hearts

Sunday, April 21, 2013

# Awak, saya baik tak?


entah.
semalam aku seakan berani meluah rasa.
dari awal kita kenal mula.


segala tentang aku kau suka.
cuma aku sedih kerana aku seakan dia yang lama.
kau cubit dagu sambil berkata,
"tidak. masih ada bezanya".


entah kau lihat aku pada apa.
jujur kata, aku suka sayang pada semua.
tidak kira latar belakang engkau siapa.


aku berani tanya,
apa aku baik kiranya.
tanpa fikir kau luahkan rasa.
"awaklah calon yang diidam semua".


aku berani tanya,
kalau begitu mereka benci aku apa sebabnya.
terus kau pandang dalam mata.
"mereka tidak pandang awak macam saya".


awak, saya baik tak?
awak, saya comel tak?
awak, saya sewel tak?
awak, saya mengada-ngada tak?
awak, saya bosan tak?
awak, sayang saya tak?


awak, kahwin dengan saya nak? teeheeeee


terima kasih kerana sudi meloyakan tekak anda dengan membaca perkara picisan ini. keh keh keh



love, RZ.

Wednesday, April 17, 2013

# Harap Jarak Bukan Masalah.

Assalamualaikum w.b.t , hello.


apa di atas uolsss? aku terpaksa batalkan niat untuk berpuasa dari berblog atas tanda-tanda bahaya aku bakal menjiwang + menggelikan epiglotis korang. aku tak boleh menahan diri daripada bercerita. sebelum korang muntah hijau, baik korang step aside. sebab entry kali nimemang mengundang loya.



tadi ada jamuan bola jaring. aku bawak kacang. kenapa aku bawak kacang? sebab kalau aku masak sedap-sedap, budak-budak terpaksa skip latihan bola baling (tipu). taklah. sebab aku rasa masak sedap-sedap pun bukan sempat. balik sekolah, rushing ambik kereta. nak cuci baju lagi. ah. konon banyaklah kerja kau ye zainab!

ok, back to my story. seronok ye jamuan itu. kehadiran shafirr si mamu muka macam Kalidass.  siap kelip-kelip mata dengan aku. ingat aku cair ke? ye. aku cairlah budak kecik. nasib kau beza 12 tahun dengan aku. celaka. HAHAHAHAHAHAHA. kalah RCW lah lepas ni. keh keh keh. program kurus aku pun terpaksa berpuasa sekejap sebab mak si Hasma goreng keropok ikan kegeraman aku. mana aciiii!!!

pejam celik, dah pukul 5. anak-anak aku mintak izin, "ibu, kitorang nak berlatih lah ye. err, cawan tu kalau kitorang basuh lepas ni boleh kan?" banyak lah lepas ni. si Aten jugak yang membasuh. pembuli guru novis kanak-kanak ini. anak siapalahhhhaiii~~ tak apalah. bukan selalu kata si Aten. ceh.

BradPitt datang. urgh. semak jugak sebab aku dah mula suka dia. eh. macam lagu NananTasneem. siot. dia amek kacang. tanpa segan silu. tak apa. aku terus fokus dengan latihan anak-anak. BradPitt bercanda dengan Ati dan Aten. eceh. nampak tak kurang fokus sebenarnya aku ni? acah-acah fokus betul. tak apa. aku diam, pandang terus dengan latihan anak-anak. dalam hati serupa macam tali berselirat. tiba-tiba,

BP : hmm. Nab. jumaat ni last kan?
CR : aah. (pendek)
BP : kejap je kan?
CR : itulah. (pendek lagi)
BP : tahun depan posting la kan?
CR : kot. entah. (yang pendek sgt tu kenapa?)
BP : (duduk kongsi kerusi kantin dgn aku) masuk maktab minggu depan, kelas ke terus exam?
CR : (baru ada akai nak jawab panjang) hmm. seminggu tu belajar, kursus, pastu study week, then baru exam. lepas tu masuk sini balik :)
BP : oh, masuk sini balik? praktikal lagi? (muka tak boleh nak excited lagi???)
CR : aah
BP : tapi tak mengajar kot. just buat projek je kan?
CR : yeap. *tetibe* eh, peninglah tengok latihan budak-budak ni. serabut je (sengaja tukar topik)



aku harap, walau dah tak satu tempat kerja, kita masih berhubungan macam sekarang. entahlah. aku paling takut fasa Teman Tapi Mesra ni. wujud syaitonnirrajim banyak sangat. cukoplah Oreo dahulu. baik aku bercinta dengan cinta rahsia zaman sekolah. peluang ada, cuma masing-masing suka dengan keadaan sekarang. tidak terlalu mengharap. menghargai setiap masa dan ketika bersama-sama.


terima kasih sekiranya korang mampu menahan diri dari muntah hijau sampai sekarang. #LotsOfLove *gaya RajaFarah*


love, RZ.

Wednesday, April 10, 2013

# shh.. hanya kita tahu isyarat mata.

assalamualaikum w.b.t dan selamat petang rabu.




sejuk petang ni. mana tidaknya. langit menangis. Alhamdulillah. aku sorongkan kepala lekat di bantal. mencari lena mata dek bersengkang malam hari. ah. bahasa tak boleh nak cerna. aku tukar.


syok gila tido tanpa sesiapa ganggu! rumet seakan faham, tutupkan lampu! perghhh.. MEMANG DAHSYAT! lena gila, sampai aku termimpi aku dapat phone calls dari BradPitt. serius punya real dalam mimpi aku tadi. tapi dalam mimpi aku macam tak terangkat telefon dek kerana sayangkan lena aku. hmm...


akan TETAPI!!!!

nama BradPitt muncul serealiti yang ada. memang betul pun dia call aku. siot. cane boleh tau aku mimpi dia call aku tah? perasan. marah gila sebab tido aku terganggu. cisss bedebahhh!! nasib cute macam Brad Pitt. kalau tak? aku hembuskan dengan kata-kata charotan. isk isk. aku tak pilih kasih eyyyhhh. HAHAHAHA



tadi, masa dekat sekolah, kita asyikkkk main mata. sampai orang lain senyum sampai telinga tengok gelagat acah-acah comel kita. maluuuu.. kau tetap tegar buat selamba. tarik kerusi, duduk sebelah aku, sembang hal kerja. dan berhenti bila semua mata ke arah kita. itulah saat paling sesuai aku bangun, kata aku ada kerja. ah. dah macam novel cinta. benci pulak aku yang membacanya.


esokkita ber Be Mine sama-sama. #JanjiPengakap eyhhh...



love, RZ.

Sunday, April 7, 2013

# cubaan pertama bersama Waffle si partner praktikal.

assalamualaikum w.b.t dan selamat hari ahad.


iyelah. dah nak hujung-hujung praktikal ni, aku memang banyak luangkan masa dengan geng dari maktab lain. maklumlah, lepas ni entah ada rejeki ke tidak jumpa lagi, ye dakkk? so, pada hari Khamis yang lalu, aku telah berkolaborasi dengan Ahmad Wafi a.k.a Waffle menyumbangkan lagu Broken Ones ilham daripada kesenduan yang dialami oleh kawan aku. ekekekeke~~~


lepas aku habis observe, terus ajak si Waffle pegi library. yang pastinya, bukan berdua. hek hek hek. gila kau buat maksiat kat sekolah? isk isk~~ dengan kehadiran kak Zue dan BradPitt tentulah keadaan sedikit meriah. rugi anak murid aku tak dapat tengok konsert free. KAH KAH KAH


okay, inilah hasilnya..... cekidautt guys.

p.s : aku bukan tasha manshahar okay. suara sendu bak katak mengiyakan guruh.. okbai.



lokasi : kau ghase? HAHAHAHAHAHAHAHA!



love, RZ.

# Kami Sampai, Tapi...... Bahagian 1

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.


wah. kemain aku tidur tahap tak ingat dunia tadi. blackout pun tak sedor. tahu-tahu rumet kejut sebab suruh aku tukar baju..


al-kisahnya. aku dan rakan-rakan sekerja telah menghabiskan masa bersama-sama hujung minggu ni. ye lah, orang dah nak tamat praktikum, kessahnyaaa..  jadi kitorang telah memilih untuk ke Taman Negara sebagai destinasi mencabar akal dan fikiran. ecewwaah~~


sebelum hari kejadian, iolss pun dengan sukarela offer diri untuk memasak bekalan yakni sandwich (korang kena baca style pak jabik). nak dikaborkan, sepatutnya Anati dengan Fatin yang masak, tapi tetiba! diorang kena submit proposal AR pulak. sob-sob-sob. jadinya, aku dengan gembira memasak pada malam kejadian sambil ditemani anak-anak. eh.


hari kejadian. aku bangun gila awal sebab nak potong-potong mentimun dan mentomato. yelah, kalau uolss biasa memasak, tahulah kan sebab apa potong dua mende alah diatas perlu diakhir waktu, especially student macam iolsss yang tiada peti ais mahupun peti surat. HA-HA #LawakHambar sangat. 


berbalik kepada cerita. aku terima suatu pesanan ringkas dengan nada deringan yang jelas.

*bunyi lagu dark side*

BradPitt : cik adik, hujan ni. jadi ke plan kitewww?
CRZ : eh, hujan ke masalahnya? kat maktab tak ponnnnn...
BradPitt : ye ke? hmm. takpelah. jumpa dekat Petronas. btw, W tak join.
CRZ : (yeay!) hurmm. okay. jumpa kat Petronanas. (sujudd syukurrr mak!!!)

CRZ : Naty, hujan tak rumah uols?
Naty : hmm. hujan jugak
CRZ : habis tu, plan acane?
Naty : alatak dapat naik, kita picnic. makan sandwich ciknabb :)
CRZ : HaHa. yelah. ikutan ajoooo...

nanti aku sambung bahagian 2. lebih tragis dan emosi. eh.


love, RZ.

Tuesday, April 2, 2013

# Terima Kasih


aku keliru dengan rasa sendiri.
tapi engkau tak endah, tak ambil peduli.
aku marah entah sebab apa.
tapi engkau sabar, buat diam saja.

kau tolak ajakan rakan sekerja.
semata hati aku kau mahu jaga.
engkau seakan mengerti cemburu aku.
bila saat aku menyanyikan lagu.

terima kasih.
akan aku cuba pupuk diri untuk cinta kasih denganmu.
sebab aku masih lagi keliru.
tak kurang rasa buntu.
apa sebenarnya hatiku mahu.
kerana rasa cinta lama buat aku jemu.

p.s : sabar ye BradPitt. :)  terima kasih jugak pasal tadi. :)


love, RZ.


Monday, April 1, 2013

# Stressed!




Urgh
when it happened,
i must say, regret to know you.

Dem!