hearts

Saturday, August 31, 2013

.pemberitahuan.



"mereka" suruh aku hentikan.
"mereka" kuasai fikiran.
"mereka" betul.


atas sebab menghormati, dan dasar tidak akan terus terang, aku ikutkan.
maka, aku buang pergi topik # deep. perkara satu. ubah diri.

mungkin jelas akan menyakitkan beberapa hati.
mungkin buat jiwa parah.
mungkin buat aku gelisah.

tak apa.
ada #deep. perkara dua. gila dunia.

lebih santai biasa.
cuma tidak cukop deep macam semalam.
he he he.


#dakdakdeep #hatiperasaan #cakapbelakang

# deep. perkara dua. gila dunia.

ehem hem hem hem. sorry. sementara aku tunggu kain baju siap dibasuh mesin, aku sambung balik kisah dakdak deep yang aku cuba kongsikan. erherherher....



gambar di atas menceritakan keperluan seorang manusia berkomunikasi dengan yang lainnya. kita juga sebegitu. cumanya, tidaklah berpindah suatu pesen telefon mudah alih ke pesen-pesen yang lain dengan cepat atau kata tepat apabila tidak perlu. 


dari qwerty ke touchscreen. dari friendster ke keek. eh. begitulah kehidupan seharian kita. sampai semua hal manusia lain kita korek. bezanya cuma adakala terkorek dan adakala dikorek. menjaga hal mereka menjadi bidang kita. begitu juga mereka. menjaga hal kita. terima kasih ulung untuk semua.


kita pelik bagaimana mereka tahu rasa kita, sedangkan kita sendiri cuba merahsiakannya. ah. aku juga sama. blog ini umpamanya. sudah hilang kerahsiaannya.


kita sengaja mengeksploitasi diri sendiri. namun tiada siapa simpati. kerana kita sendiri sibuk beri simpati pada yang tidak sudi. begitulah


aku perlu kembali seperti dulu. simpati pada diri dan peduli pada yang sudi. 



semalam terlampau deep. sampai hari ni tak boleh panjang-panjang. cukop biar rasa deep aku mampu bawak korang pandang siling lagi sekali sambil buat refleksi. 


#dakdakdeep #hatiperasaan #cakapbelakang

Friday, August 30, 2013

[draft] # deep. perkara satu. ubah diri.

fuhhhhh.. fuhhhhhhh ... fuhhhhh .... ahchooooooo~~


maaf. terbersin pula. mihmihmih....... lama gila aku tinggalkan. iyelah. kengkonon busy berrraya.. banyak punya raya sampai kerja tertangguh entah habis bila. hikhikhik.... alih alih, kat sini pulaak. isk isk isk. ampun.


jadi. seperti biasa, selagi tiada benda bersifat sentap atau emosi, aku kurang mengabadikan kisah kat sini. sebab rata-rata orang suka nau nau membaca benda yang lebih epic dari kisah aku, jadi aku sentap kuasa seribu. kah kah kah ... kessssahh????


balik kepada motif cerita kali ni. aku nak share SATUUUU benda. berkenaan hati. perasaan. jiwa muda. benda yang hanya dakdak deep je paham.


ok. aku mula ye. bismillah.




pejam celik dah lima tahun aku belajar ilmu perguruan. banyak benda aku belajar. kemahiran inter dan intrapersonal. termasuklah kaunseling dan perkembangan manusia. aku perasan. banyak manusia sekeliling aku berubah, ikut edar masa. sama juga aku. ya mungkin, berubah, jadi lebih baik untuk aku mahupun untuk orang lain. tidak pandai aku nilai diri sendiri. nanti dikata puji diri sendiri. aku lepaskan pada pemerhatian korang.

even, dalam penulisan, aku banyak perbaiki, disamping kekalkan prinsip diri. oh ye. prinsip diri. berkaitan itu, aku akan selitkan pada perenggan seterusnya. cuma, aku nak terus menegaskan, kita semua semaakin dewasa. YEAY! untuk semua orang. dan muah pipi kiri kanan!

jadi, berkenaan prinsip diri dan perubahan diri. aku sering bertanya, adakah aku membiarkan prinsip menjadi benteng perubahan atau aku mengubah prinsip selaras dengan perubahan? 


aku kembali kepada persoalan tadi. apakah sebenarnya aku yang takut akan perubahan hingga membentengkan prinsip sebagai halangan? aku perasan, banyak mereka berubah kerana manusia lainnya ingin mereka berubah. namun berbalik kepada prinsip diri, apa aku mahu berubah demi mereka? jelas, dari prinsip diri tekal menyatakan tidak akan sampai kapanpun aku berubah demi manusia lainnya. justeru bagaimana? adakah aku tidak perlu berubah? 

berfikir lebih dalam. 
Dan lebih dalam.
hingga lemas kerana terlalu dalam.


habluminallah wa habluminannas.
jagalah hubungan dengan Allah dan jagalah hubungan sesama makhluk.

; makhluk maksudnya luas. selain manusia, tumbuhan dan haiwan, serta benda hidup yang lain adalah makhluk. :


jadi. aku fikir semula. aku perlu berubah atas niat untuk menjaga hubungan dengan Allah, dan hubungan sesama makhluk khususnya bersama-sama keluarga dan kawan supaya aku lebih senang dengan prinsip diri aku yang telah dinaik taraf. Lillahi Taala. kerana Allah.


orang melihat aku senang didekati. Alhamdulillah. kerana Allah juga aku berniat. pernah sekali atau dua yang aku sebutkan sebelum ini bersama Kelly, jika aku lebih mengutamakan kualiti kawan berbanding kuantiti, entah bagaimana harus aku menilai kualiti seorang kawan sekiranya sebaris dua sahaja kawan yang aku dekati? aneh kerana hanya yang mengenali lebih arif sifat aku.


aku akui, sifat ringan mulut suka sembang seperti aku mudah untuk didekati. topik yang dibincang juga aku selidiki. tidak semberono supaya tidak menyentuh sensitiviti. tapi jujur, aku seorang yang pemalu dan juga seorang pemerhati. tidak sekali aku mulakan dahulu melainkan ada yang berani merapati. meskipun sudah banyak negeri aku jejaki. Alhamdulillah


mungkin ada yang kurang senang. aku harusnya bikin apa? mengubah kembali menjadi diri yang hanya berkawan dengan mereka yang terpilih? Sekali lagi. sukar untuk aku puaskan hati manusia lainnya. mungkin saat dan ketika ini mereka perlu mengikut rentak aku dan bersama-sama mencari kualiti diri sendiri. 

I live like a dance. once I lead, once I follow. Begitu juga anda.


begitulah. bila aku cakap benda-benda deep, selalu ada yang menguap. bosan katanya. pedulikan kisah aku. nahhh baca benda yang anda suka. kita semua sama. punya hak untuk bersuara. cumanyaa,, kali ni aku nak korang baca secara deep. duduk bilik sorang-sorang sambil tengok siling dan bayangkan apa yang aku utarakan. sebab adakala kita pilih untuk mencorak manusia lainnya mengikut acuan kita. sedangkan kita nyata BERBEZA.


#dakdakdeep #hatiperasaan #cakapbelakang

Monday, August 5, 2013

#DramaSebabakMenjelangRaya - Nevermind.



Adik : mak, ayah cakap kalau raya ni mak tak pakai sedondon, ayah taknak pakai baju melayu yang mak beli.
Mak : hmm. mak berkenan dengan baju yang ayah pilih untuk mak tadi. boleh awak dulukan guna duit awak?
Adik : hmm. nevermind.

--------------------------

Ayah : adik, kereta awak tu pakcik M kata kena charge RM500. guna duit awak boleh? separuh-separuh.
Adik : separuh ke, 3/4?
Ayah : awak yang guna kereta tu banyak, awak yang tahu macam mana terbaik, kan?
Adik : (jawdrop) yelah. nevermind.

------------------------

Mak : adik, cukop tak duit awak isi minyak nanti?
Adik : pergi mana? balik penang? cukop jek. orang kan tong-tong dengan member.
Mak : bukan. untuk raya.
Adik : orang kan bawak saga, driver ayah, kan?
Mak : memanglah. tapi kereta awak nanti pun kena bawak jugak. along dengan alang yang tolong bawak.
Adik : so? diorang drive, diorang lerr isi.. mihmihmih
Mak : tapi .........[muka penuh berharap]
Adik : hmm. apedehal. adik-beradik, takleh nak berkira, kan? yelah. orang isi nanti.
Mak : habis, nanti nak balik penang? ada duitnya?
Adik : nevermind.