assalamualaikum w.b.t and again, hai olsss!! hiks :)
gigih tau iolss taip dua entry satu hari. nampak benor takde kerja. hikhik. maaflah ye..
semalam, lama aku bersembang dengan BradPitt. otp ringkasnya. yang penting, lawak. sebab dia set masa untuk berbual. tak pernah jumpa manusia macam dia. dua kali off sendiri. isk isk. teliti ya ampun. plus minus ada on hold sebab ada orang call dia, kononnya nak tanya soal jersi. aku macam tahu siapa. cuma malas nak lebih tanya. momen indah tak nak sia-sia. hiks!
aku cerita bagaimana mak dan ayah aku terima jokes about marriage dekat dia. macam mana aku usha line nak cerita tentang aku dan dia. dia ketawa sebab tak sangka aku boleh buat macam tu semua. sebab dia sendiri tak tahu bagaimana nak mula. ye. sebab desakan mak ayah dia suruh kenal perempuan ikut cita rasa mereka. aku gelak. dan sekali lagi, dia ajak aku ikut balik ke kampungnya.
aku tahu. aku memang takkan sama ikut cita rasa mak ayah dia. aku serba-serbi kurangnya. tapi aku tak takut nak jumpa mereka. tak sabar lagi ada. he he he.
BP : mak cerewet. paksa saya cari calon, tapi yang saya pilih semua tak berkenan. siapa yang nak kahwin pun saya tak tahu.
CR : hihi. mak tu risaukan anak bujang nan sorang dia ni laa. yelah. mana ada anak bujang lagi. awak je harapan sekarang. he he he.
BP : hmm. abah pun sama. kelmarin bagi number sorang budak ni. budak UM. study Sejarah. saya try jugak. tapi entah. saya tak dapat feel macam saya try awak. he he he.
CR : eh. ke situ pulak. budak tu mesti comey. tu yang buat abah berkenan tu. hiks!
BP : comey tapi sembang nak dia menang je pun tak best. entahlah. hu hu
CR : kesimpulannya, saya yang terbest sekali, kan? LOL
BP : kesimpulannya, nanti ikut balik rumah abah, boleh? hikhik
CR : boleh. tapi jangan marah eh kalau mak tak berkenan. hihihi
BP : saya yang nak kahwin, bukan mak. HAHAHA
CR : eeee...orang tua gatalll!!!!!
kekdahnya, aku kena fikir, bila masanya nak ke rumah dia?? AKU NAK FINAL EXAM NIIIII!!
*facepalm*
till then,
love, .RZ.
hearts
Tuesday, May 7, 2013
# kamu tahu.. tapi..
assalamualaikum w.b.t dan hai kawan-kawan.
aku ada satu kisah mahu kongsi bersama. aku harap, dapat jadi pengajaran dan iktibar kita bersama. insya-Allah.
*******************************************
ada sorang awek ni. cun. memang tak dapat dinafikan. muda, bibir berkilat, loose powder melekat. pergh. triple cun dari aku. dan, biasalah. orang cun ni selalunya dah berpunya. yelah. barang baik mesti pantas disambar, tak gitu kak ton? kisahnya, gadis cun ni sering menjadi igauan lelaki, baik yang bujang, mahupun tak bujang mana. aku memang salute awek ni. sebab berjaya seimbangkan dunia bersama pakwe dan jejaka yang entah siapa.
satu hari. awek ni jadi tak keruan. pakwe buat hal. laki orang mula cucuk line. ah sudah. laki orang pulak bukan sebarangan. tua ganyut harap malaikat datang pulak. tapi laki tua tu perasan muda. konon nak test power. guna ayat manis konon cinta dibalasnya. pergh. tak sedar lagi orang tua demikian. umur pula ditipunya. aiseh. yang si awek cun, mula menagih kasih sang kedayot. mula ber'abang' 'sayang'. tak tahu gamaknya si isteri tua ganyut sudah memerhati lama. tunggu masa.
*******************************************
haah. takde ending. sebab aku suka fikir ending yang baik-baik. jadi aku letakkan korang tertanya-tanya dan buat spekulasi sendiri. cuma aku rasa, kita semua tahu. dalam inci perkahwinan, tipu jika tiada orang ketiga. maksud aku, tidak semestinya orang ketiga itu berlainan jantina dan tidak ada kena-mengena. barangkali, orang ketiga itu kawan baik mereka, keluarga mereka mahupun anak-anak mereka.
pokoknya, kita. apakah asas rumahtangga? adakah mahligai indah dibina atas dasar cinta atau desakan keluarga? kita lihat dalam-dalam. mengapa mesti kita rebah dengan ujian yang kita tahu pangkalnya nanti pasti datang gembira? ruas-ruas yang diduga perlu diterima sebaiknya dan dibaiki segera. abaikan semua noda yang menyinggah sementara. sebab banyak lagi tongkahan yang perlu dibuat demi mencapai klimaks nikmat cinta. jangan dibinasakan cinta yang kau sendiri bina.
ah. si tua. aku ada satu pengalaman dirisik kenalan seorang lelaki tua. entah. bagi aku, tidak salah berpoligami, asal alasan kukuh diberikan. bukan semata mahu anak setelah 25 tahun melayari bahtera bersama isteri yang alami kanser serviks. itu NAFSU, kalau kau fikir aku bodoh tuli tak tahu. dan, apa kiranya nanti panggilan kamu untuk ayah aku? bapak atau dude? sendiri boleh nampak. gagah bagaimanapun luaran kamu, tetap kurang cerdik bagi aku mencari pucuk muda yang mahu kenal dunia. kasihan aku 100% untuk isteri kamu. kerana diam saat kamu miang.
kita tahu, salah. tapi kita tetap ingkar. kerana apa? kerana kita lemah, lemah iman, lemah godaan, lemah dengan pujuk rayuan. kita manusia, memang sering lakukan kesilapan. tapi tak bermakna kita tidak boleh kurangkan kekhilafan. terang-terang perkara salah, mengapa sibuk mahu langkah. *sigh*
kita harus sedar. jangan cuba mencari masalah. dan jangan pula lari dari masalah.
love, .RZ.
Wednesday, April 24, 2013
WW - aku hargai duhai kamu yang tahu menghargai.
cap:
contengan,
gambar,
wordless wednesday
Sunday, April 21, 2013
# Awak, saya baik tak?
entah.
semalam aku seakan berani meluah rasa.
dari awal kita kenal mula.
segala tentang aku kau suka.
cuma aku sedih kerana aku seakan dia yang lama.
kau cubit dagu sambil berkata,
"tidak. masih ada bezanya".
entah kau lihat aku pada apa.
jujur kata, aku suka sayang pada semua.
tidak kira latar belakang engkau siapa.
aku berani tanya,
apa aku baik kiranya.
tanpa fikir kau luahkan rasa.
"awaklah calon yang diidam semua".
aku berani tanya,
kalau begitu mereka benci aku apa sebabnya.
terus kau pandang dalam mata.
"mereka tidak pandang awak macam saya".
awak, saya baik tak?
awak, saya comel tak?
awak, saya sewel tak?
awak, saya mengada-ngada tak?
awak, saya bosan tak?
awak, sayang saya tak?
awak, kahwin dengan saya nak? teeheeeee
terima kasih kerana sudi meloyakan tekak anda dengan membaca perkara picisan ini. keh keh keh
love, RZ.
Subscribe to:
Posts (Atom)