dimensi sebuah coretan,
aku terjemah menjadi contengan.
saat mereka sedar,
hidangan mulai bosan.
-- dan aku, masih perasan.
kelainan jadi bualan.
rakus dalam penulisan diabaikan.
cuba beri mereka kepuasan.
-- sekali lagi dan aku kelemasan.
tulis bukan untuk perhatian.
tulis bukan untuk diabaikan.
dan prinsip aku,
tulislah selagi diberi pengalaman.
manfaat bukan kita putuskan.
syafaat bukan kita berikan.
misteri harus dikekalkan.
itu yang aku amalkan.
dari sebuah penulisan,
aku menjadi kenal seorang manusia.
yang jiwanya berbeza.
yang perangainya tidak serupa.
| dari sebuah penulisan.
kita kenal manusia begini begitu.
kita tahu manusia fi'il nya begini begitu.
kita tangkap ragam mereka begini begitu.
dari aliif baa taa yang hanya mereka tahu.
sungguh,
senang jika dinilai begitu.
" bacaannya berat,
orangnya begini."
" bacaannya santai,
orangnya begitu."
nah.
pelakon juga diperlaku begitu.
" wataknya jahat,
orangnya diluar pun jahat."
"wataknya baik,
orangnya diluar pun baik."
orang pandai menilai.
apa yang jelas dilisan bebas.
konon sudah ada kajian yang menjelaskan.
konon sudah ada bukti makmal direkodkan.
buat penilai --
terus menilai hingga hak kamu turut dinilai.
buat penulis --
terus menulis sehingga dakwat idea habis.
amalkan tidak plagiat hidup.
kerana udara sempurna hanya kamu yang hirup.
buat sementara, aku pilih ini untuk terus hidup. |
1 comment:
tq sifu.nasihat mu menusuk kalbu.jadi pegangan sebagai penulis baru.ahaks
Post a Comment