hearts

Sunday, June 29, 2014

.GALAU. part 1

"" malam tadi pelik. aku rasa takut tapi seronok. lama tak jumpa wajah tu. wajah lama yang penuhi citarasa klasik aku. aku tahu. impian itu mimpi yang dicita-citakan. aku cuba untuk berlagak biasa tapi dia lebih arif dengan gerakan adrenalin aku.

macam biasa. tempat makan tumpuan pertama. jaringan erat tangan buat aku bertambah yakin. bukan biasa hubungan ini. aku cuba tepis rasa itu. rasa jelik bercampur pelik. kajian One Direction menyatakan jika tiap jari tepat dalam jari pasangan, itu jodoh benar. aku makin keliru. makin berombak dadaku namun ditahan dengan belaian lembut di belakang telingaku.

"Malam ini kita buktikan", debaran makin terasa. aku yakin, ini hanya bisikan pura-pura. yang cuma menguji sifatku yang tidak sempurna. dengan perlahan, dia menarik aku ke belakang tasik. aku seperti dipukau, hanya membontoti. terbayang wajah abah. "aku tak pasti ini yang kau mahu", tiba-tiba. entah dari mana berani aku datang, terus suarakan.""

BAKAL disambung. BAKAL jela.

WL: enabdacrazie

No comments: