, nak cepat saja.
hidup, penuh nak cerita.
meja, sepah sini sana.
baju, tak terbasuh segala.
air, tak cukup rasanya.
laptop, on sedia.
biskut, dibuka segera.
ubat, dipandang hina.

semua ini rasa satu masa. 
ini yang aku rasa.
bukan kau, atau dia.
hanya aku rasa.
betapa tertekannya jiwa, batin terseksa.
kau hanya mampu kasihan.
atau hanya ucap, bersabarlah.
tapi kau tidak rasa.
kerana rasa ini aku yang punya.