hearts

Sunday, March 25, 2012

diari guru minggu satu - akulah sang pemimpi

assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

19 Mac - 24 Mac 2012

bukan semua orang berpeluang jadi seorang guru. seorang pendidik lebih tepat. pekerjaan yang mulia. mendidik. dan aku antara manusia bertuah dalam kalangan lautan manusia dewasa. tidak mudah tetapi tidak mustahil. iya. mereka kata, aku hanya mengajar Pendidikan Jasmani. mudah. tanpa peperiksaan akhir tahun. pada mulanya, aku merasakan perkara yang sama. setelah beberapa tahun di IPG, atau lebih tepat tidak sampai peringkat pengajian ijazah lagi, aku sudah mengubah pemikiran kolot aku. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN. dengan minor PENDIDIKAN MORAL. tidak pernah mudah. walau tanpa peperiksaan, penilaiannya di hujung pembelajaran mereka di sekolah. adakah menjadi manusia anak-anak bangsa, atau sekadar pergi sekolah percuma sahaja? tidak mendapat apa-apa? menjadi perosak jatidiri bangsa? perosak akhlak agama? TIDAK MUDAH. seorang pendidik harus menjunjung tinggi harapan tinggalan Rasulullah. al-Quran dan as-Sunnah. seorang pendidik juga perlu mendukung tinggi harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Surah Al – Baqarah Ayat 269


269. Allah menganugerahkan Al Hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).


Surah An – Nissa’ Ayat 162  
162. tetapi orang-orang yang mendalam ilmunya di antara mereka dan orang-orang mukmin, mereka beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al Quran), dan apa yang telah diturunkan sebelummu dan orang-orang yang mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan yang beriman kepada Allah dan hari kemudian. orang-orang Itulah yang akan Kami berikan kepada mereka pahala yang besar.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." 


tidak mudah. di sekolah aku, tidak seperti yang aku harapkan. dengan hanya 300 orang kapasiti murid, mustahil untuk aku gerakkan seperti yang telah aku rancangkan bertahun-tahun.  bola tampar dan gerak ko-kurikulum pandu puteri. kedua-duanya tiada. dalam sedih, aku bersyukur. dan berterima kasih tidak terhingga kerana aku berpeluang mendalami permainan bola jaring dan bersahabat dengan beberapa orang pengakap lalu dapatlah aku melengkapkan diri sebagai persediaan menjadi seorang guru bola jaring dan pengakap. memang. dunia tidak pernah menjadi seperti yang kita harapkan. tapi tidak salah untuk kita mengadaptasikan dunia yang sedia ada dengan apa yang kita harapkan. tidak jelas? positive thinking. sesuaikan apa yang berlaku dengan apa yang kita harapkan. 

menjadi guru bola jaring tidak mudah. tambahan, murid kampung seperti anak-anak murid aku sekarang. tegar tidak mendengar kata. culas setiap langkah mereka. prittt! wisel ditiup berkali-kali tidak jemu. arah sana sini bertalu-talu. mereka bukan tidak hebat, cukup untuk aku katakan mereka ada bakat. potensi yang perlu dikilat. aku sayang mereka. dan aku mahu mereka mendapat lebih dari sekadar bermain. sahsiah, akhlak seiring. emosi, perasaan terkawal. sehingga kini, dua perkara yang aku terapkan. ketika bermain, pentingnya SABAR dan JUJUR. harus di dalam hati mereka. kepercayaan aku terhadap mereka kian bertambah. dan aku berharap mereka juga begitu. aku juga guru masih kurang ilmu. hendak-hendak, sukan yang aku selama ini jumpa jalan buntu.

guru-guru juga tanpa jemu memberi peluang untuk aku. saban hari ada kelas ganti. dan saban hari jugalah aku bertanya apa aktiviti perlu dilakukan. takkanlah setiap hari pengenalan diri? takkanlah setiap hari aktiviti yang sama? melukis? menyanyi? aku mula menyesuaikan dengan apa yang aku pelajari. PENDIDIKAN KESIHATAN. amalan kebersihan diri. untuk anak-anak tahun 1. dan diakhiri dengan nyanyian lagu 'KALAU ANDA RASA GEMBIRA'. seterusnya, kelas tasmik. kelas yang sama. dengan kehadiran mereka, aku sedar, perlu bagi setiap guru menjadi hebat di semua bidang. tidak tumpu pada satu-satu. "tidak salah, kau hebat di padang. kau juga perlu hebat mengalunkan bacaan". itu yang aku sedar.

kata-kata motivasi. aku ambil kira potensi guru untuk membantu anak-anak bangsa meluahkan cetusan kata pemangkin idea. aku mahu menjadi seperti Pak Balia, seorang guru muda yang mampu menginspirasi anak muda untuk lebih berjaya. dan kata-kata yang sungguh memberi aku semangat

"Anak muda mencorak dunia"

benar-benar memberi aku motivasi untuk terus teguh berdiri menjadi pendidik.

guru,
bukan sekadar lilin terus membakar diri.
menjadi lilin yang sentiasa menerangi.
menjadi bunga bukan sekadar mewarnai.
bahkan terus mekar mengharumi kehidupan insani.

terima kasih.


WL: enabcantiksangat

No comments: