aku tak pasti. entah bagaimana perbualan menjadi semakin intim. yang aku pasti, kegemaran kita sama. nasi lemak tasik. mungkin bertahun makanan itu kau hadap, dan tauke kedai pula makcik aku. benar kata kau. pusing-pusing, kita pasti jumpa semula. entah bagaimana aku mahu elak.
sungguh. aku memang mahu elak dari perasaan perasan..
kau suka bungkus sambal resipi rahsia keluarga aku. dan suruh aku bawakan kau nanti. konon mahu imbas kenangan masa studi.
"oh, awak pun suka try makan lah ni?"
iye. sebab tu awak boleh tengok saiz saya bagaimana. ah. aku tak jawab macam tu. jawapan aku sering ke arah membangga diri.
"aah. sebab tu masak jadi kemahiran. kalau tak reti masak, macam mana nak makan?"
ba betul. tak ada langsung kecomelan masa menjawab. tetap nak menang. tetap nak nampak cool. tetap pilih untuk memboyish. eh. ada ke memboyish? ah. tetap aku tak comel bila menjawab.
tak apa. tak comel pun, aku masih hidup normal. syukur. <konon pujuk diri>
tapi aku masih tak paham. kenapa nasi lemak tasik yang kita sama-sama gila?
p.s : ba tu maksudnya gila.
love, .RZ.
No comments:
Post a Comment