Asu melihat tayar kereta sebelah. dicapainya telefon skrin 6 inci. nama 'Ayah' terpapar. Asu perlu tukar tayar. namun kajiannya sebelum ini membuatkan dia takut untuk menukar harta modal tersebut. "boleh lari bajet," fikirnya. Asu masih keawangan. nama 'Ayah' ditenung lama. berbelah bahagi jika dia mahu meminjam wang ayahnya. "sudahlah dulu dipinjam tak habis berbayar, mahu ditambah pula kali ini," Asu semakin buntu.
"Ayah, Asu ada rm360 je sekarang ni. ingat nak tukar tayar, tapi macam x cukup duitnya. kalau dua tayar Asu ganti yang baru, dua lagi yang second hand, tak apakan ayah?" lancar si Asu.
esok hari raya. gembira Asu kerana tayar semua berbunga baru. tiada yang lama, tiada diguna semula. serba baru. terima kasih Kumho!
p.s: selamat hari raya semorang.. MS ucapkan kawankawan semua berpeluang meraikan dgn keluarga tersayang. maafkan andai terucap kata yang mengguris rasa. maafkan andai terlaku perbuatan binasa.
WL: enabdacrazie